CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Wednesday 14 December 2011

Mesyuarat SMMPRN Kali Ke-6 di Wisma Sultan Muhammad ke-5

13.12.2011, Rabu - Semalam Seketeriat Majlis Mesyuarat Pegawai Rumah Negeri telah mengadakan mesyuarat kali ke-6 bertempat di Perpustakaan Wisma Sultan Muhammad ke-5,Nasr City Kaherah, Mesir. Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Su'aidi bin Dato' Shafei iaitu Pengarah Education Malaysia Egpyt.

Mesyuarat kali ke-6 ini lebih fokus terhadap Isu keselamatan di kalangan Mahasiswa Malaysia di Kaherah yang kini boleh dikatakan amat bermasalah akibat ketidaktentuan keadaan di Negara Mesir ketika ini.Ahli mesyuarat cuba ingin menyelesaikan bagaimana cara-cara untuk mengatasi masalah berkenaan kerana baru-baru ini masih terjadi kes kecurian melibatkan di dalam Rumah Negeri-Negeri , kes ugutan terhadap pelajar dan pelagai lagi.

Perbuatan ini sebenarnya berlaku disebabkan harga barangan keperluan di Negara Mesir ini telah melonjak naik sehingga 2 kali ganda dan ini merupakan faktor penyebab utama mengapa kes jenayah seperti mencuri dan ugut mengugut berlaku terhadap Mahasiswa Malaysia di Mesir. Malah bukan sahaja tertumpu kepada Mahasiswa kita ianya juga melibatkan mahasiswa dari negara lain juga.

Dengan waktu ini pula, pilihanraya Mesir juga sedang berlansung dengan ada segelintir masyarakat tempatan yang sengaja mencari peluang bagi melakukan kerja-kerja jahat terhadap orang luar.

Ahli mesyuarat telah mengemukan pelbagai cadangan untuk mengatasi perkara ini agar ianya tidak berulang kembali. Semua Pegawai Rumah Negeri telah pun mengerluarkan notis pekeliling keselamatan terhadap Mahasiswa Negeri masing-masing. Dan ahli mesyuarat yakin sekiranya Mahasiswa ini mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh Pegawai Rumah Negeri ianya tidak akan berulang.


0 comments: