CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Sunday 28 August 2011

Jamuan Berbuka Puasa Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka.

Semalam Pejabat Pentdbiran Wisma Seri Melaka telah mengadakan jamuan berbuka puasa kepada Mahasiswa Anak Melaka yang telah disumbangkan oleh kontraktor yang bertangungjawab membuat bangunan Wisma Seri Melaka. Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah menyumbangkan makan ini .






Sekali lagi Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kontraktor tempatan kerana memberikan sumbangan berbentuk makanan kepada Mahasiswa Anak Melaka.

admin

Saturday 27 August 2011

Kelab Keluarga Pegawai HEP di Mesir

Kelab Keluarga Pegawai HEP di Mesir telah mengadakan satu majlis berbuka berpuasa di kediaman Pengarah DMS Prof Madya Dr Khalil . 

hidangan berbuka puasa serba ringkas

Isteri-isteri Pegawai yang turut hadir

Pengarah DMS Prof Madya Dr Khalil bersama Pegawai Melaka

Dr Khalil menerima cenderamata dari KLP(HEP)M

Ahli baru Kelab Keluarga juga menerima cenderamata iaitu Ust Hj Husni Tamrin

Penolong Pegawai Terenganu juga merupakan ahli baru Kelab Keluarga



Sholat maghrib, isyak dan terawih berjemaah

santai selepas menghabiskan acara.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Kelab Keluarga iaitu Ust Muhd Fared kerana menjemput Pegawai HEP Melaka untuk sama-sama hadir di majlis ini.

admin

Tuesday 23 August 2011

Mesyuarat Persiapan Konvokesyen Bersama Wakil Al-Muttaqqin TV

23.08.2011 , Selasa- Semalam satu mesyuarat antara wakil Al-Muttaqqin TV dan Jawatankuasa Dokumentasi dan Publisiti telah diadakan bagi persiapan Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar Mesir yang akan berlansung pada bulan oktober ini. Mesyuarat telah diadakan di Perpustakaan Wisma Seri Melaka.
Wakil Al-Muttaqqin TV En. Muslim telah hadir di perkarangan bangunan Wisma Seri Melaka tepat pada jam 9.30mlm di temani oleh seorang lagi jawatankuasa iaitu En. Abdul Latip.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka En Ridwan bin Abu Samah telah mengetuai menyuarat ini bagi mengantikan Ustaz Muhd Anwar bin Idris kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh beliau di luar. Walaupun begitu, Ustaz Muhd Anwar bin Idris tetap hadir walaupun kehadirannya lewat.

Di dalam perbincangan ini, pihak Al-Muttaqqin TV bersetuju bagi melaksanakan beberapa tugasan yang telah diberi oleh jawatankuasa Dokumentasi dan Publisiti termasuklah membuat laman web konvokesyen bagi membolehkan siaran secaralansung dipaparkan di dalam lawan web tersebut. Selain itu, Al Muttaqqin Tv juga akan mempromosi melalui "facebook page" dan twitter serta mengedarkan risalah-risalah mengenai majlis konvokesyen di setiap muhafazah(cawangan) dan rumah penempatan pelajar setiap negeri di sekitar kaherah.

Dan segala perbincangan di dalam mesyuarat ini akan dibentangkan di dalam mesyuarat terakhir Jawatankuasa Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar kelak.




Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda kerana sudi mengadakan mesyuarat di sini.

Admin.


Lawatan Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Kelantan ke Wisma Seri Melaka

23.08.2011- Pegawai HEP Kelantan Ustaz Nik Hamdi bin Ghani ditemani oleh pembantu(pelajar) telah mengadakan lawatan ke Wisma Seri Melaka bagi menukar pandangan di dalam sistem pengurusan pentadbiran hal ehwal pelajar. Pihak Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran beliau yang sudi untuk berkongsikan pandangan serta memberikan idea yang baik untuk dilakukan pada masa mendatang.




Sekali lagi pihak Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pegawai HEP Kelantan diatas kesudian anda.

admin

Monday 22 August 2011

Apartment Wisma Seri Melaka

Ini adalah gambar-gambar bahagian dalam bangunan Wisma Seri Melaka
di Kaherah.

Ruang Menunggu Untuk Tetamu

Ruang Kafeteria

Bangunan Wisma Seri Melaka dari luar.


Tempat Pembantu Pegawai HEP Melaka

Ruang Bertemu Pelajar

Perpustakaan Wisma Seri Melaka.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka akan mengemaskini gambar-gambar di dalam bangunan Wisma.

admin

Memantau Kerosakan Yang Berlaku di Setiap Apartment Pelajar

Pegawai Hal Ehwal DanKeabajikan Pelajar Melaka di Mesir Ustaz Muhd Anwar bin Idris ditemani oleh pembantu En Ridwan bin Abu samah telah mengadakan satu pantauan di setiap apartment pelajar di dalam bangunan Wisma Seri Melaka. Turut sertai pemantauan kerosakan ini adalah kontraktor tempatan yang perbaiki kerosakan yang berlaku di dalam masa terdekat ini. Insyaallah.






Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir akan sedaya upaya mempercepatkan proses pembaikpulihan dilakukan oleh kontraktor tempatan. 

admin.


Sahur Bersama Mahasiswa Anak Melaka di perkarangan bangunan Wisma Seri Melaka

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir serta pembantu telah dijemput untuk bersahur bersama Mahasiswa Anak Melaka di perkarangan Wisma Seri Melaka .

Ust. Muhd Anwar bin Idris bersama pelajar




Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan tahniah diatas kesanggupan Mahasiswa Anak Melaka kerana bertungkus lumus bagi mengadakan program di sepanjang bulan ramadhan ini.

admin

Berbuka Puasa Bersama Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah

 Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka serta Pembantu Ust. Ibrahim bin Hussen

Pegawai HEP Melaka dan HEP Johor.



Jamuan berbuka puasa ini telah berlansung di Maririot Cairo Hotel diantara Pegawai Kedutaan Besar Di Kaherah dan Eng. Manyalawi. Turut hadir di dalam jamuan berbuka puasa ini adalah T.Y.T Prof Madya Dato Dr Fakruddin bin Abdul Mukti bersama isteri.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih di atas jemputan ini. 

admin.

Wednesday 17 August 2011

Berbuka Puasa Bersama Semua Pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

16.08.2011- D.M.A.K , Jawatankuasa Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar Mesir telah mengadakan mesyuarat induk kali ke-2 .

Mesyuarat berhenti seketika bagi memberi laluan kepada jamuan berbuka puasa dan sholat magrib.






Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan terima kasih diatas persediaan makanan yang telah dilakukan oleh Pegawai Education Malaysia Eygpt.

admin

Persiapan Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar

Pegawai Hal Ehwal dan Kebajika Pelajar Melaka di Mesir Ustaz Muhd Anwar bin Idris dan En.Abdul bin Ahmad telah ditugaskan untuk menjadi Jawatankuasa Rakaman Dokumentasi & Publisiti pada Majlis Konvesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar ( M.K.G.M.U.A.M ) kali ke-2 pada tahun ini. Turut membantu adalah En. Ridwan bin Abu samah dan Ustaz Ibrahim bin Hussen iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir.

Perbincangan antara semua jawatankuasa telah pun berlansung sebelum ini dan mencadangkan Al-Mutattaqin TV untuk melakukan kerja-kerja Rakaman Dokumentasi dan Publisiti pada Majlis Konvokesyen ini. Perbincangan awal dengan Al-muttaqqin TV dan En Abdul Latip bin Ahmad telah berjalan dengan lancar dan mereka bersetuju untuk melakukan kerja-kerja yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Rakaman Dokumentasi dan Publisiti ini.

Kertas kerja mereka juga telah diberi dan telah diusulkan pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Konvensyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar Mesir di Dewan Melayu Abbasiah Kaherah pada 16.08.2011 bersamaan degan hari selasa lepas.

Pengalaman Al-Muttaqqin TV di dalam menguruskan dokumentasi dan fotografi sudah hampir 3 tahun. Program yang telah di kendalikan adaah seperti berikut :-

1- Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar 2010
2-Program Gerak Usahawan Mesir 2008
3- Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Kedah Darul Iman 2008
4- Majlis Sambutan Aidilfitri Anjuran Kedutaan Besar Malaysia Kaherah pada tahun 2008 dan 2010

Pada tahun ini Jawatankuasa Rakaman Dokumetasi & Publisiti akan memberikan beberapa perkara bagi mempertingkatkan kualiti dan mutu pengambaran. En. Ridwan bin Abu Samah akan memantau segala kerja pengambaran dan fotografi yag dilakuka oleh Al-Mutaqqin TV dan akan dibantu oleh Ust. Ibrahim bin Hussen pada masa Berkenaan.

Pada masa ini Jawatankuasa Rakaman Dokumentasi dan Publisti akan terus membincangkan beberapa perkara untuk persiapan terakhir termasuklah jumlah kos yang di minta oleh Al-Muttaqqin TV.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir sekadar memaklumkan perkembangan..

sekian terima kasih.

admin

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Univesiti Al-Azhar Mesir (MKGMUAM) Kali ke-2 2011

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Education Malaysia Egypt ( ATASE PENDIDIKAN - Ust Khairi Jamaludin ) kerana telah menghantar jemputan kepada Pegawai Melaka menerusi email bagi menjemput menghadirkan diri di dalam  Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Univesiti Al-Azhar Mesir (MKGMUAM) Kali ke-2 2011 yang bertempat di Dewan Melayu Abbasiah Kaherah ( D.M.A.K ) (16.08.2011)

Mesyuarat ini juga turut menghadirkan diri adalah T.Y.T Prof Madya Dr Fakruddin bin Abdul Mukti , Ketua Canseri En Saiful Anuar bin Mohammad , Pengarah Education Malaysia Prof Madya Dr Hj Suaidi bin Dato' Hj Shafei, Pegawai Kedutaan , Pegawai Education Malaysia dan Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Kaherah.

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Ust Anwar bin Idris dan En Abdul Latib bin Ahmad diberi tugas untuk mengurus Rakaman Dokumentasi & Publisiti semasa Majlis Konvokesyen Graduan Al-Azhar kelak. Bersama di dalam Jawatankuasa ini termasuklah  En Ridwan bin Abu Samah dan Ust Ibrahim bin Hussen.