Wisma Seri Melaka pada mulanya dinamakan dengan nama Wisma Melaka. Pada 28 Disember 2010, Wisma ini diberikan nama baru iaitu Wisma Seri Melaka yang dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka. Wisma Seri Melaka terletak di No.28, Musa El-Kazeem Street 7th District, Nasr City, Cairo, Arab Republic of Egypt. Wisma Seri Melaka mempunyai bangunan dengan ketinggian 7 tingkat. bangunan ini di kawal selia oleh En. Muhd. Anwar bin Idris Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir dan di bantu oleh En. Ibrahim dan En Ridwan merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar, yang bertanggungjawab menguruskan semua aktiviti dan penempatan pelajar Melaka serta memberi khidmat nasihat berkaitan dengan pengajian, kebajikan dan bimbingan kaunseling kerjaya pelajar. Bagi memantapkan Wisma Seri Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan satu persatuan iaitu Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir (IMAM) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan para pelajar.