Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kelahiran dan Semoga Panjang Umur" kepada Pegawai Khas Menteri Besar Negeri Johor Hj Maulan bin Asmoni.
Sempena hari kelahiran semalam (1/9/2012) Ust Muhd Anwar bin Idris telah memberikan cenderahati kepada Hj Maulan bin Asmoni. Semoga hubungan Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dan Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Negeri Johor bertambah erat dan kuat. Insyaallah mudah mudahan.
1/9/2012 Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir memenuhi jemputan Rumah Terbuka Negeri Sembilan dan Rumah Terbuka Anjuran Pegawai Pahang, Terengganu dan Selangor di Mesir.
Pegawai Melaka Ustaz Muhd Anwar bin Idris diiringi dengan pembantu telah memenuhi jemputan rumah terbuka yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Negeri Sembilan Mesir yang berlansung di Hayyu Sabie'.
Selepas menghadiri Rumah Terbuka Negeri Sembilan, Ustaz Muhd Anwar bin Idris telah mengiringi Duta Besar Malaysia Kaherah Dato Dr Fakhruddin bin Abdul Mokhti ke Rumah Terbuka Anjuran Pegawai Pahang, Terengganu dan Selangor di Dataran Hayyu Asyir.
Pejabat Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan ucapan terima kasih kerana telah menjemput ke Rumah Terbuka. Semoga Allah memberkati majlis berkenaan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, kami bersyukur kepadamu kerana engkau telah memberikan rahmat dan nikmat ke atas Tanah Air kami...
Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir di ketuai oleh Pegawai HEP Melaka di Mesir Ustaz Muhd Anwar bin Idris mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk tahun yang ke-55 kepada semua Mahasiswa Malaysia di Mesir amnya anak-anak Negeri Melaka.
Kita hayatilah erti kemerdekaan sedalam-dalamnya. Bersyukur kita kerana dilahirkan selepas merdeka kerana kita sudah banyak menerima keistimewaan. Generasi terdahulu bersusah payah untuk memerdekakan tanah air kita daripada terus dijajah oleh british sejak sekian lama.
Sedekah Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang terdahulu semoga mereka semua diletakkan bersama kekasih ALLAH S.W.T.
Kita Sedekah Surah Yassin Juga Ya ~ ~ ~
"barangsiapa yang Allah S.W.T kehendaki maka diberikan kebaikan dan diberikan kefahaman agama. Namun kefahaman agama perlulah ditekuni iaitu dengan usaha untuk belajar dan orang yang tidak menjalankan apa yang dipelajari tanpa musabab maka telah mengkhianat ilmunya melainkan LUPA. Kerana lupa itu adalah merupakan salah satu penyakit yang manusia hadapi"
Maka apa yang kita pelajari selama ini kita gunakanlah bagi kita merubah minda kita untuk berhijrah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Pegawai HEP Melaka di Mesir sentiasa mendoakan adik-adik di sini berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran.
Jangan kita menjadi insan yang suka kepada kekacauan, provokasi, jumud dan menyebarkan fitnah terhadap mana-mana orang islam yang lain. Di dalam ajaran islam juga kita disanggah untuk melakukan perkara sedemikian kerana ianya boleh berlaku perpecahan umat islam itu sendiri. Lebih-lebih lagi kepada golongan khawarij yang keluar daripada perjuangan asal bagi menjatuhkan kepimpinan islam di dalam sebuah negara. Kerana mereka termasuk di dalam golongan munafiq.
Kita Hayatilah Isi Kandungan Ayat Surah Al-Munafiqun ini
Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir sekali mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk kali ke 55 tahun. Semoga Malaysia terus maju di bawah kepimpinan Melayu Islam. Berdoalah kita semua agar Malaysia terus diberikan Rahmat dari Allah S.W.T. Insyaallah mudah mudahan.
"Siapa yang menjaga lisannya maka dianugerahkan kepadanya Hikmah"
"Barangsiapa yang menjaga penglihatannya maka diberikan kepadanya hati yang Khusyuk"
"Barangsiapa menjaga pemakanannya maka diberikan kelazatan di dalam sholatnya"
"Siapa yang bersabar di dalam ujian Allah .S.W.T lalu menyempurnakan sabarnya, maka dia dikehendaki memilih pintu syurga yang mana dia sukai"
Sambutan Majlis Aidilfitri 2012 Anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Negeri Johor Mesir diraikan dengan sederhana dan meriah.
Alhamdulillah,
Walaupun kekurangan kakitangan di dalam menguruskan program ini, masih terdapat pelajar-pelajar yang sedia membantu dan menguruskan program anjuran pejabat pentadbiran bagi Negeri Melaka dan Negeri Johor. Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kami ucapkan serta didoakan apa yang dilakukan anda akan dibalas dengan rahmat Allah taala.
Program Sambutan Aidilfitri 2012 Anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Negeri Johor telah berlansung selama 2 hari iaitu pada 21/08/2012 dan 23/08/2012 bersamaan raya ke-3 dan raya ke-5. Ianya juga telah berlansung di dua tempat iaitu di Bangunan Wisma Seri Melaka dan Rumah Kebajikan Anak Negeri Johor Roba'ah.
Pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Pegawai Education Malaysia Egypt , Pegawai Hal Ehwal Pelajar Negeri serta pelajar telah menghadiri program bagi meraikan bersama.
Gambar sepintas lalu ~ ~
Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin yang menhadirikan diri semasa Program Sambutan Aidilfitri yang berlansung di dua negeri ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik anda semua.
Tidak lupa kepada Pengarah Program Bagi Rumah Negeri Melaka Dr Muhammad Zulkarnain bin Mohd Zamani serta Pengarah Program di Rumah Negeri Johor Ustaz Mohd Fadzli bin Sabar yang menjadi tulang belakang dua pejabat pentadbiran ini.
Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir sekali lagi mengucapkan terima kasih dan selamat menyambut hari raya tahun ini dengan lebih bermakna lagi. Insyaallah mudah mudahan.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dengan Kerjasama Pejabat HEP Negeri Johor Mesir akan berlansung pada raya ke-3 di Wisma Seri Melaka dan penutup akan berlansung pada raya ke-5 di Rumah Kebajikan Pelajar Johor Roba'ah... Dijemput semua mahasiswa yang berada di Mesir menghadiri majlis dan program ini.
Wisma Seri Melaka pada mulanya dinamakan dengan nama Wisma Melaka. Pada 28 Disember 2010, Wisma ini diberikan nama baru iaitu Wisma Seri Melaka yang dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka. Wisma Seri Melaka terletak di No.28, Musa El-Kazeem Street 7th District, Nasr City, Cairo, Arab Republic of Egypt. Wisma Seri Melaka mempunyai bangunan dengan ketinggian 7 tingkat. bangunan ini di kawal selia oleh En. Muhd. Anwar bin Idris Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir dan di bantu oleh En. Ibrahim dan En Ridwan merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar, yang bertanggungjawab menguruskan semua aktiviti dan penempatan pelajar Melaka serta memberi khidmat nasihat berkaitan dengan pengajian, kebajikan dan bimbingan kaunseling kerjaya pelajar. Bagi memantapkan Wisma Seri Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan satu persatuan iaitu Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir (IMAM) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan para pelajar.