|
VISI & MISI |
|
MOTO |
Kecemerlangan Trampil Dinamik |
Kecemerlangan adalah tahap yang tertinggi kualiti. Ia adalah di antara yang menghampiri kesempurnaan. Oleh itu, wisma ini menjana generasi yang mempunyai kecemerlangan dalam semua aspek terutama sahsiah, akademik dan kepimpinan. Trampil adalah satu dasar bersepadu yang membawa imej unggul ke mana sahaja mahasiswa Melaka pergi. Ketrampilan bermaksud berkeupayaan, berkeyakinan dan berwibawa dalam semua bidang yang diceburi. Justeru itu, menjadi hasrat wisma untuk membina mahasiswa merdeka dari segi daya pemikiran dan berketrampilan dalam semua aspek yang mementingkan kualiti individu. Dengan kata lain, ke mana sahaja perginya mahasiswa yang membawa nama Negeri Melaka akan tetap unggul dengan ketrampilannya. Dinamik yang membawa maksud dapat melaksanakan sesuatu perkara dengan sebaik-baiknya. Mahasiswa Wisma Seri Melaka yang mempunyai kecemerlangan dan ketrampilan akan dapat melaksanakan apa yang diperkatakan bukan sekadar slogan-slogan sahaja tetapi mereka terus komited dalam merealisasikan wawasan dan hasrat Kerajaan Negeri Melaka. |
0 comments:
Post a Comment