CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Wednesday, 17 August 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Univesiti Al-Azhar Mesir (MKGMUAM) Kali ke-2 2011

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Education Malaysia Egypt ( ATASE PENDIDIKAN - Ust Khairi Jamaludin ) kerana telah menghantar jemputan kepada Pegawai Melaka menerusi email bagi menjemput menghadirkan diri di dalam  Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Univesiti Al-Azhar Mesir (MKGMUAM) Kali ke-2 2011 yang bertempat di Dewan Melayu Abbasiah Kaherah ( D.M.A.K ) (16.08.2011)

Mesyuarat ini juga turut menghadirkan diri adalah T.Y.T Prof Madya Dr Fakruddin bin Abdul Mukti , Ketua Canseri En Saiful Anuar bin Mohammad , Pengarah Education Malaysia Prof Madya Dr Hj Suaidi bin Dato' Hj Shafei, Pegawai Kedutaan , Pegawai Education Malaysia dan Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Kaherah.

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Ust Anwar bin Idris dan En Abdul Latib bin Ahmad diberi tugas untuk mengurus Rakaman Dokumentasi & Publisiti semasa Majlis Konvokesyen Graduan Al-Azhar kelak. Bersama di dalam Jawatankuasa ini termasuklah  En Ridwan bin Abu Samah dan Ust Ibrahim bin Hussen. 









Monday, 8 August 2011

Berbuka Di Rumah Duta Besar Malaysia Kaherah

4.08.2011, Khamis- berlansung satu program berbuka puasa di rumah kedutaan malaysia kaherah. Semua pegawai Education Malaysia Egypt dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Negeri dijemput untuk hadir pada program berkenaan yang berlansung di rumah kediaman T.Y.T Prof Madya Dato Dr Fakruddin di Mohendesin, Kaherah. Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir Ust Muhd Anwar bin Idris serta seorang pembantu telah menghadirkan program tersebut.

Majlis berkenaan dimulakan dengan tazkirah pada jam 5 petang yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Johor iaitu Hj Tamrin diikuti dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Selangor Ust. Muhd Faryzan. Seterusnya berbuka puasa bersama sebelum melakukan sholat magrin dan isyak secara berjemaah.

Majlis berkenaan diteruskan dengan sholat terawih yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Perak dan Wilayah Persekutuan.






Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah kerana menjemput pegawai dari melaka untuk menghadiri program jamuan berbuka puasa ini.

Sunday, 7 August 2011

EN. Mozaimi Mohammad Meninggal Dunia ...

8.8.2011, Isnin -Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dimaklumkan satu berita yang sangat mengejutkan iaitu pemergian Mozaimi Mohammad ke ramatullah. Beliau merupakan bekas S/U sulit Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Muhd Ali Rustam sebelum mengelas jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (JAIM) bahagian pendidikan.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Pihak kami mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh Allah S.W.T


Al - Fatihah.

-Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir-


Merasmikan Program Anak Melaka Sempena Ramadhan

2.08.2011 , Selasa - Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir telah hadir ke surau Wisma Seri Melaka untuk merasmikan program yang telah dirancang oleh Mahasiswa Anak Melaka sepanjang di dalam bulan ramadhan ini. Kehadiran hampir semua penghuni Wisma Seri Melaka membuktikan kesediaan mahasiswa untuk bersama-sama dalam memeriahkan lagi sambutan program yang dijalankan.

Pelbagai program yang akan berlansung selama sebulan ini di Wisma Seri Melaka dengan di pantau oleh Pembantu Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir, En. Ridwan bin Abu Samah.

Program-program seperti Tadarus , Qiamulail , Khatam Al- Quran dan pelbagai lagi akan dilaksanakan oleh Mahasisw Anak Melaka.

Ust. Muhd Anwar bin Idris Memberikan ucapan.


Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir ( P.P.W.S.M.M ) mendoakan agar program Mahasiswa Anak Melaka berjalan dengan lancar dan jayanya.

Pemergian Allahyarham Fatin Fazihah Diiringi Doa.


31.07.2011, Ahad - Seorang Mahasiswa Anak Melaka dari tajaan JPA Fatin Fazihah pengajian tahun 2 bidang perubatan telah meninggal dunia. Jenazahnya telah dikebumikan di tanah perkuburan melayu di hayyur assir kaherah. Turut hadir melawat sama T.Y.T Prof Madya Dato Dr Fakruddin dan Pengarah Education Malaysia Egypt serta semua pegawai E.M.E. Jenazah disholatkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah ( D.M.A.K ) selepas sholat terawih.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham diatas pemergian anak kesayangan mereka. Di pihak kami, mendoakan semoga arwah Fatin Fazihah ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi oleh Allah S.W.T


 

Ibu dan Bapa arwah Fatih Fazihah semasa di hospital.