CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Monday, 23 April 2012

Apa Tujuan Hidup Kita?

Alhamdulillah, baru-bari ini terhasil sebuah tulisan yang melambangkan kesedaran penulisnya mengenai dimensi dan hakikat yang terbesar dalam kehidupan bukan sahaja sebagai seorang Muslim namun sebagai seorang manusia. Tulisan yang bertajuk Apa Tujuan Hidup Kita hasil karangan Nor Azieda besar maknanya kepada masyarakat.
Persoalan-persoalan sebegini telah membawa ramai daripada mereka yang lahir sebagai bukan Islam akhirnya kembali kepada Islam, malah mereka yang Islam secara baka juga sedar akan hakikat keislaman mereka dan kembali kepada ajaran dan pemahaman Islam yang sebenar mengikut acuan al-Quran dan Sunnah. 
Ini ternyata perkara paling asas, namun tidak ramai yang suka memikirkannya apatah lagi menulisnya bagi dikongsikan dengan orang ramai.
Malah di akhir bicara selepas beliau mengambil tiga ayat daripada al-Quran (Surah az-Zariyat, ayat 56. Surah al-Baqarah, ayat 30. Surah ali-Imran, ayat 110) sebagai penguat hujah 'Apa Tujuan Hidup Kita?'.
Beliau menyudahkan dengan mengajak kepada sahabat-sahabatnya yang selain daripada ustaz dan ustazah juga terjun ke dalam dakwah. Ia melambangkan kesedaran kendiri yang bermutu bagi seorang mahasiswa dan pemudi yang citra sedar Islamnya tinggi.
Malah membatasi tujuan hidup di dunia sahaja. Sewajarnya semua remaja Islam sudah mula berfikir seperti beliau. Malah bagi menjadi seorang aktivis dakwah malah jika berorganisasi pula adalah suatu pilihan yang jarang mnejadi kegemaran di kalangan pemuda pada hari ini meskipun dakwah adalah satu-satunya tugasan yang Allah amanahkan kepada para Rasul yang boleh kita warisi. 

Refleksi 'Apa Tujuan Hidup Kita?' Soalan itu sudah terjawab dengan merujuk kepada tiga ayat yang diberikan kemudian. Namun apakah itu sebenar tujuan kita hidup? Sekiranya benar itu tujuan kita hidup, maka kata-kata yang diambil dari al-Quran itu seharusnya daripada kita kepada Allah dan bukan daripada Allah kepada kita. 
Bukankah ayat tersebut seakan menunjukkan tujuan Allah menjadikan manusia? Iaitu untuk beribadah kepada-Nya, menjadi khalifah dan melakukan dakwah di jalan Allah.
Ia lebih kepada penetapan tujuan manusia dijadikan di atas muka bumi ini oleh penciptanya dan kita sebagai manusia andai tiada al-Quran dan Sunnah pasti tidak tahu apakah tujuan sebenarnya kita dihidupkan di atas muka bumi ini dan apa agenda sebenarnya serta apa kesudahannya selepas daripada kematian? 
Ada beza yang besar antara 'tujuan' tersebut; Apabila Allah menyatakan tujuan kita diciptakan, ia adalah sebuah perintah dan wajib dilaksanakan tanpa sebarang bantahan. Apabila soalannya adalah 'Apa tujuan hidup kita?', maka ia boleh menelurkan jawapan yang pelbagai menurut kemahuan seseorang itu. 
Ada yang tujuan hidupnya mahu jadi tersohor dan mendapat perhatian semacam artis dan para bintang sukan peringkat nasional dan internasional. Ada yang mahu jadi artis, ada yang mahu jadi sasterawan, ahli muzik dan pelbagai lagi bagi memenuhi tujuan hidup mereka. 
Justeru perlu difahami, perbahasan dalam tulisan Sdr. Nor Azieda adalah tujuan yang Allah tetapkan bagi manusia yang diciptakannya. Kalau begitu apa yang wajar menjadi tujuan manusia khususnya mereka yang beriman kepada Allah? 
Ya, itulah persoalan yang perlu ditanya kepada diri kita sendiri. Setiap daripada kita. Selepas mengetahui tujuan Allah menjadikan kita sebagai hamba-Nya. Apa yang wajar diletakkan menjadi Apa yang kita perlu mahu dan sebenarnya? Sebagai matlamat akhir sebagai seorang hamba Allah, apakah yang perlu kita mahu? Yang kita berusaha jadi baik, solat tidak tinggal, buat apa yang disuruh oleh Allah sebagaimana dalam tiga ayat di atas untuk apa? Tidak lain kerana mahu dan perlukan adalah 'reda Allah'. 
Apa pula yang boleh kita dapat dengan reda Allah? Syurga abadi, destinasi yang kekal tiada ganti. Apakah habuan yang terbaik bagi sebuah pengabdian kepada Allah melainkan syurga yang juga sengaja dijadikan Allah dan sudah diceritakan awal lagi dalam al-Quran dan Hadis? Malah syurga sudah ditunjukkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. semasa baginda Israk dan Mikraj lagi. 
Firman Allah yang bermaksud: 
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalam selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan merekapun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. (Surah al-Bayinah, ayat 8) 
Allah kemudian menjelaskan lagi yang bermaksud:             
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal salih dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. (Surah Hud, ayat 23)       
Kisah motivasi Dalam satu program motivasi mengenai cita-cita, si penceramah bertanyakan kepada murid-muridapakha cita-cita mereka. Seorag demi seorang perlu bangun dan jawab. Maka jawapan yang kedengaran adalah: "Doktor." "Askar." "Cikgu." "Jurutera." dan banyak lagi. Tiba giliran seorang pelajar yang agak penyenyap. Pabila ditanya kepadanya apakah cita-citanya. Dia dengan yakin dan jelas menjawab, "Saya mahu jadi ahli syurga!" Seisi kelas dan si motivator terpana dengan jawapan tersebut!

dipetik dari : iluvislam.com

Wednesday, 22 February 2012

Jom Amalkan Surah As-Sajdah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Fadilat Surah As Sajdah
  1.  Hadis riwayat Al Bukhari daripada Abi Hurairah R.A berkata : "Nabi S.A.W membaca pada sholat fajar(subuh) pada hari jumaat (alif laam mim tanzil ) As Sajdah dan ( Hal Ata Alal Insan) In-san" 
  2. Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata " Nabi S.A.W TIDAK TIDUR HINGGA di baca Surah As Saajdah dan Al Mulk.
Intisari Surah As Sajdah

Surah As Sajdah adalah surah ke 32 dalam Al-Quran... Surah ini terdiri atas 30 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al Mu'minum. Dinamakan As Sajdah berhubung pada surah ini terdapat sajdah (sujud) pada ayat ke 15.

Keterangan Ayat 4-5

Allah menjadikan langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya dalam masa enam hari, iaitu enam masa yang tertentu, kerana sehari pada sisi Allah adalah kira kira seribu tahun lamanya pada kita. Kemudian Allah bersemayam di atas Arasnya (takhta Kerajaannya). Sebagaimana seorang raja memerintah di atas takhta kerajaannya untuk mengatur dan melaksanakan pemerintahannya, maka Allah mengatur alam yang luas ini dan memerintahnya dari Arasynya. Tetapi Arasy Allah itu tidaklah serupa dengan takhta raja sebagaimana Allah tidak serupa dengan manusia. Maka Arasynya juga tidak serupa dengan takhta raja. Sebab itulah Allah yang mengetahui hakikat Arasy itu.

Kata sesetengah ahli tafsir, perkataan ini adakah kata kiasan, untuk mengambarkan bahawa Allah mengatur sekalian alam dan memerintahkan dari pusat pemerintahannya, sebagai raja memerintah negeri dari atas takhta kerajaannya..

Keterangan Ayat 15-17

Orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Allah ialah orang yang bila diberi peringatan dan pengajaran , mereka tunduk dan sujud ke bumi serta bertasbih memuji tuhan, sedang mereka tidak sombong. Mereka tidur pada malam hari kerana meminta (berdoa) kepada Allah dengan hati takut serta mengharapkan pada rahmat Allah taala. Selain daripada itu mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang dianugerahkan Allah untuk ahli keluarganya dan fakir miskin yang melarat dan sengsara. Allah menyediakan untuk mereka itu syurga dengan bermacam-macam kesukaan, kegembiraan dan kesenangan hati.

Firman Allah bermaksud "aku menyediakan untuk hambaku yang soleh apa-apa yang belum pernah di lihat mata dan belum pernah di dengar telinga dan tidak terlintas di dalam hati manusia sedikit juga". Kesenangan di dunia ini dicampuri oleh kesusahan, tetapi kesenangan di akhirat pula tidak bercampur sedikit pun dengan kesusahan. Itulah balasan terhadap amalan soleh.

Keterangan Ayat 20-22

Adapun orang-orang ang fasik dan derhaka pada Allah taala, tempat tinggalnya dalam neraka, mendapat seksa api yang menyala-nyala. Setiap kali hendak keluar dari neraka itu, akan dikembalikan semula di dalamnya.. dikatakan kepadanya " rasailah(tahanlah) seksa neraka yang kamu dustakan selama ini !" Allah mendatangkan seksa kepada mereka diatas dunia ini, sebelum tiba seksa di akhirat yang lebih besar, supaya mereka bertaubat dan meminta ampun kepada Allah, Tetapi mereka juga tidak mahu bertaubat, meskipun diberi peringatan dan pengajaran. Sebab itu Allah menyeksa orang-orang yang berdosa itu.

Dalam ayat ini nyatalah, Allah menyiksa orang-orang yang berdosa diatas dunia sebagai balasan dosannya itu. Tetapi jika terus membuat dosa, maka Allah akan menyeksanya di dunia dan akhirat. Maka balasan dosa itu bukan di akhirat sahaja malah diatas dunia ini juga. Sebab itu insaflah wahai orang-orang yang derhaka kepada Allah dengan melanggar aturan agamanya. Marilah kita bertaubat kepada Allah taala sebelum roh kita berpisah dari jasad.

Rujukan dari Buku Surah-Surah Amalan.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir.

Thursday, 9 February 2012

Futsal Anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir dan Kelab UMNO Kaherah



8.02.2011, Rabu - Bertempat di Nadi Riadhi (berhadapan dengan kuliah perubatan Al-Azhar) telah berlansung Program Futsal Anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir dan Kelab UMNO Kaherah. Program ini berlansung selama satu hari bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 8 mlm. Sebanyak 12 pasukan telah berentap di dalam saingan kumpulan.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Kelab UMNO Kaherah iaitu Ustaz Hafiz bin Dato' Hamzah.Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Anak Melaka di Mesir mengucapkan setinggi jutaan penghargaan kepada Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir Dr Syed Luqman Hakim bin Syed Alwi merangkap Setiusaha Kerja Kelab UMNO Kaherah telah bertungkus lumus di dalam melaksanakan Program Futsal dari persiapan sehingga tamat program tersebut.

Pasukan daripada Negeri Melaka telah menghantar sebanyak 5 pasukan diikuti dari pasukan Negeri Sabah sebanyak 2 pasukan manakala pasukan daripada Negeri Pahang , Johor masing-masing menghantar 1 pasukan. Pasukan lain adalah pasukan campuran yang diwakili oleh Mahasiswa Perubatan Universiti Al-Azhar Mesir. 

Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir, Ustaz Muhd Anwar bin Idris mewakili Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang bertanding. Dengan adanya program seperti ini dapatlah kiranya untuk merapati mahasiswa di Mesir amnya Anak-Anak Melaka di Mesir. Selepas ini, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir akan lebih kerap menjalankan kerjasama bersama dengan Kelab UMNO Kaherah.

Penutupan Program telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir iaitu Ustaz Muhd Anwar bin Idris. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.









Sekian Terima Kasih.

Ridwan Abu Samah
Bahagian Aktiviti Pelajar Melaka di Mesir.

Sunday, 29 January 2012

Program Bacaan Yassin dan Sholat Hajat

05.01.2012, Khamis bertempat di bangunan Wisma Seri Melaka Mesir telah berjalan satu Program Bacaan Yassin dan Sholat Hajat anjuran Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (Mesir) bersama Kelab UMNO Kaherah sempena menghadapi Imtihan. Bacaan yassin ini di ketuai oleh Pengerusi Kelab UMNO Kaherah iaitu saudara Hafiz bin Datuk Dr Hamzah Al-Hafiz.

Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (Mesir) iaitu Syed Luqman bin Syed Alwi yang juga merangkap Setiausah Kerja Kelab UMNO Kaherah telah bertungkus lumus di dalam penganjuran program ini serta dibantu oleh Jawatankuasa Tertinggi IMAM sendiri.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir sangat menghargai segala jasa yang dilakukan oleh semua ahli persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka(Mesir) yang telah memberi komitmen di dalam proses pembelajaran bagi menjalankan aktiviti. Pihak pentadbiran juga sedia membantu dari segala cara mahupun idea pada waktu akan datang.

Pihak pentadbiran juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kelab UMNO Kaherah yang sedia memberikan kerjasama kepada persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka yang kini sudah mencapai setahun penubuhannya di sini.






Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir 

Mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan didoakan agar semua mahasiswa dapa keputusan yang cemerlang di dalam Imtihan ini. Insyaallah mudah mudahan.

Monday, 2 January 2012

Program Ramah Mesra Yang DiPertua Besar Negeri Sembilan Bersama Anak Negeri Sembilan di Mesir.

21,12,2011 Rabu - Bertempat di Four Season Hotel Nile Plaza telah berlansung Program Ramah Mesra Yang DPertua Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Ibni Tunku Munawir bersama Mahasiswa Anak Negeri Sembilan di Mesir. Keberangkatan Tuanku Muhkrz Ibni Tunku Munawir Ke Mesir adalah kali pertama untuk mendekati Mahasiswa Negeri Sembilan amnya.

Semua Pegawai Kedutaan dan Ketua Agensi dan Pegawai Rumah Negeri juga turut di jemput oleh keduaan bagi meraikan keberangkatan Tuanku Mukhriz Ibni Tunk Mnawir di Bumi Anbiya ini. Turut bersama di dalam keberangkatan Tuanku Muhkriz Ibni Tunku Munawir adalah Pemilik Yayasan Sofa , Penasihat Yayasan Sofa , Setiusaha Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan serta beerapa lagi kerabat di dalam istana.






Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan kepada pihak Pentadbiran Anak Negeri Sebilan di Mesir yang menjemput Pegawai Melaka untuk menghadiri program ini.