CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Saturday 30 April 2011

assalamualaikum ~ ~ ~

sempena 1 haribulan 5 tahun 2011 ini, pejabat pentadbiran wisma seri melaka di mesir ingin mengucapkan "selamat menjalani hari pekerja kepada semua rakyat di malaysia"

mari kita sama-sama bersyukur kepada Allah taala kerana telah banyak memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang berbilang kaum di malaysia. di mana, rakyat di malaysia menjalani kehidupan yang sangat hebat berbanding saudara mara sesama islam kita di negara lain yang kebanyakkannya menghadapi kesukaran hidup.

bersyukur kita juga kepada Allah s.w.t kerana memberi/melantik pemimpin di malaysia dari kalangan yang baik serta banyak membantu masyarakat. alhamdulillah.

bersyukur juga kita kepada Allah taala kerana telah menjadikan rezeki kita yang kadang-kadang tidak di miliki oleh orang lain ke atas diri kita. pelajar-pelajar yang berada di mesir ini sangat beruntung kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran di tempat yang penuh dengan sejarah dunia islam yang lampau. dengan kos pembelanjaan yang kebanyakkan pelajar di tangung oleh kerajaan malaysia.

dan terima kasih juga kita kepada ketua menteri melaka, YAB datuk seri muhd ali rustam yang banyak membantu perjalanan unit jabatan hal ehwal dan kebajikan pelajar melaka di mesir ini.

terima kasih malaysia.

Sunday 10 April 2011

KUNCI SYURGA, mencintai orang-orang miskin.

Alhamdulillahi robbil aalamain wassolatu wassalamu alaa asyrofil anbiya' wal mursalin wa alaa alihi wasohbihi ajmain..Segala puji bagi Allah swt kerana masih lagi memberikan kita nikmat umur yang panjang. Kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk beribadah sebanyak2nya untuk bekalan kita diakhirat kelak. Didunia inilah tempat kita untuk menyemai sebanyak2 Rohani kita kerana diakhirat kelak hanya Jasadi yang menjadi saksi. Kita akan ditanya kelak apa yang telah kita lakukan terhadap orang2 Miskin.. Apa kita nak jawab?

Dalam mencari jodoh, kebanyakan ibubapa ingin anaknya dijodohkan dengan orang2 yang berilmu + beragama + berpangkat + berharta + kaya. Namun tiada sedikit pun ibubapa yang ingin menjodohkan anaknya dengan kalangan orang yang paling banyak disebut didalam Al-Quran, iaitu Al-masakin.. kerana mentaliti menganggap kemiskinan pembawa kecelakaan dan kehinaan, dan kekayaan membawa kepada kebahagiaan..


Teringat salah sebuah doa yang pernah di panjatkan Rasulallah SAW,

"Ya Allah, hidupkan aku sebagai orang miskin, matikan aku sebagai orang miskin, dan bangkitkan aku pada hari kiamat bersama kelompok miskin"


Apabila kita menyemak baik-baik doa Nabi SAW di atas, tentu kita akan tertanya-tanya dalam hati, apa keistimewaan orang miskin sampai-sampai beliau memohon kepada Allah swt. agar dihidupkan sebagai orang miskin, mati sebagai orang miskin, dan kelak dibangkitkan di alam kubur bersama-sama dengan golongan orang miskin? Padahal, kita tahu sendiri bahawa kebanyakan di antara kita adalah orang-orang yang selalu berdoa agar dijadikan Allah SWT sebagai orang kaya. Malah ada yang mendoakan supaya jodohnya adalah seorang yang kaya dan berpangkat.

Ternyata, doa Rasulallah saw yang demikian itu bukanlah tanpa alasan. Di antara alasan-alasannya adalah kerana sebahagian penghuni syurga tak lain merupakan orang-orang miskin. Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid Ra. bahawasanya Rasulallah saw telah bersabda:

"Ketika aku berdiri di hadapan pintu syurga(yakni ketika terjadi Isra Mikraj), ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga meihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni neraka, di mana mereka di arahkan terus menuju ke neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu neraka, ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita." (HR. Bukhari, Muslim, dan Ahmad)

Dalam riwayat yang lain, dari Abu Hurairah Ra. Bahawasanya Rasulallah saw juga pernah bersabda:

"Neraka berdebat dengan syurga. Neraka berkata, 'Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur(sombong).' syurga pun berkata, 'Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin.' Maka, Allah swt berfirman kepada neraka, 'Kamu adalah siksaan Ku. Aku akan menyiksa siapa saja yang Aku kehendaki melalui kamu..' Allah juga berfirman kepada syurga, 'Kamu adalah rahmat Ku. Aku akan berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang Aku kehendaki Kedua-dua dari kamu akan Aku isi hinggi penuh."

"Segala sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga ialah mencintai orang-orang miskin" (HR ad-Daruquthni dan Ibnu Hibban)

Dari beberapa riwayat di atas, kita telah ketahui bahawa di antara keistimewaan orang-orang miskin adalah termasuk golongan orang yang sebagian besar akan masuk syurga. Sedangkan dalam riwayat terakhir menunjukkan bahawa apabila kita ingin masuk ke syurga, maka kita harus mencintai orang-orang miskin. Sebab, mencintai orang miskin merupakan Kunci Syurga.

Hadis yang disebutkan terakhir itu, apabila ditelaah dari ilmu Ma'ani al-hadith, mungkin dapat dimasukkan dalam kategori matan hadits yang berbentuk jami' al-kalim, yakni sebuah sabda Nabi saw. yang ungkapan-ungkapannya singkat, namun padat maknanya. "Bu'itstu bijawaami'il kalimi (saya dibangkitkan [oleh Allah] dengan ungkapan-ungkapan yang singkat namun padat makna). " (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai, Ahmad dan lain

Apabila kita merenungkan sabda Rasulallah Saw, "Segala sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga ialah mencintai orang-orang miskin," di dalamnya terkandung makna yang sangat luas. Pertama, kita tidak mungkin akan dapat masuk syurga bila kita masih benci kepada orang-orang miskin. Kedua, apabila kita menginginkan syurga, maka jalan yang harus ditempuh tak lain adalah menyayangi dan mencintai orang-orang miskin. Ketiga, mencintai orang-orang miskin bererti kita harus mencukupi keperluannya, baik makan, minum, pakaian, dan sebagainya. Keempat, dalam memberi sesuatu kepada orang-orang miskinharus dilandasi cinta yang sedalam-dalamnya dan penuh rasa ikhlas kerana Allah swt. Kelima, janganlah sedih bila menjadi orang miskin kerana Rasulallah saw sangat memuliakannya dengan cara menjadikan dirinya sebagai kunci syurga bagi orang lain. Bahkan,keenam, dari hadis itu pula tercermin sebuah kandungan makna bahawa meskipun kita hanya memilik wang yang sedikit, namun tetaplah kita belanjakan untuk orang-orang miskin, sebagai bukti cinta kita yang bersungguh-sungguh kepada mereka, dan kita dapat merasai betapa pedihnya hidup dalam ketiadaan itu.


Rasulallah saw sengaja membangkitkan harga diri para fuqara dan masakin, kerana mereka ini adalah kelompok yang paling sering direndahkan dan dicaci maki. Rasulallah saw, mengangkat harga diri mereka dengan cara beliau gemar memilih hidup di tengah hamba sahaya dan orang miskin. Kerana itu, wajarlah bila Rasulallah saw digelari dengan Abul Masakin (bapa orang-orang miskin). Bila sahabatnya ingin menemuinya, "Carilah aku di sekitar orang-orang yang lemah di antara kamu, carilah aku ditengah kelompok kecil di antara kamu"

Pernah suatu hari, sahabat Rasulallah saw menemui beliau sedang membaiki sandal seorang anak yatim. Pada kesempatan yang lain, beliau terlihat menjahit baju seorang janda tua yang miskin, dan pernah pula beliau makan dalam piring yang sama denga hamba sahaya. Kalau masuk masjid, beliau memilih kelompok orang miskin, duduk bersama, memberi kegembiraan hidup, memotivasi, sehingga kadang2 Rasulallah saw tertawa bersama mereka. Rasulallah saw sangat menghargai mereka dan memujinya di tempat umum.

Kerana begitu mulianya orang-orang miskin ini dalam pandangan Rasulallah saw, sampai-sampai beliau pernah bersabda,

"orang-orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang mendirikan solat sepanjang malam, dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti." (HR Bukhari, Muslim)

Pernah pada suatu hari, Rasulallah saw berkunjung ke sebuah masjid. Pertama kali yang beliau tanyakan ialah penjaga masjid yang sering beliau lihat disana. Sahabat2nya berkata, "perempuan penjaga masjid itu sudah meninggal tiga hari yang lalu." Rasulallah saw tampak kecewa, "Mengapa aku kalian tidak beritahu?" tanya beliau. Para sahabatnya memang sengaja tidak memberitahu kerana orang mati tersebut mereka anggap 'orang kecil' atau orang biasa saja, sehingga Nabi tidak perlu dikhabari. Ternyata kecil buat mereka, tidak bagi Beliau, Rasulallah saw. Lalu Rasulallah saw berkata"Tunjukkan padaku kuburnya". Setelah para sahabat memberi tahukannya, segeralah beliau menuju kesana, dan di dekat kuburnya beliau Solat. Subhanallah!


Betapa mulianya contoh yang diajarkan Nabi saw. Bagi Rasulallah saw, si miskin lebih mulia daripada 'duli yang maha mulia' raja-raja. Perhatikanlah sepanjang hidupnya, Rasulallah tidak pernah mengunjungi makam raja-raja, tetapi sebaliknya, di atas makan penjaga masjid itu, beliau berdoa untuknya. Dengan cara inilah Rasulallah Saw mengangkat darjat orang miskin, orang lemah dan orang tertindas. Subhanallah!

Ayuh semak balik didalam diri kita, adakah kita inginkan pendamping kita kelak adalah orang yang kaya?

aktiviti AJKT IMAM

Pada 6/4 yang lepas beberapa org wakil AJKT IMAM telah berkunjung ke rumah seorang pelajar Malaysia  yang disahkan mengalami tekanan perasaan... Dipercayai pelajar ini bernama Ahmad, merupakan pelajar di bawah tajaan negeri Perlis... Namun kini, pelajar berkenaan telah menumpang di rumah Kuala Lumpur memandangkan rumah Perlis masih belum di buka.. Pelajar2 Melaka juga turut menghulur bantuan dengan mengadakan derma kilat bagi meringankan sedikit sebanyak bebanan yg di hadapi.. Dana yang di kumpul juga bertujuan bagi membantu menampung kos perjalanan pulang pelajar bekenaan ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan di sana...


saudara Iqbal berborak bersama pelajar berkenaan  

penyerahan hasil wang derma kilat kepada abang pelajar tersebut..

di harap kepada semua dapat mendoakan saudara Ahmad cepat sembuh daripada sakitnya...


pihak Jabatan Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di mesir juga mendoakan agar palajar berkenaan di lindungi oleh Allah taala. 

Thursday 7 April 2011

FITNAH ITU LEBIH KEJAM DARI MEMBUNUH

Al-Quran beri panduan tidak pandang remeh, nilai kebenaran berita diterima 

PERBUATAN saling memfitnah banyak berlaku dalam masyarakat hari ini yang bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Akan muncul suatu ketika iaitu ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Muslim)


Fitnah diertikan sebagai sengaja mengadakan keburukan dan kekurangan orang lain, menokok tambah keaiban dan kelemahan orang serta memalsukan kebaikan sehingga menjadi keburukan. Ia boleh berlaku dalam bentuk lisan atau tulisan seperti surat layang, khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web sosial dan e-mel.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan.” (Surah al-Baqarah, ayat 191) 

“Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah.” (Surah al-Qalam, ayat 29). 

Disebabkan terlalu banyak perkara palsu dan pembohongan dalam fitnah, pembuat fitnah biasanya menyembunyikan diri supaya tidak diketahui kerana tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatan itu palsu. 

Pembuat fitnah tidak berjaya jika tidak dibantu orang yang menyebarkannya. Sebab itu kedudukan pembuat fitnah dan penyebarnya sama dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. 
Perkara ini dijelaskan dalam hadis diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Riwayat al-Bukhari) 

Diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan dengan sekumpulan manusia yang menggunting lidah dan bibir mereka. Baginda bertanya kepada Jibril: “Siapakah mereka? Jibril menjawab: “Mereka ialah penyebar fitnah.” (Riwayat al-Tabrani). 

Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku didorong oleh tamak, iri hati dan mementingkan diri. Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama. 

Implikasi fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang yang sukar disekat. 

Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila tahap kesabarannya mula hilang menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan di luar batas kemanusiaan. 

Diceritakan, pada zaman dulu ada lelaki kaya menuju ke pekan untuk membeli hamba. Dia ditawarkan hamba lelaki yang tiada cacat cela kecuali gemar memfitnah. Lelaki itu menganggap fitnah perkara ringan dan remeh, maka dia membeli hamba berkenaan. 

Selepas agak lama di rumah majikannya, hamba itu mula berkata kepada isteri lelaki itu bahawa suaminya ingin berkahwin lagi. Hamba itu mencadangkan isteri majikannya segera menggagalkan perkahwinan itu dengan ubat guna-guna iaitu mengambil bulu roma pada leher suaminya dengan menggunakan pisau tajam agar tidak terasa sakit ketika si suami tidur. Oleh kerana percaya si isteri berusaha mendapatkan pisau tajam. 

Kemudian hamba itu memberitahu tuannya bahawa si isteri akan membunuhnya ketika dia tidur. Ketika pura-pura tidur, datang si isteri membawa pisau. Ketika lehernya dipegang lelaki itu segera bangun merampas pisau berkenaan lalu terus membunuh isterinya. Keesokannya keluarga si isteri menuntut bela atas kematian itu dengan berbunuhan antara kedua-dua pihak. 

Kisah ini memberi pengajaran penting. Pertama, fitnah tidak boleh dianggap ringan dan remeh kerana boleh menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta dan nyawa. Kedua, perlu menilai kesahihan berita di sampaikan seseorang. 

Sebenarnya untuk menilai kebenaran berita yang disebarkan, al-Quran meletakkan panduan seperti dinyatakan. beberapa ayat al-Quran antaranya firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Wanita jadi senjata ampuh iblis jatuhkan maruah manusia

AL-QURAN dan hadis merakamkan kisah nyata mengenai fitnah dan angkara murka disebabkan wanita. Pelakunya ialah iblis berserta tentera yang menjalankan watak dan jiwa kotor untuk menjatuhkan manusia. 

Iblis selalu mengintip aurat dan keburukan sifat manusia. Iblis menanggalkan pakaian Nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa di syurga.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu menghadap ke muka (datang) dalam bentuk syaitan dan ke belakang (pergi) dalam bentuk syaitan.” (Hadis riwayat Muslim).

Mujahid Rahimahullah berkata: “Ketika perempuan menghadap ke depan (datang), maka syaitan duduk di atas kepalanya lalu menghiasinya untuk orang yang melihat dan ketika perempuan itu menghadap ke belakang (pergi), syaitan duduk di belakangnya lalu ia memperindahnya untuk orang yang melihatnya. (Al-Qurtubi, al-Jami'li- Ahkamil Quran). 

Rasulullah juga memperingatkan dengan sabdanya bermaksud: “Sesungguhnya dunia manis lagi hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah di bumi, lalu Allah mengawasi bagaimana kamu berbuat. Maka jaga dirimu mengenai dunia dan jaga dirimu mengenai wanita. Sesungguhnya bencana bani Israel ialah dalam hal wanita.” (Hadis riwayat Muslim, kitab Riqaq). 

Sabda Nabi dalam kitab Sahihain bermaksud: “Aku tidak meninggalkan fitnah bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan.” (Al-Fath, hadis riwayat Muslim). 

Sudah menjadi rahsia umum, ada projek dilancarkan pengurusannya menggunakan umpan wanita. Itu praktik iblis dan syaitan. Pada zaman Nabi dan sahabat pun tidak terlepas serta terjebak daripada projek syaitan melalui wanita untuk menjatuhkan maruah manusia. 
Hadis mengenai wanita kadangkala panjang kerana tidak lain wanita paling ramai jadi pengikut syaitan terkutuk. 

Sebab itu Nabi mengkhabarkan bahawa wanita paling ramai menghuni neraka kerana mengikuti iblis dan tenteranya. Tiada manusia mengikuti iblis melainkan ia sudah menguasai mereka. Iblis tidak akan menguasai mereka melainkan dengan banyaknya berlaku maksiat dan dosa. 

Sedangkan kekuasaan iblis dan tenteranya dengan cara menganggap indah dan bagus dosa dan maksiat yang dilakukan manusia. 

Al-Quran merakamkan contoh bencana dan fitnah melalui wanita. Firman Allah bermaksud: “Dan adalah di kota itu, sembilan lelaki yang membuat kerosakan di muka bumi dan mereka tidak berbuat kebaikan.” (Surah an-Naml, ayat 48). 

Dalam surah ini, Allah menceritakan kaum Nabi Salleh berusaha untuk membunuh unta baginda. Mereka membunuh unta itu disebabkan propaganda wanita yang bernama Mashro. Riwayat menyatakan wanita itu juga melemparkan panah dan melekat pada tulang kaki unta menyebabkan haiwan itu terbunuh. (Tafsir at-Tabari). 

Mashro ialah isteri pemimpin, sedangkan yang lain penyokong Mashro dan pemimpin kabilah Nabi Salleh. Jadi mereka ialah golongan elit yang terkenal. 
Terjadi fitnah wanita itu sebagai jalan masuk iblis kepada pembesar dan iblis bersama mereka untuk membunuh unta Nabi Salleh yang menjadi ayat (tanda) Allah. 

Allah juga memperingatkan kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran dan kisah nabi lain mengenai fitnah wanita untuk dijadikan iktibar sepanjang zaman. Dengan aksi iblis jahat melalui wanita dan skandal seks sentiasa menjadi cerita besar dan penting menghiasi kecenderungan kehidupan umat manusia, apa lagi membabitkan pemimpin dan orang ternama sepanjang zaman. 

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kisah mereka itu (anbiya) ada pengajaran (iktibar) bagi orang yang mempunyai akal fikiran.” (Surah Yusuf, ayat 111). 






sumber oleh 

Ibrahim Abdullah

Wednesday 6 April 2011

MAJLIS PERASMIAN IMAM

Majlis perasmian IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA (IMAM) MESIR telah diadakan di dewan SMK Dato' Abdul Rahman Yaakob pada hari Sabtu, 5 Mac 2011. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam dan upacara pemaparan banting sebagai simbolik perasmian. 
Majlis ini telah mendapat sambutan dari sebahagian besar pelajar2 Melaka, Mesir yang dipengerusikan oleh saudara Syed Luqman Hakim bin Syed Alwi, selaku ketua penerbitan IMAM. 
Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Shahir bin Shapie yang merupakan setiausaha IMAM. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil IMAM iaitu timbalan pengerusi selaku pemangku pengerusi sewaktu ketiadaannya, saudara Omar bin Mokhtar kerana pengerusi, saudara Mohd Iqbal bin Arifin tidak pulang ke Malaysia sewaktu proses evakuasi dijalankan. Hal ini adalah kerana saudara Iqbal memikul tanggungjawab sebagai wakil pelajar yang membantu Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka, Mesir, Ustaz Mohd  Anuar bin Idris dalam pengurusan pelajar. Kemudian tibalah masa yang ditunggu- tunggu iaitu ucapan dari Ketua Menteri Melaka sekali gus menyempurnakan upacara perasmian IMAM. Majlis diakhiri dengan penyampaian tiket pulang ke Mesir bagi pelajar2 perubatan serta penyampaian cenderahati kepada tetamu2 terhormat dan sedikit jamuan ringan..

semasa ketua menteri melaka menyampaikan ucapan....


penyampaian tiket kepada pelajar2 perubatan Melaka oleh CM dan diiringi oleh beberapa pegawai  yayasan Melaka yang bertanggungjawab menguruskan tiket para pelajar

wajah2 keriangan para pelajar menunjukkan tiket pulang ke Mesir bagi meneruskan pengajian masing2....

Tuesday 5 April 2011

Al-Azhar diminta tangguh syarat bahasa Arab

Kementerian Pengajian Tinggi akan berunding dengan pihak pengurusan Universiti Al-Azhar supaya menangguhkan pelaksanaan syarat baru kemasukan ke universiti itu berdasarkan penilaian penguasaan bahasa Arab terhadap penuntut Malaysia.


Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak universiti itu perlu memberi peluang kepada penuntut dari negara ini membuat persiapan yang secukupnya sebelum menduduki peperiksaan berkenaan.
"Mengikut perancangan awal, pihak pengurusan Universiti Al-Azhar ingin melaksanakan syarat baru tersebut tahun ini juga.

"Bagaimanapun, kita akan cuba berunding dan minta pihak mereka mewujudkan kelas khas untuk penuntut mendalami bahasa Arab mengikut standard yang ditetapkan sebelum menduduki peperiksaan itu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Latihan 1Malaysia Zon Sarawak di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, maklum balas awal yang diterimanya setakat ini mendapati pihak universiti itu bersedia mewujudkan kelas khas kepada para penuntut yang berminat.

"Selain itu, permohonan supaya pihak mereka memberi kemudahan kepada penuntut kita untuk menduduki peperiksaan itu di negara ini masih di peringkat perbincangan," katanya.

Sunday 3 April 2011

LATAR BELAKANG DAN PERANAN

  • Merancang dan mengurus program peningkatan sahsiah dan akademik pelajar-pelajar Melaka
  • Bertanggungjawab memantau semua aktiviti pelajar Melaka yang diadakan di muhafazah-muhafazah di Mesir dan menguruskan penempatan bagi pelajar-pelajar baru.
  • Memantau dan melaporkan prestasi akademik dan displin setiap pelajar Melaka dan mengambil tindakan untuk kecemerlangan pengajian dan displin mereka.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan pengajian, kebajikan serta bimbingan kaunseling kerjaya pelajar. Menyediakan laporan statistik bilangan pelajar-pelajar Melaka
  • Menyediakan analisis prestasi tahunan pelajar Melaka berkaitan akademik dan isu semasa untuk dilaporkan kepada Kerajaan Negeri Melaka setiap tahun.
  • Mengadakan hubungan secara langsung dengan pihak-pihak yang berwajib di Kaherah seperti pihak keselamatan, kerajaan tempatan dan tempat pengajian pelajar-pelajar Melaka
  • Menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia (KBMK)
  • Mengurus menyambut dan mengiringi tetamu rasmi dari Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri
  • Mengurus aspek perbelanjaan Asrama Melaka serta membuat laporan kepada Kerajaan Negeri Melaka
  • Menyelenggara hal ehwal domestik bangunan Wisma Seri Melaka supaya ianya dalam keadaan baik sepanjang masa

VISI & MISI
  • VISI
  • Menjadi Wisma terunggul dalam penyediaan penginapan pelajar yang kondusif dan pembangunan pelajar yang mempunyai personaliti unggul
  • MISI.
  • Menjadi Wisma yang unggul dalam menyediakan kemudahan penginapan pelajar dan persekitaran yang selesa serta selamat ke arah pembentukan personaliti unggul yang menyumbang bukan sahaja kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.

MOTO
Kecemerlangan Trampil Dinamik
Kecemerlangan adalah tahap yang tertinggi kualiti. Ia adalah di antara yang menghampiri kesempurnaan. Oleh itu, wisma ini menjana generasi yang mempunyai kecemerlangan dalam semua aspek terutama sahsiah, akademik dan kepimpinan.
Trampil adalah satu dasar bersepadu yang membawa imej unggul ke mana sahaja mahasiswa Melaka pergi.
Ketrampilan bermaksud berkeupayaan, berkeyakinan dan berwibawa dalam semua bidang yang diceburi. Justeru itu, menjadi hasrat wisma untuk membina mahasiswa merdeka dari segi daya pemikiran dan berketrampilan dalam semua aspek yang mementingkan kualiti individu. Dengan kata lain, ke mana sahaja perginya mahasiswa yang membawa nama Negeri Melaka akan tetap unggul dengan ketrampilannya.
Dinamik yang membawa maksud dapat melaksanakan sesuatu perkara dengan sebaik-baiknya. Mahasiswa Wisma Seri Melaka yang mempunyai kecemerlangan dan ketrampilan akan dapat melaksanakan apa yang diperkatakan bukan sekadar slogan-slogan sahaja tetapi mereka terus komited dalam merealisasikan wawasan dan hasrat Kerajaan Negeri Melaka.