12.09.2011- Majlis Perasmian Kafeteria Wisma Seri Melaka Mesir telah telah dirasmikan oleh Prof Madya Dato Dr Fakruddin Duta Besar Malaysia di Kaherah. Turut hadir di dalam majlis ini adalah ketua canseleri En Muhammad Saiful bin Anwar serta Pengarah Education Malaysia Prof Madya Dr Suaidi bin Dato Shafei. Perasmian ini telah berlansung selepas solat maghrib.
Monday, 19 September 2011
Makan Tengahari Di Rumah Penolong Pegawai 1 Bersama Pegawai TAPEM dan Pelajar Baru.
Pembantu Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir telah mengadakan makan tengahari dan telah menjemput semua Mahasiswa baru serta Pegawai Pengiring daripada TAPEM En. Zawawi M Kahar ditemani oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Ustaz Muhd Anwar bin Idris untuk bersama-sama untuk menjamu selera.
Selain itu, Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka Ust. Muhd Anwar bin Idris beramah mesra dengan mahasiswa yang baru menetap di Wisma Seri Melaka ini. Memberi sedikit nasihat agar tidak melakukan kesalahan serta memperjelaskan peratuan yang tersedia ada di dalam Wisma Seri Melaka.
Posted by wisma seri melaka at 07:22 0 comments
Menyambut Kehadiran Mahasiswa Perubatan di Airport Cairo
12.09.2011, Terminal 1 Kaherah Mesir - Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir di ketuai oleh Ustaz Muhd Anwar bin Idris serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir(IMAM) telah menyambut kehadiran 5 orang mahasiswa daripada bidang perubatan serta diiringi oleh pegawai daripada Tabung Amanah Pendidikan Anak Melaka( TAPEM) En. Zawawi M Kahar di Terminal 1 Kaherah.
Posted by wisma seri melaka at 07:07 0 comments
Saturday, 3 September 2011
Solat Aidilfitri di Dewan Melayu Abbasiah Kaherah
Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka Ustaz Muhd Anwar bin Idris serta dua Pembantu telah di jemput untuk bersama-sama menghadiri Majlis Solat Aidilfitri di Dewan Melayu Abbasiah Kaherah anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.
Kahadiran yang begitu mengalakkan dari semua mahasiswa serta Pegawai HEP dari setiap negeri. Khutbah Raya telah disampaikan oleh Prof Madya Dato Dr Fakkruddin Duta Besar Malaysia sendiri.
Posted by wisma seri melaka at 14:50 0 comments
Majlis Rumah Terbuka Anjuran Pejabat Pentabiran Wisma Seri Melaka bersama Mahasiswa Anak Melaka
Majlis Rumah Terbuka Anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mendapat sambutan yang sangat meriah pada tahun ini dengan kehadiran Duta Besar Malaysia di Kaherah serta semua Pegawai Education Malaysia dan Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar setiap negeri turut memeriahkan majlis ini.
Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir Mengucapkan jutaan kepada Mahasiswa Anak Melaka Mesir kerana memberikan kerjasama di dalam melaksanakan program ini.
Posted by wisma seri melaka at 14:33 0 comments






























