CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Monday 19 September 2011

Haluansiswa Mahasiswa/siswi di Wisma Seri Melaka.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka telah mengarahkan persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka untuk melakukan Program Haluansiswa bagi sesi pengenalan terhadap mahasiswa baru yang hadir sini. Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka adik Muhammad Iqbal bin Ariffin serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi IMAM yang lain juga telah bekerjasama di dalam melakukan aktiviti untuk diberi kepada mahasiswa baru ini. Program selama 4 hari ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang timbul selama haluansiswa ini berlansung.

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Ust Muhd Anwar bin Idris mengucapkan tahniah kepada Persatuan IMAM kerana telah berjaya melaksanakan program untuk mahasiswa baru. Selain itu, kesungguhan Ahli Jawatankuasa Tertinggi IMAM juga telah bertungkus lumus ama dihargai oleh Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir.


































Tahniah kepada Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir kerana berjaya melaksanakan tangungjawab anda di dalam persatuan. Syabas..

admin

Perasmian Kafeteria Wisma Seri Melaka Mesir.

12.09.2011- Majlis Perasmian Kafeteria Wisma Seri Melaka Mesir telah telah dirasmikan oleh Prof Madya Dato Dr Fakruddin Duta Besar Malaysia di Kaherah. Turut hadir di dalam majlis ini adalah ketua canseleri En Muhammad Saiful bin Anwar serta Pengarah Education Malaysia Prof Madya Dr Suaidi bin Dato Shafei. Perasmian ini telah berlansung selepas solat maghrib. 







Makan Tengahari Di Rumah Penolong Pegawai 1 Bersama Pegawai TAPEM dan Pelajar Baru.

Pembantu Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir telah mengadakan makan tengahari dan telah menjemput semua Mahasiswa baru serta Pegawai Pengiring daripada TAPEM En. Zawawi M Kahar ditemani oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Ustaz Muhd Anwar bin Idris untuk bersama-sama untuk menjamu selera.

Selain itu, Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka Ust. Muhd Anwar bin Idris beramah mesra dengan mahasiswa yang baru menetap di Wisma Seri Melaka ini. Memberi sedikit nasihat agar tidak melakukan kesalahan serta memperjelaskan peratuan yang tersedia ada di dalam Wisma Seri Melaka.




Pejabat Petadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada isteri kepada Pembantu Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir Puan Siti Armah bte Ramli, Nur Shaizzaty binti Ab Malek dan Adik Aimi Najwa binti Azman kerana telah menyediakan makanan tengahari ini. 

admin.

Menyambut Kehadiran Mahasiswa Perubatan di Airport Cairo

12.09.2011, Terminal 1 Kaherah Mesir - Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir di ketuai oleh Ustaz Muhd Anwar bin Idris serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir(IMAM) telah menyambut kehadiran 5 orang mahasiswa daripada bidang perubatan serta diiringi oleh pegawai daripada Tabung Amanah Pendidikan Anak Melaka( TAPEM) En. Zawawi M Kahar di Terminal 1 Kaherah.





Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa yang baru hadir ke bumi Mesir ini. Harapan kami adalah melihat kamu semua berjaya di dalam bidang yang anda ceburi. Menjadi pelajar yang profesional dan berfikiran rasional. 

Ahlan wahsalan...

admin.

Saturday 3 September 2011

Solat Aidilfitri di Dewan Melayu Abbasiah Kaherah

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka Ustaz Muhd Anwar bin Idris serta dua Pembantu telah di jemput untuk bersama-sama menghadiri Majlis Solat Aidilfitri di Dewan Melayu Abbasiah Kaherah anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

Kahadiran yang begitu mengalakkan dari semua mahasiswa serta Pegawai HEP dari setiap negeri. Khutbah Raya telah disampaikan oleh Prof Madya Dato Dr Fakkruddin Duta Besar Malaysia sendiri.

Prof Madya Dato Dr Fakruddin menyampaikan khutbah raya

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Ust Muhd Anwar bersama Keluarga Duta Besar Malaysia di Kaherah.



Takbir Raya Diketuai oleh Prof Madya Dr Suaidi bin Dato Shafei

Bersama Penghuni Wisma Seri Melaka




Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia kerana menjemput Pegawai HEP Melaka untuk bersama meraikan majlis ini.

admin.