18/07/2011 , Isnin - Kelas Silat Pesaka telah dijalankan di bangunan Wisma Seri Melaka dan ianya telah dikendalikan oleh salah seorang AJKT IMAM iaitu adik Omar bin Mohd Mokthar. Mahasiswa ini mengambil jurusan perubatan di keherah.
Aktiviti ini sebenarnya sedikit sebanyak membantu memberikan keyakinan terhadap diri sendiri bagi menangani masalah yang tidak diingini berlaku terhadap diri kita mahupun pada orang lain yang berada di depan mata kita sendiri.
Selain itu, kelas ini tidak menganggu sesi ulangkaji pelajaran kerana kelasnya dibuat pada waktu petang selepas waktu asar. Pembantu Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Mesir En Ridwan bin Abu Samah telah memantau sepanjang aktiviti yang berlaku didalam kelas silat ini.
Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka amnya En Ridwan bin Abu Samah (bahagian aktiviti) mengalu-alukan kepada mahasiswa lain agar menyertai kelas silat ini kerana banyak memberikan faedah kepada mahasiswa.
Monday, 18 July 2011
Aktiviti Silat yang dikendalikan salah seorang AJKT IMAM .
Pejabat pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan tahniah kepada Persatuan IMAM kerana telah berjaya mengadakan kelas mempertahankan diri ini. diharap persatuan IMAM terus mencari ahli baru bagi menyertai kelas silat(riadah) untuk mengisi masa lapang.
terima kasih.
Posted by wisma seri melaka at 11:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment