CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Wednesday 22 February 2012

Jom Amalkan Surah As-Sajdah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Fadilat Surah As Sajdah
  1.  Hadis riwayat Al Bukhari daripada Abi Hurairah R.A berkata : "Nabi S.A.W membaca pada sholat fajar(subuh) pada hari jumaat (alif laam mim tanzil ) As Sajdah dan ( Hal Ata Alal Insan) In-san" 
  2. Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata " Nabi S.A.W TIDAK TIDUR HINGGA di baca Surah As Saajdah dan Al Mulk.
Intisari Surah As Sajdah

Surah As Sajdah adalah surah ke 32 dalam Al-Quran... Surah ini terdiri atas 30 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al Mu'minum. Dinamakan As Sajdah berhubung pada surah ini terdapat sajdah (sujud) pada ayat ke 15.

Keterangan Ayat 4-5

Allah menjadikan langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya dalam masa enam hari, iaitu enam masa yang tertentu, kerana sehari pada sisi Allah adalah kira kira seribu tahun lamanya pada kita. Kemudian Allah bersemayam di atas Arasnya (takhta Kerajaannya). Sebagaimana seorang raja memerintah di atas takhta kerajaannya untuk mengatur dan melaksanakan pemerintahannya, maka Allah mengatur alam yang luas ini dan memerintahnya dari Arasynya. Tetapi Arasy Allah itu tidaklah serupa dengan takhta raja sebagaimana Allah tidak serupa dengan manusia. Maka Arasynya juga tidak serupa dengan takhta raja. Sebab itulah Allah yang mengetahui hakikat Arasy itu.

Kata sesetengah ahli tafsir, perkataan ini adakah kata kiasan, untuk mengambarkan bahawa Allah mengatur sekalian alam dan memerintahkan dari pusat pemerintahannya, sebagai raja memerintah negeri dari atas takhta kerajaannya..

Keterangan Ayat 15-17

Orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Allah ialah orang yang bila diberi peringatan dan pengajaran , mereka tunduk dan sujud ke bumi serta bertasbih memuji tuhan, sedang mereka tidak sombong. Mereka tidur pada malam hari kerana meminta (berdoa) kepada Allah dengan hati takut serta mengharapkan pada rahmat Allah taala. Selain daripada itu mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang dianugerahkan Allah untuk ahli keluarganya dan fakir miskin yang melarat dan sengsara. Allah menyediakan untuk mereka itu syurga dengan bermacam-macam kesukaan, kegembiraan dan kesenangan hati.

Firman Allah bermaksud "aku menyediakan untuk hambaku yang soleh apa-apa yang belum pernah di lihat mata dan belum pernah di dengar telinga dan tidak terlintas di dalam hati manusia sedikit juga". Kesenangan di dunia ini dicampuri oleh kesusahan, tetapi kesenangan di akhirat pula tidak bercampur sedikit pun dengan kesusahan. Itulah balasan terhadap amalan soleh.

Keterangan Ayat 20-22

Adapun orang-orang ang fasik dan derhaka pada Allah taala, tempat tinggalnya dalam neraka, mendapat seksa api yang menyala-nyala. Setiap kali hendak keluar dari neraka itu, akan dikembalikan semula di dalamnya.. dikatakan kepadanya " rasailah(tahanlah) seksa neraka yang kamu dustakan selama ini !" Allah mendatangkan seksa kepada mereka diatas dunia ini, sebelum tiba seksa di akhirat yang lebih besar, supaya mereka bertaubat dan meminta ampun kepada Allah, Tetapi mereka juga tidak mahu bertaubat, meskipun diberi peringatan dan pengajaran. Sebab itu Allah menyeksa orang-orang yang berdosa itu.

Dalam ayat ini nyatalah, Allah menyiksa orang-orang yang berdosa diatas dunia sebagai balasan dosannya itu. Tetapi jika terus membuat dosa, maka Allah akan menyeksanya di dunia dan akhirat. Maka balasan dosa itu bukan di akhirat sahaja malah diatas dunia ini juga. Sebab itu insaflah wahai orang-orang yang derhaka kepada Allah dengan melanggar aturan agamanya. Marilah kita bertaubat kepada Allah taala sebelum roh kita berpisah dari jasad.

Rujukan dari Buku Surah-Surah Amalan.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir.

Thursday 9 February 2012

Futsal Anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir dan Kelab UMNO Kaherah



8.02.2011, Rabu - Bertempat di Nadi Riadhi (berhadapan dengan kuliah perubatan Al-Azhar) telah berlansung Program Futsal Anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir dan Kelab UMNO Kaherah. Program ini berlansung selama satu hari bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 8 mlm. Sebanyak 12 pasukan telah berentap di dalam saingan kumpulan.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Kelab UMNO Kaherah iaitu Ustaz Hafiz bin Dato' Hamzah.Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Anak Melaka di Mesir mengucapkan setinggi jutaan penghargaan kepada Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir Dr Syed Luqman Hakim bin Syed Alwi merangkap Setiusaha Kerja Kelab UMNO Kaherah telah bertungkus lumus di dalam melaksanakan Program Futsal dari persiapan sehingga tamat program tersebut.

Pasukan daripada Negeri Melaka telah menghantar sebanyak 5 pasukan diikuti dari pasukan Negeri Sabah sebanyak 2 pasukan manakala pasukan daripada Negeri Pahang , Johor masing-masing menghantar 1 pasukan. Pasukan lain adalah pasukan campuran yang diwakili oleh Mahasiswa Perubatan Universiti Al-Azhar Mesir. 

Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir, Ustaz Muhd Anwar bin Idris mewakili Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang bertanding. Dengan adanya program seperti ini dapatlah kiranya untuk merapati mahasiswa di Mesir amnya Anak-Anak Melaka di Mesir. Selepas ini, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir akan lebih kerap menjalankan kerjasama bersama dengan Kelab UMNO Kaherah.

Penutupan Program telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir iaitu Ustaz Muhd Anwar bin Idris. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.









Sekian Terima Kasih.

Ridwan Abu Samah
Bahagian Aktiviti Pelajar Melaka di Mesir.