Tuesday, 31 May 2011
Lawatan Rasmi Ke Pejabat Duta Besar Malaysia Di Keherah Mesir
Posted by wisma seri melaka at 01:48 0 comments
Friday, 27 May 2011
Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan tahniah di atas penganjuran "MALAM IKHTIAR MUMTAZ"
Posted by wisma seri melaka at 05:21 0 comments
Thursday, 26 May 2011
Pendidikan Islam dan Peranannya Dalam Memperkukuhkan Peradaban Melayu
Posted by wisma seri melaka at 02:41 0 comments
Wednesday, 25 May 2011
BEBASKAN DIRI DARIPADA BELENGGU "WATAK TERTAWAN"
Posted by wisma seri melaka at 06:15 0 comments
NIKMAT PERPADUAN WAJAR DIPERTAHANKAN
- Kita hendaklah harus mempertahakan dasar kerjasana dan permuafakatan politik seperti yang diamalkan Barisan Nasional. Kita harus paham bahawa Malaysia dari segi dimensi politiknya memerlukan "politik permuafakatan" yang dapat menyatukan elit elit politik dari pelbagai kaum untuk mengukuhkan mengukuhkan dasar dasar yang telah di buat. Justeru itu, gabungan parti politik yang tidak selari dengan perjuangan dan ideologinya sukar untuk diterjemahkan di dalam senario politik tanah air. Gabungan seperti ini mempunyai kecenderungan berkonflik sesama sendiri sehingga meninggalkan kesan tidak baik terhadap kestabilan politik negara.
- Semangat pelembagaan yang mengandungi "KONTRAK SOSIAL" yang telah dirangka dan diterima pakai oleh pelbagai kaum sejak merdeka lagi hendaklah terus dipertahankan dan di hormati oleh semua pihak.
- Menutup suara suara ekstrimis yang mampu menjejaskan perpaduan dan keselamatan negara melalui dasar keselamatan yang tegas seperti mengunakan tindakkan akta keselamatan dalam negeri ISA ke atas mana mana individu yang benar benar mengancam keselamatan negara.
- Tidak sepatutnya ada tolak ansur dan ruang kepada anasir anasir subversif yang pandai mempermainkan isu isu kebebasan bersuara dan hak hak asasi manusia yang tidak secocok dengan iklim demografi (kependudukan) dan budaya negara kita.
- Program pembangunan perlu seimbang dan dapat dinikmati oleh semua kaum secara adil dan saksama. Jika keadilan sosial ini dapat terus dilaksanakan, terutama di bawah pantadbiran kerajaan yang mendukung GAGASAN 1MALAYSIA, "rakyat di dahulukan pencapaian diuatamakan" maka kestabilan politik dan keamanan negara akan terus dapat di perlihara.
- Melaksanakan amalan demokrasi secara sihat dengan memberikan ruang yang secukupnya untuk rakyat melaksanakan hak hak mereka. Namun tuntutan demokrasi yang melampu sehingga mengetepikan soal soal sensetif yang boleh menimbulkan huru hara dan ancaman keselamatan harus dibendung dan dikawal tanpa kompromi. Suara suara liar dalam tuntutan kebebasan bersuara tidak seharusnya dibiarkan berkembang dan dilayan.
Posted by wisma seri melaka at 03:29 0 comments
Tuesday, 24 May 2011
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUNUH ORGANISASI???
- jangan hadir mesyuarat, jikalau hadir sekalipun sentiasa akan hadir lewat.
- tidak akan memberikan sedikit pun sumbangan kepada organisasi.
- jika di tanya di dalam mesyuarat untuk memberikan padangan, katakan "NO COMMENT" dan selepas habis mensyuarat jajalah cerita tentang sepatutnya buat begitu atau buat begini.
- bila hadir mesyuarat sokonglah apa yang dikatakan tetapi bila nak melaksanakan jgn seorang pun yang buat apa-apa.
- kita tuding jari pada ketuadi atas semua kesalahan yang berlaku.
Posted by wisma seri melaka at 02:54 0 comments
Sunday, 22 May 2011
Terima kasih Negeri Sembilan.
Posted by wisma seri melaka at 02:23 0 comments
Wednesday, 18 May 2011
terima kasih kepada mahasiswa negeri melaka kerana memberikan kerjasama
Posted by wisma seri melaka at 02:11 0 comments
Monday, 16 May 2011
AJKT IMAM meraikan dua Pegawai Kerajaan Negeri Melaka yang baru.
Posted by wisma seri melaka at 01:45 0 comments
Majlis pengenalan pegawai dari kerajaan negeri kelantan
Posted by wisma seri melaka at 00:38 0 comments
Sunday, 15 May 2011
berfikiran rasional dan waras...
~ ~ Assalamualaikum ~ ~
Alhamdulillah, marilah kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita menghirup udara yang dikurniakan oleh Allah, lalu kita juga diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan serta dapat melakukan amal ibadah kepadanya.
Pihak Pentadbiran Wisma Seri Melaka ingin memaklumkan kepada semua mahasiswa agar tidak membuat perlakukan yang di luar jangkaan seperti melakukan penentangan kepada kerajaan. Kita seharusnya berterima kasih kepada kerajaan negeri melaka kerana banyak membantu kita sepanjang proses pembelajaran kita di negara Mesir ini. Mahasiswa melaka adalah di antara pelajar yang terbaik dan sudah tentu mempunyai fikiran yang rasional dan waras terhadap perkara ini.
Kerajaan negeri Melaka telah menyediakan penempatan yang baik kepada seluruh mahasiswa anak tempatan bagi meringankan bebanan yang di hadapi oleh pelajar. dengan kemudahan yang diberikan kepada pelajar cukup membuktikan yang mana kerajaan negeri melaka tidaklah menganiaya mahasiswa.
sekiranya kerajaan negeri melakukan penganiayaan kepada pelajar dengan tidak memberikan penempatan yang baik, tidak mengambil tahu masalah atau tidak menyalurkan pinjaman kepada pelajar itu barulah yang dikatakan kerajaan negeri melaka mengabaikan anak negeri sendiri di negara lain.
berfikirlah secara rasional dan waras. tumpukan kepada pembelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Pihak Pentadbiran Wisma Seri Melaka mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa yang akan mengambil peperiksaan akhir tahun.
assalamualaikum.
Posted by wisma seri melaka at 06:16 0 comments
Thursday, 12 May 2011
Mengapa Kerajaan Negeri Melaka Menubuhkan IMAM( Ikatan Mahasiswa Anak Melaka)
Assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah syukur kita kepada Allah s.w.t kerana telah memanjangkan usia kita sampai ke hari ini. Syukur kita juga kepada Allah kerana telah mengutuskan Nabi besar kita yakni Rasulullah s.a.w untuk menyinari bumi ini dengan cahaya islam kepada semua umat manusia. Penat lelah serta perjuangan baginda di dalam menyebarkan agama islam tidak dapat kami balas kecuali mengamalkan sunnah yang di tinggalkan kepada umat islam semua.
Pertama sekali, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka ingin memaklumkan bahawa persatuan IMAM( Ikatan Mahasiswa Anak Melaka) ditubuhkan atas dasar Kerajaan Negeri Melaka mahu menyelaraskan persatuan ini di semua negara yang adanya pelajar dari anak Negeri Melaka. Sehubungan itu, PPWSMM berpendapat tiada masalah yang akan berlaku sekiranya persatuan ini terus dijalankan di negara Mesir.
Kepada Persatuan Badan Kebajikan Keluarga Islam Mahasiswa Melaka (BKKIMM) tidak perlu merasa takut dengan adanya persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka. Kerana pihak Pentadbiran Wisma Seri Melaka percaya setiap persatuan mempunyai matlamat dan ideologi pembawakan masing-masing. Jesteru itu, Pegawai Kerajaan Negeri Melaka menyarankan kepada seluruh mahasiswa memberikan kerjasama serta menjaga nama baik kerajaan Negeri Melaka.
Posted by wisma seri melaka at 03:20 0 comments
Wednesday, 11 May 2011
"Ilmu Tanpa Amal Laksana Pokok Tanpa Berbuah "
SALAH SATU PENYESALAN DIHARI KIAMAT...
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."
PENJELASANNYA
Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.
Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.
Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi
Posted by wisma seri melaka at 10:00 0 comments
Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir mengalu-alukan kedatangan Pengarah Education Malaysia Eygpt yang baru.
Semalam (10/05/2011) Pegawai Pentadbiran Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Mesir En. Muhd Anwar bin Idris mengikuti satu gerombolan beberapa pegawai kerajaan negeri termasuk wakil Duta Malaysia untuk menjemput kedatangan Pengarah Education Malaysia Eygpt yang baru iaitu Yang Berbahagia Prof Madya Dr Haji Suhaidi Bin Dato' Syafei di lapangan terbang utama kaherah.
Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan selamat datang kepada beliau dan didoakan agar selamat menjalankan tugas baru di Kaherah Mesir ini.
Posted by wisma seri melaka at 05:20 0 comments
10 Amanat penting Rasulullah SAW
Posted by wisma seri melaka at 02:19 0 comments
7 Golongan yang tidak disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir
Posted by wisma seri melaka at 02:06 0 comments
Tuesday, 10 May 2011
kemanakah ajaran kristian..??
“Kemudian daripada itu iblispun membawa Yesus ke Negeri Suci, lalu diletakkannya Jesus di atas bumbung Baitullah.”
“Setelah hari siang, maka segala ketua imam dan orang-orang tua kaumpun berundinglah atas hal Yesus supaya dibunuhkan dia, maka diikat dia serta dibawa pergi, lalu diserahkan kepada Pilatus, iaitu Wakil Pemerintah.”
“Apabila genap delapan hari, ia disunat, lalu disebut namanya Yesus….”
“Anak manusia akan diserahkan supaya disalibkan.”
“Supaya kamu menjadi anak Bapamu….”
“Bukan tiap-tiap orang yang menyeru aku tuhan, tuhan akan masuk ke dalam kerajaan syurga, hanyalah orang-orang yang melakukan kehendak Bapa-ku yang di syurga.”
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai AL-ISLAM itu menjadi agamamu.” (Surah Al-Maidah (5):3)
Posted by wisma seri melaka at 01:08 0 comments
Ganjaran & Kelebihan Orang Yang Membaca Al-Quran
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Al-Bukhari dalam shahihnya)
“Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah Utrujjah yang baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti raihanah yang baunya harum sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti hanzhalah yang tidak berbau sedang rasanya pahit.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.” (Riwayat Abu Dawud)
“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”(Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)
sumber : ustaz nor amin.
Posted by wisma seri melaka at 00:50 0 comments