CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Tuesday 31 May 2011

Lawatan Rasmi Ke Pejabat Duta Besar Malaysia Di Keherah Mesir

~ ~ ASSALAMUALAIKUM ~ ~

Alhamdulillah syukur kita semua kepada Allag taala kerana dengan limpah kurnianya telah dapat kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. 

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir semalam telah melakukan lawatan rasmi ke Pejabat Duta Besar Malaysia Di Kaherah untuk bertemu dengan Prof Madya Dr Haji Suhaidi Bin Dato' Syafei yang merupakan Pengarah Education Malaysia Egypt (EM) 

 Tepat jam 8.30pagi, Pegawai Kerajaan Negeri Melaka yang di ketuai oleh Ustaz Muhd Anwar Bin Idris telah sampai di Pejabat Duta Malaysia.

Di dalam pertemuan antara Pegawai Kerajaan Negeri Melaka bersama Pengarah Education Malaysia Egypt pelbagai perkara yang telah disampaikan untuk memberikan serba sedikit perkembangan aktiviti mahasiswa anak melaka yang telah dilakukan. 


Bersama Ustaz Khairy Jamaludin



Gambar kenangan bersama Prof Madya Dr Haji Suhaidi Bin Dato Shafei

Diharap pihak Education Malaysia dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan Pegawai kerajaan negeri amnya Negeri Melaka. Selamat menjalankan tugas 

PPWSMM.

Friday 27 May 2011

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan tahniah di atas penganjuran "MALAM IKHTIAR MUMTAZ"

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir(PPWSMM) mengucapkan tahniah diatas penganjuran "MALAM IKHTIAR MUMTAZ" yang dianjurkan oleh 3buah negeri iaitu Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor, Badan Kebajikan Anak Negeri Pahang dan Mahasiswa Anak-Anak Melaka.

Turut hadir pada malam ini(26/05/2011) Ust Muhd Faryhin Subbihi Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Selangor. PPWSMM yang diwakili oleh En. Ridwan Abu Samah dan juga Ust Ibrahim Bin Husein kerana ketiadaan ketua pegawai iaitu Ust Muhd Anwar Bin Idris kerana memyelesaikan beberapa hal di luar. 

Sebelum majlis ini berjalan, Pengarah Projek Program Malam Ikhtiar Mumtaz saudara Salman telah berjumpa dengan ketua pegawai kerajaan Negeri Melaka bagi membincangkan beberapa perkara sebelum dijalankan. Termasuklah meminta izin bagi mendapatkan pengunaan surau Wisma Seri Melaka untuk dijadikan tempat majlis dijalankan.

Tahniah juga diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah mengikut prosuder yang telah ditetapkan oleh pegawai kerajaan Negeri Melaka. 







PPWSMM mendoakan mahasiswa mendapat kejayaan di dalam peperiksaan yang akan datang tidak lama lagi. Jaga nama baik kerajaan negeri masing-masing. 

Sekian terima kasih,

PPWSMM.

Thursday 26 May 2011

Pendidikan Islam dan Peranannya Dalam Memperkukuhkan Peradaban Melayu

~ ~ Assalamualaikum ~ ~

Masyarakat islam ketika ini khususnya remaja sedang dilanda dengan pelbagai krisis sosial yang secara tidak lansung mengikis peradaban masyarakat melayu islam itu sendiri.

Masyarakat melayu ketika dahulu terkenal dengan adab sopan santun dan berbudi behasa yang tinggi , kini mula diwarnai dengan pelbagai anasir asing. Sumbangan dari pelbagai sudut amat diperlukan bagi menyedarkan masyarakat terhadap fenomena yang sedang menular ini.

Justeru, kajian yang terperinci bagi mengenalpasti punca permasalahan amat diperlukan. Kokurikulum pendidikan islam yang diperkenalkan sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi telah banyak melalui proses penyemakan semula dan pembaharuan. Kokurikulum ini berfungsi sebagai agen perubahan yang mempunyai wawasan dan falsafah pembangunan sosial yang progresif ke arah mengisi keperluan pembinaan peribadi masyarakat dan negara.

Pendidikan Islam amat besar peranannya bagi membantu membentuk salsiah peribadi kita sebagai masyarakat melayu di negara Malaysia.


Wednesday 25 May 2011

BEBASKAN DIRI DARIPADA BELENGGU "WATAK TERTAWAN"

Bangsa jadi gersang tanpa nilao rohani akibat tiru acuan negatif.

Laungan merdeka menjadikan roh sambutan kemerdekaan yang dapat mengimbau kembali sejarah perjuangan kemerdekaan negara yang penuh onak dan duri. Laungan 1Malaysia pula dapat membangkitkan semangat perpaduan dikalangan rakyat pelbagai kaum yang meraikan sambutan kemerdekaan.

Perayaan kemerdekaan adalah sesuatu yang penting buat negara kerana melalui sambutan inilah kita dapat mengenangkan kembali sejarah perjuangan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan tanah air termasuk pasukan keselamatan negara. Daripada sambutan ini jugalah kita dapat mengenal akar umbi sebenar kewujudan negara negara bangsa yang berdaulat pada persada antarabangsa. Apa pun, kemerdekaan tidak sepatutnya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan kuasa asing semata mata. Penjajahan fizikal sudah lebih setengah abad berlalu tetapi persoalan yang membelenggu kita ialah penjajahan minda.

Penjajahan minda inilah yang jarang sekali disedari dan difahami kerana ia perkara yang sangat berkaitan dengan fahaman, ideologi, minda , sikap , jiwa dan emosi kita. Elemen utama penjajahan minda dan jiwa bangsa ialah sikap suka meniru tanpa pemikiran kritis. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Al Attas dalam tulisannya berjudul "watak tertawan" di begara membangun menyebut bahasa gejala suka meniru apa saja yang datang dari barat adalah tabiat atau perangai buruk yang boleh merosakkan jati diri sesuatu bangsa. Gejala buruk di diistilahkan veliau sebagai "watak tertawan" Bagi penulis watak adalah berpunca daripada "penjajahan minda"

Tulisan beliau terkandung di dalam buku Pasca Kolonialisme dalam pemikiran melayu. Katanya, selepas negara-negara Asia dan Afrika mencapai kemerdekaan telah wujud satu budaya suka meniru barat tanpa pemikiran yang kritis. Apa saja yang disogok barat semuanya baik indah dan betul belaka.

Ada dua gejala utama berkaitan watak tertawan ini. pertama , kesan terlalu lama meniru tanpa usul periksa dan penilaian kritis menyebabkan suburnya pengaruh budaya barat yang tidak menguntungkan malah merosakkan masyarakat. keduanya, ekoran masalah pertama tadi, maka timbullah gejala budaya barat yang di tiru itu menjadi kuasa imperialis dalam bentuk penjajahan minda dan jiwa anak bangsa kita. Syed Husein menjelaskan, masalah watak tertawan adalah masalah keperibadian yang terlalu mudah terikut ikut secara membuta tuli.

Ia akhirnya membawa kemusnahan dan kerosakkan tamadun dan warisan budaya bangsa itu sendiri. Proses ini berlaku secara rasional. Tidak di sedari akibat ketiadaan pemikiran yang kritis dan rasional. Tidak salah jika kita meniru budaya yang positif seperti menepati masa , berdisplin, bekerja keras, rajin membaca dan sebagainya. Masalah timbul apabila yang ditiru itu adalah pemikiran asing yang menghakis jati diri bangsa yang sepatutnya menjadikan unsur kekuatan utama membangun dan membina kehidupan kita. Watak tertawan mengambarkan kita bukannya bangsa yang suka berfikir menyebabkan kita gagal melahirkan idea bernas dan praktikal.

Kita menjadikan bangsa yang tidak berupaya atau tidak mempunyai kebolehan meramalkan terhadap masalah  yang akan terjadi akibat peniruan yang membabi buta itu. kesan suka meniru menyebabkan kita sering dibelenggu masalah yang tidak berkesudahan. Misalnya, dalam pendidikan, sekiranya kita terlalu bergantung sepenuhnya kepada bacaan atau sumber daru barat tanpa sikap analitik melalui kajian saintifik, maka kita mungkin akan melanjutkan atau mewarisi kesalahan barat.

Begitu juga dalam meniru model pembangunan barat yang akhirnya menyebabkan kita dihantui dengan pelbagai masalah lain kesan pelaksanaan model pembangunan yang tidak secocok dengan keadaan dan persekitaran negara. Kesilapan meniru model pembangunan yang tidak tepat itu menyebabkan kita terpaksa membelanjakan wang yang lebih untuk mengatasi masalah yang muncul akibat peniruan itu.

Demikian juga jika peniruan itu membabitkan budaya dan amalan hidup barat yang tidak memiliki roh agama dan budaya bangsa yang mulia. begitu juga dengan perjuang hak asasi manusia yang semakin keliru dengan erti kebebesan yang diperjuangkan mereka kesan sikap tertawan dengan kebebesana acuan barat. Mereka yang tersilap dan taksub dengan politik demokrasi liberal barat pula berpandangan bahasa kononnya demokrasi liberal acuan barapat dapat memberikan kebebasan dan keadilan sebenar kepada rakyat.

Hari ini perjuangan politik sedekian menyebabkan berlakunya kekalutan dalam politik dan sosial kita. Banyak yang diperjuangkan cuba merungkai apa yang termaktub dalam perlembagaan negara termasuk roh kontrak sosial yang ada di dalamnya. Kebebasan yang di perjuangkan itu melangkaui asas asas politik dan kenegaraan yang selama iini sudah diterima di negara ini.

Apakah liberalisme membawa manfaat ke arah memperkasakan patriotisme dan nasionalisme serta jati diri kita adakah sesuatu yang perlu diteliti oleh mereka yang taksub atau tertawan dengannya. 

Kesimpulannya, watak tertawan menjadi satu masalah besar yang membelenggu minda , mengekang kemajuan intelektual dan merosakkan jati diri sesuatu bangsa. tidak ada maknanya kita maju jika kita gagal membangun intelektualisme, pemikiran kritis serta memelihara nilai peradaban dan budaya bangsa.

Kita mungkin boleh berbangga dengan kehebatan pembangunan material tetapi bangsa akan gersang daripada nilai rohani kesan peniruan membabi buta terhadap apa yang datang dari dunia barat sehingga kita memandang ringan persoalan mengenai kemerdekaan minda dan jiwa .

NIKMAT PERPADUAN WAJAR DIPERTAHANKAN

assalamualaikum w.b.t

syukur alhamdulillah...

Malaysia dari segi dimensi politiknya memerlukan "politik permuafakatan" yang dapat menyatukan elit elit politik pelbagai kaum secara kukuh, mantap dan berkesan demi menjaga kepentingan negara dan rakyatnya.

Masyarakat kita adalah masyarakat yang "plural" atau majmuk. Dalam masyarakat seperti ini, wujud apa yang dipanggil "social diversities" atau pelbagai sosial yang merangkumi etnik , ras, agama. budaya. adat resam dan sosio-ekonomi yang berbeda. Oleh itu, usaha membina perpaduan dan integrasi nasional dalam masyarakat bersifat PLURALISME ini bukanlah satu usaha yang sangat mudah.

Begitu pun, kita harus rasa bersyukur kerana dari segi rekod, negara kita sudah membuktikan kepada dunia bahawa kita berjaya membina dan mewujudkan perpaduan, kehamonian serta kesejahteraan hidup bermasyarakatan. Kesan dari kewujudan perpaduan ini, maka keutuhan sosio-ekonomi serta kestabilan politik dapat dikecapi secara berterusan. Sebenarnya apa yang dicapai itu adalah hasil daripada pendekatan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan BARISAN NASIONAL yang bersifat demokratik, pramagatik, progresif dan adil terhadap semua kaum.

Keupayaan dan kejayaan negara mengurus dan mentadbir masyarakat yang majmuk ini telah menarik perhatian masyarakat dunia, terutama dikalangan negara sedang membangun untuk menjadikan negara malaysia sebagai model atau contoh ikutan. Malah, beberapa negara maju seperti Britain dan Amerika syarikat juga tertarik dan mengiktiraf kejayaan kita ini.

Di kebanyakkan negara yang komposisi penduduknya bersifat majmuk, termasuk di negara maju, ketegangan dan konflik kaum dan agama sering berlaku dan menghantui kehidupan masyarakat mereka. Di Amerika syarikat dan beberapa lagi negara eropah misalnya, pergeseran agama dan kaum menjadi semakin berkembang terutamanya selepas berlakunya peristiwa 11 SETEMPBER 2001

"Perang terhadap keganasan" yang di ketuai oleh AS, terutama semasa pentadbiran GEORGE W.BUSH telah menjadikan masyarakat islam dari pelbagai keturunan dan kaum sering menjadi sasaran "amukan" di negara negara eropah yang kononnya mengaku bersifat demokratik dan bertoleransi. Keadaan yang dicetuskan itu lebih kepada sifat prejudis masyarakat eropah dan ianya masih berlaku hingga kini., terutama ketika berlakunya peristiwa pengeboman atau keganasan yang dikaitkan dengan "terorris" islam. walaupun tuduhan itu tidak mempunyai sebarang bukti.

Dalam masyarakat majmuk, kebebasan dan hak untu hidup sepatutnya tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum. Perasaan prejudis terhadap kaum atau agama lain seperti yang beralku di beberapa negara tidak seharusnya berlaku di negara kita. segenap kaum sepatutnya berkongsi hidup sebagai warganegara  dengan penuh harmoni, saling bertoleransi ,bantu membantu dan bertangungjawab antara satu sama yang lain. Seluruh rakyat sepatutnya menjaga batas perhubungan dengan menjauhkan isu-isu yang bileh menyemarakkan api perkauman ini.

Kita seharusnya memahami bahasa selama ini sikap bersedia menerima kepelbagaian sebagai satu kekuatan dan keindahan dalam kehidupan masyarakat di negara ini telah menjadikan masyarakat lebih terbuka dan bertoleransi. kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara berjaya membentuk sikap orientasi rakyat ke arah kebaikan , kemajuan dan pembangunan. Kerajaan tidak pernah melaksanakan dasar "KERAS" atau paksaan dalam mewujudkan perpaduan di negara malaysia ini. Dasar kerajaan adalah tidak bersifat assimilatif dalammembina perpaduan kaum.

Kerajaan melihat assimilasi tidak realistik dan praktikal memandangkan demografi dan kompleksiti kaum di negara ini tidak sesuai untuk proses demikian berlaku. Penyerapan kebudayaan dan assimilasi dibiar menyerap dan berkembang dengan sendirinya tanpa sebarang paksaan. Apa yang jelas islah perpaduan yang terbina di negara ini adalah diasaskan melalui sikap toleransi an sikap tangungjawab serta dibina di atas semangat "kontrak sosial" yang telah pun diterima pakai oleh semua kaum di negara ini sejak merdeka lagi.

Satu perkara yang perlu difahami ialah perpaduan dan keselamatan mempunyai hubungan yang cukup erat dalam memelihara keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara. Isu-isu perkauman yang boleh bertukar kepada bentuk konflik yang tajam mampu membawa ancaman terhadap keselamatan negara. Jika konflik perkauman seperti itu berlaku dan keadaan konflik itu suka diurskan maka ia boleh menjadi "dilema keselamatan" 

Ancaman bukannya datang semata mata dari luar tetapi ancaman keselamatan juga boleh muncul di peringkat dalaman seperti konflik etnik. Justeru, kita tidak seharusnya membiarkan golongan atau puak pelampau yang bertopengkan agama dan perkauman memperngaruhi psikologi , emosi dan minda rakyat kerana kesannya cukup mendalam yang boleh membawa kepada anarkisme dan kehancuran negara.

Golongan ini, walaupun tidak dominan tetapi kesan sebaran dakyah mereka yang liar dan bermaksud jahat itu mampu menyemarakkan isu kommunal sebagaimana pengalaman kita dalam peristiwa 13 MEI 1969. Golongan cauvinisme ini gemar bermain dengan emosi dan persepsi dalam membangkitkan semangat perkauman yang melampau.

Di dalam dunia moden hari ini konflik etnik yang melibatkan pertikaian mengenai siu isu agama dan hak asasi manusia boleh mengundang campur tangan luar.Biasanya campurtangan luar itu datang dari pihak pihak yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri untuk melihat negara menjadi huru hara, lemah dan hancur. Untuk mengatsi persoalan ini maka kita hendaklah kembali kepada asas asas yang telah di bina selama ini. Di antaranya adalah :-


  1. Kita hendaklah harus mempertahakan dasar kerjasana dan permuafakatan politik seperti yang diamalkan Barisan Nasional. Kita harus paham bahawa Malaysia dari segi dimensi politiknya memerlukan "politik permuafakatan" yang dapat menyatukan elit elit politik dari pelbagai kaum untuk mengukuhkan mengukuhkan dasar dasar yang telah di buat. Justeru itu, gabungan parti politik yang tidak selari dengan perjuangan dan ideologinya sukar untuk diterjemahkan di dalam senario politik tanah air. Gabungan seperti ini mempunyai kecenderungan berkonflik sesama sendiri sehingga meninggalkan kesan tidak baik terhadap kestabilan politik negara.
  2. Semangat pelembagaan yang mengandungi "KONTRAK SOSIAL" yang telah dirangka dan diterima pakai oleh pelbagai kaum sejak merdeka lagi hendaklah terus dipertahankan dan di hormati oleh semua pihak.
  3. Menutup suara suara ekstrimis yang mampu menjejaskan perpaduan dan keselamatan negara melalui dasar keselamatan yang tegas seperti mengunakan tindakkan akta keselamatan dalam negeri ISA ke atas mana mana individu yang benar benar mengancam keselamatan negara.
  4. Tidak sepatutnya ada tolak ansur dan ruang kepada anasir anasir subversif yang pandai mempermainkan isu isu kebebasan bersuara dan hak hak asasi manusia yang tidak secocok dengan iklim demografi (kependudukan) dan budaya negara kita.
  5. Program pembangunan perlu seimbang dan dapat dinikmati oleh semua kaum secara adil dan saksama. Jika keadilan sosial ini dapat terus dilaksanakan, terutama di bawah pantadbiran kerajaan yang mendukung GAGASAN 1MALAYSIA, "rakyat di dahulukan pencapaian diuatamakan" maka kestabilan politik dan keamanan negara akan terus dapat di perlihara.
  6. Melaksanakan amalan demokrasi secara sihat dengan memberikan ruang yang secukupnya untuk rakyat melaksanakan hak hak mereka. Namun tuntutan demokrasi yang melampu sehingga mengetepikan soal soal sensetif yang boleh menimbulkan huru hara dan ancaman keselamatan harus dibendung dan dikawal tanpa kompromi. Suara suara liar dalam tuntutan kebebasan bersuara tidak seharusnya dibiarkan berkembang dan dilayan.


Jadilah kita seorang warganegara yang bertangungjawab untuk terus menjaga keharmonian bermasyarakatan di Malaysia. Negara Malaysia akan terus aman sekiranya kita menjaga batas-batas di dalam isu perkauman yang sedang melanda di negara kita. 

sekian terima kasih.
PPWSM. MESIR.

Tuesday 24 May 2011

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUNUH ORGANISASI???

assalamualaikum

Syukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat kita meneruskan kehidupan kita sehingga hari ini. Penjabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir(PPWSMM) mendoakan agar mahasiswa negeri Melaka berada di dalam sihat sejahtera hendaknya.

PPWSMM ingin berkongsikan pendapat dengan semua mahasiswa. Adakah kita sebagai seorang pelajar yang mempunyai sikap profesional ? Jika kita seorang mahasiswa yang mempunyai sikap berkenaan, kita tidak akan sesekali merancang untuk melakukan sebarang kegiatan untuk memprotes atau melakukan sesuatu program tanpa ada perbincangan dengan pihak-pihak tertentu. 

Sebagai rakyat negara Malaysia, kita semua mempunyai pemikiran akal yang baik serta mempunyai pandangan jauh di dalam memikirkan sesuatu perkara yang ingin dilakukan. PPWSMM akan memberikan beberapa etika di dalam sebuah organisasi dan anda sebagai mahasiswa perlu memikirkan adakah kita di dalam golongan profesional. 

  1. jangan hadir mesyuarat, jikalau hadir sekalipun  sentiasa akan hadir lewat.
  2. tidak akan memberikan sedikit pun sumbangan kepada organisasi.
  3. jika di tanya di dalam mesyuarat untuk memberikan padangan, katakan "NO COMMENT" dan selepas habis mensyuarat jajalah cerita tentang sepatutnya buat begitu atau buat begini.
  4. bila hadir mesyuarat sokonglah apa yang dikatakan tetapi bila nak melaksanakan jgn seorang pun yang buat apa-apa.
  5. kita tuding jari pada ketuadi atas semua kesalahan yang berlaku.
di atas ini adalah beberapa sebab cara membunuh sebuah organisasi. tetapi adakah kita sebagai umat islam kita di ajar untuk menentang orang islam. sedangkan orang yang ditentang itu tidak menyarankan orang islam yang lain melakukan kemaksiatan di atas muka bumi ini. kita harus bersama-sama menjadi sebuah organasasi yang mantap dan baik serta di pandang tinggi oleh organisasi yang lain kerana kita berdiri di bumi yang nyata.

Jadilah pelajar yang mempunyai sikap profesional yang tinggi kerana kita mudah di senangi oleh orang lain. Tidak menjatuhkan martabat mahasiswa lain dan saling hormat menghormati di antara satu dengan yang lain. berkongsi ilmu dan sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang baik.

insyaallah mahasiswa akan berjaya.

"pelajar profesional"
"ummah bersatu islam padu"

sekian terima kasih,

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir.

Sunday 22 May 2011

Terima kasih Negeri Sembilan.

~ ~ Assalamualaikum ~ ~

Alhamdulillah.

Tahniah kepada pihak pengurusan Negeri Sembilan kerana telah berjaya menganjurkan bowling piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hassan di International Bowling Center Kaherah Mesir.

Pihak Pengurusan Pentadbiran Wisma Seri Melaka juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput pegawai dari negeri Melaka menyertai kejohanan ini. 

 Ust Muhd Anwar bersama pegawai negeri kedah Ust Yusof


Peserta dari negeri Melaka


Pegawai MSD Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perak serta jawatankuasa penganjuran bergambar kenangan sebelum memulakan pertandingan.






pasukan yang menduduki tangga ke 3


pasukan yang menduduki tangga ke 2


pasukan yang menjuarai kejohanan bowling dari pasukan negeri sembilan




kenangan bersama.


sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan oleh pihak penganjur kerana menjemput pegawai wakil mahasiswa negeri melaka bagi mengantar wakil untuk menyertai kejohanan ini.

semoga Allah memberikan rahmat serta kejayaan kepada semua ahli penganjur. terima kasih.

alhamdulillah.




Wednesday 18 May 2011

terima kasih kepada mahasiswa negeri melaka kerana memberikan kerjasama

Pihak Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka mengucapkan tahniah kepada mahasiswa negeri melaka kerana memberikan kerjasama yang baik. sebelum ini pihak pengurusan telah mengeluarkan satu poster agar " susun kasut anda" di pintu utama bangunan wisma seri melaka. alhamdulillah mahasiswa negeri melaka memberikan satu kerjasama yang baik. 

gambar sebelum 




gambar selepas arahan di keluarkan.


pihak pejabat pentadbiran wisma seri melaka mengucapkan sekali syabas kerana menunjukkan kerjasama yang baik. dan kami mendoakan mahasiswa anak melaka akan terus memberikan kerjasama yang dan serta kami mendoakan agar kamu semua berjaya di dalam menempuhi peperiksaan yang kian tiba.

alhamdulillah. syukur kepadamu ya Allah.

ppwsmm.tq

Monday 16 May 2011

AJKT IMAM meraikan dua Pegawai Kerajaan Negeri Melaka yang baru.


~ ~ Assalamualaikum ~ ~

alhamdulillah... 
semalam bersamaan dengan 15/5/2011 AJKT Ikatan Mahasiswa Anak Melaka mengajak pegawai kerajaan negeri melaka untuk menghadiri majlis makan malam bersama mereka. 




En Ridwan dan seorang pelajar melaka saudara Omar.




En Ibrahim dan pengerusi IMAM saudara Iqbal.



Ust Muhd Anwar


Pegawai kerajaan negeri melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua AJKT IMAM yang sanggup mengeluarkan bajet sendiri bagi meraikan dua pegawai baru iaitu En Ridwan dan En Ibrahim. 

"terima kasih"

assalamualaikum.

Majlis pengenalan pegawai dari kerajaan negeri kelantan


~ ~ Assalamualaikum ~ ~

alhamdulillah, bertempat dipenempatan mahasiswa anak negeri kelantan telah membuat sedikit majlis keraian untuk menyambut pegawai barunya. terima kasih diucapkan kerana menjemput pegawai dari melaka untuk bersama-sama hadir bagi sesi pengenalan pegawai baru ini. semoga Allah memberikan rahmat ke atas semua mahasiswa negeri kelantan.


Ust Muhd Anwar Bin Idris bersama dengan pegawai kerajaan negeri sembilan.





Penolong Pegawai kerajaan negeri melaka.
En Ibrahim.








bersama dengan pegawai dari JAKIM yang turut hadir semalam.(15/05/2011)

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan berkenaan. Dan diucapkan juga selamat menjalankan tugas dengan baik serta amanah terhadap tangungjawab menjaga nama baik kerajaan negeri kelantan. 

ahlan wasalan.
alhamdulillah.................
assalamualaikum.

Sunday 15 May 2011

berfikiran rasional dan waras...

~ ~ Assalamualaikum ~ ~

Alhamdulillah, marilah kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita menghirup udara yang dikurniakan oleh Allah, lalu kita juga diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan serta dapat melakukan amal ibadah kepadanya.

Pihak Pentadbiran Wisma Seri Melaka ingin memaklumkan kepada semua mahasiswa agar tidak membuat perlakukan yang di luar jangkaan seperti melakukan penentangan kepada kerajaan. Kita seharusnya berterima kasih kepada kerajaan negeri melaka kerana banyak membantu kita sepanjang proses pembelajaran kita di negara Mesir ini. Mahasiswa melaka adalah di antara pelajar yang terbaik dan sudah tentu mempunyai fikiran yang rasional dan waras terhadap perkara ini.

Kerajaan negeri Melaka telah menyediakan penempatan yang baik kepada seluruh mahasiswa anak tempatan bagi meringankan bebanan yang di hadapi oleh pelajar. dengan kemudahan yang diberikan kepada pelajar cukup membuktikan yang mana kerajaan negeri melaka tidaklah menganiaya mahasiswa.

sekiranya kerajaan negeri melakukan penganiayaan kepada pelajar dengan tidak memberikan penempatan yang baik, tidak mengambil tahu masalah atau tidak menyalurkan pinjaman kepada pelajar itu barulah yang dikatakan kerajaan negeri melaka mengabaikan anak negeri sendiri di negara lain.

berfikirlah secara rasional dan waras. tumpukan kepada pembelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Pihak Pentadbiran Wisma Seri Melaka mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa yang akan mengambil peperiksaan akhir tahun.

assalamualaikum.

Thursday 12 May 2011

Mengapa Kerajaan Negeri Melaka Menubuhkan IMAM( Ikatan Mahasiswa Anak Melaka)

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah syukur kita kepada Allah s.w.t kerana telah memanjangkan usia kita sampai ke hari ini. Syukur kita juga kepada Allah kerana telah mengutuskan Nabi besar kita yakni Rasulullah s.a.w untuk menyinari bumi ini dengan cahaya islam kepada semua umat manusia. Penat lelah serta perjuangan baginda di dalam menyebarkan agama islam tidak dapat kami balas kecuali mengamalkan sunnah yang di tinggalkan kepada umat islam semua.

Pertama sekali, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka ingin memaklumkan bahawa persatuan IMAM( Ikatan Mahasiswa Anak Melaka) ditubuhkan atas dasar Kerajaan Negeri Melaka mahu menyelaraskan persatuan ini di semua negara yang adanya pelajar dari anak Negeri Melaka. Sehubungan itu, PPWSMM berpendapat tiada masalah yang akan berlaku sekiranya persatuan ini terus dijalankan di negara Mesir.

Kepada Persatuan Badan Kebajikan Keluarga Islam Mahasiswa Melaka (BKKIMM) tidak perlu merasa takut dengan adanya persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka. Kerana pihak Pentadbiran Wisma Seri Melaka percaya setiap persatuan mempunyai matlamat dan ideologi pembawakan masing-masing. Jesteru itu, Pegawai Kerajaan Negeri Melaka menyarankan kepada seluruh mahasiswa memberikan kerjasama serta menjaga nama baik kerajaan Negeri Melaka.

"Ummah bersatu Islam padu"
Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Wednesday 11 May 2011

"Ilmu Tanpa Amal Laksana Pokok Tanpa Berbuah "

SALAH SATU PENYESALAN DIHARI KIAMAT...




Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : 
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." 
PENJELASANNYA 
Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya. 
Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak. 
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu. 
Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut  keuntungan -keuntungan yang abadi
 





jangan menyesali perbuatan silam. bangkit untuk mengubahnya. 

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir mengalu-alukan kedatangan Pengarah Education Malaysia Eygpt yang baru.

Semalam (10/05/2011) Pegawai Pentadbiran Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Mesir En. Muhd Anwar bin Idris mengikuti satu gerombolan beberapa pegawai kerajaan negeri termasuk wakil Duta Malaysia  untuk menjemput kedatangan Pengarah Education Malaysia Eygpt yang baru iaitu Yang Berbahagia Prof Madya Dr Haji Suhaidi Bin Dato' Syafei di lapangan terbang utama kaherah.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan selamat datang kepada beliau dan didoakan agar selamat menjalankan tugas baru di Kaherah Mesir ini.






sekali lagi pihak Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan selamat bertugas sebagai Pengarah Education Malaysia Eygpt Semoga kita semua di limpahi rahmat Allah taala. alhamdulillah. 

10 Amanat penting Rasulullah SAW


“1.Telah bersabda Rasulullah saw, barang siapa menyebut nama Allah sebelum fajar dan sebelum terbit matahari atau sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk menyeksanya dengan api neraka.
2.Telah bersabda Rasulullah saw, apabila engkau selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Maka sesungguhnya Allah taala akan menulis pahala haji dan umrah atau pahala memerdekakan hamba atau bersedekah seribu dinar pada jalan Allah.
3.Telah bersabda Rasulullah saw, biasakan dirimu berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya doa itu tidak akan ditolak.
4.Telah bersabda Rasulullah saw, hamba yang paling dicintai Allah ialah orang yang sujud sambil berkata dalam sujudnya…’Ya Allah,bahawasanya aku telah menzalimi diriku, maka Kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada apa yang mengampuni dosa melainkan Engkau.
5.Telah bersabda Rasulullah saw, sembahyanglah Engkau di tengah malam walau sekadar memerah susu kambing. Sesungguhnya orang yang bersembahnyang di tengah malam itu adalah secantik-cantik manusia mukanya.
6.Telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi dia berada dalam kesucian dan tidak berhadas.
7.Telah bersabda Rasulullah saw, lazimkanlah diri dengan sembahyang secara berjemaah kerana disisi Allah adalah seperti jalan mu mengerjakan haji dan umrah. Dan tidak ada yang bersungguh-sungguh menunaikan sembahyang jemaah melainkan orang mukmin yang dicintai oleh Allah swt.
8.Telah bersabda Rasulullah saw, berangsiapa yang Allah berikan nikmat kepadanya, dia bersyukur dan Allah beri dugaan, dia bersabar dan jika dia berbuat jahat dia memohon ampun,nescaya bolehlah dia masuk syurga dari pintu mana yang dikehendaki.
9.Telah bersabda Rasulullah saw,berangsiapa yang membaca surah At-Thaariq pada waktu malam sebelum tidur, nescaya dituliskan baginya sebanyak bilangan bintang di langit menjadi kebajikan.
10.Telah bersabda Rasulullah saw,berilah salam kepada orang yang engkau jumpai daripada kaum muslimin, nescaya Allah tuliskan bagi mu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, maka Allah akan tuliskan 4o kebajikan.

7 Golongan yang tidak disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir


Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:
“Siapakah Tuhanmu?”.
Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:
1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.
2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.
3) Syuhada’ yakni mereka yang tergolong mati syahid.
4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.
5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.
6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.
7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari Jumaat.
Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada’ dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan.

Tuesday 10 May 2011

kemanakah ajaran kristian..??

Seringkali orang-orang Kristian mengajak umat Islam supaya memeluk agama mereka kerana pada dakwaan mereka, agama Kristian itulah yang benar dan ajaran Islam itu adalah palsu. Kita ingin bertanya kepada mereka: di manakah kebenaran agama Kristian itu? Di sini kita ingin menunjukkan kriteria-kriteria yang membuktikan bahawa sesuatu ajaran itu benar atau salah. Kita harus bersetuju bahawa sekiranya sesuatu agama gagal memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan ini, maka selayaknya ia ditolak sebagai agama untuk pegangan hidup umat manusia seluruhnya.
Berikut adalah sebab-sebab mengapa agama Kristian harus ditolak sebagai agama pilihan untuk manusia:
1. Konsep Ketuhanan
Ajaran Kristian menekankan bahawa Allah itu terdiri dari tiga oknum, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruhul Kudus. Ketiga-tiga “tuhan” ini bukanlah tiga, tetapi satu. Apakah logikkah pemikiran seperti ini?
Lebih-lebih lagi, salah satu daripada “Tuhan” orang Kristian, iaitu Yesus (Nabi ‘Isa), yang kononnya adalah Tuhan Allah itu sendiri menurut kepercayaan orang-orang Kristian, diperlakukan seperti manusia biasa. Berikut adalah dalil-dalil yang menyokong hujah ini:
Di dalam ‘Matius’, fasal 4 ayat 5, menyebut:
“Kemudian daripada itu iblispun membawa Yesus ke Negeri Suci, lalu diletakkannya Jesus di atas bumbung Baitullah.”
Wajarkah Tuhan yang disembah dan dimuliakan oleh manusia dibawa oleh Iblis yang dilaknat dan dikutuk tunduk kepada kemahuan Iblis dibawa ke mana-mana sahaja? Wajarkah Iblis berani berhadapan dengan Allah?
Di dalam ‘Matius’ lagi, fasal 27 ayat 1-2, menyebut:
“Setelah hari siang, maka segala ketua imam dan orang-orang tua kaumpun berundinglah atas hal Yesus supaya dibunuhkan dia, maka diikat dia serta dibawa pergi, lalu diserahkan kepada Pilatus, iaitu Wakil Pemerintah.”
Wajarkah Tuhan boleh diikat sesuka hati oleh manusia dan di mana pula kekuatan yang ada pada diri Tuhan sehingga sanggup menyerah diri kepada manusia?
Manakala di dalam ‘Lukas’ fasal 2 ayat 21, menyebut:
“Apabila genap delapan hari, ia disunat, lalu disebut namanya Yesus….”
Wajarkah Tuhan disunatkan kemaluannya seperti manusia biasa? Apakah perlunya Tuhan disunatkan? Kalaulah Tuhan itu disunatkan bererti Tuhan mempunyai hawa nafsu untuk kepuasan seks.
Di dalam ‘Matius’ lagi, fasal 26 ayat 2, menyebut:
“Anak manusia akan diserahkan supaya disalibkan.”
Yang dimaksudkan dengan anak manusia ialah Yesus dan di sini jelaslah bahawa Yesus itu bukanlah anak Tuhan, tetapi anak manusia. Ini merupakan pertentangan di antara konsep kepercayaan ajaran Kristian bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan dengan ayat di atas bahawa Yesus itu adalah anak manusia.
Di dalam ‘Matius’ fasal 5 ayat 45, menyebut:
“Supaya kamu menjadi anak Bapamu….”
Di sini juga menyebut bahawa orang-orang yang taat kepada perintah Tuhan menurut Yesus akan menjadi anak Tuhan, oleh itu bukan Yesus sahaja anak Tuhan yang tunggal.
Di dalam ‘Matius’ fasal 7 ayat 21 menyebut:
“Bukan tiap-tiap orang yang menyeru aku tuhan, tuhan akan masuk ke dalam kerajaan syurga, hanyalah orang-orang yang melakukan kehendak Bapa-ku yang di syurga.”
Di dalam Alkitab sendiri jelas menyangkal dan menolak orang-orang yang menganggap diri Yesus sebagai tuhan atau menyerunya sebagai tuhan, malah orang-orang yang menyeru itu tidak akan masuk kerajaan syurga.
Kalau Yesus itu benar-benar Allah, mengapa dia dilahirkan oleh seorang manusia? Adakah Yesus keturunan tuhan? Wajarkah ilmu pengetahuan zahir atau batin menerima bahawa Tuhan itu diperanakkan? Wajarkah ilmu pengetahuan exact atau yang abstrak (exact/abstract wetenschap) menerima hakikat ini?
2. Percanggahan Dalam Alkitab
Wajarkah sebuah kitab yang dianggap suci dan datang dari Allah mempunyai banyak kesilapan dan kesalahan di dalamnya? Sila rujuk kepada artikel iniuntuk melihat bukti-buktinya.
3. Tiada Ulama dan Tokoh Ilmuan
Ajaran Kristian tidak mempunyai ulama atau tokoh ilmuan yang menghuraikan lebih lanjut tentang ajaran Kristian atau menghuraikan lebih lanjut lagi tentang ajaran Kristian atau menghuraikan pengertian ayat-ayat yang terkandung di dalam Alkitab. Kekuatan sesuatu ajaran adalah bergantung kepada kekuatan ilmu pengetahuan yang ada pada para ulamanya yang mempertahankan kekuatan ajaran tersebut.
Ketiadaan tokoh-tokoh agama di dalam ajaran Kristian melambangkan ajaran tersebut ketandusan ilmu pengetahuan dan penghuraian lanjut tentang peranan seterusnya yang harus dimainkan oleh ajaran Kristian. Agama Kristian hanya menyediakan para mubaligh untuk berdakwah menyeru manusia ke arah agamanya tetapi tidak mampu melahirkan manusia yang benar-benar profesional dan berkualiti terhadap konsep kepercayaan tersebut. Sepatutnya di sana perlu sekali penjelasan lanjut tentang konsep agama, konsep ketuhanan, konsep dakwah atau lain-lain lagi yang mampu dihuraikan oleh para ulama Kristian. Merekalah yang bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan manusia seharian dan menyelesaikannya dengan baik dan kemudian memandu mereka ke jalan yang benar. Tetapi hakikatnya ajaran Kristian tidak bermaya melahirkan tokoh ilmuan dalam agamanya dan tidak pula mampu mengluarkan ulama yang berperanan, sebagaimana yang berlaku di dalam ajaran Islam, seolah-olah ajaran tersebut menyekat budaya berfikir dan kebebasan mengeluarkan idea.
4. Konsep Ijtihad, Tajdid dan Mujaddid
Setiap ajaran memerlukan idea-idea pembaharuan atau tajdid untuk mengemaskinikan lagi ajaran agama. Maksud pembaharuan atau tajdid ini bukannya mencipta suatu bentuk ajaran lain dalam agama atau mengubahsuai ajaran agama atau mengada-adakan suatu ideologi dalam agama, tetapi apa yang dimaksudkan ialah suatu pembaharuan yang membaik-pulih ajaran agama yang telah lama ditinggalkan oleh para penganutnya atau membetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh para penganutnya dengan menilai semula apa yang sepatutnya yang dituntut oleh ajaran agama.
Di dalam ajaran Kristian tidak wujud sama sekali konsep tajdid yang mencetuskan idea ‘ijthad’ terhadap sesuatu perkara yang tidak terdapat dalam nas atau dalam Kitab Suci, justeru ianya memerlukan suatu bentuk pemikiran yang tidak melanggar ketentuan syarak dan tidak terkeluar dari batas-batas agama. Konsep ‘ijtihad’ ini kadang-kadang bergantung kepada keadaan dan sesuatu tempat sebagai kesesuaian untuk masyarakat supaya tidak membebankan mereka di dalam mengendalikan ajaran agama.
Ajaran Islam telah ramai melahirkan tokoh ijtihad dalam masalah fiqh seperti Imam Syafie’i, Imam Maliki, Imam Hanafi, Imam Hambali dan lain-lain lagi yang telah banyak memberi sumbangan kepada keharuman ajaran Islam. Juga wujud tokoh-tokoh mujaddid yang membawa pembaharuan dalam agama seperti Sheikh Mohamed Abduh, Jamaluddin Al-Afghani, Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain lagi. Mereka banyak memberi sumbangan kepada ajaran Islam melalui hasil tulisan tangan mereka.
5. Manhaj Kehidupan Yang Tidak Jelas
Ajaran yang syumul dan komprehensif mestilah mempunyai manhaj kehidupan yang jelas dan teratur. Manhaj tersebut meliputi semua aspek kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.
Ajaran Kristian tidak mengatur dengan jelas tentang manhaj kehidupannya untuk diprogram kepada para penganutnya, tetapi yang dititik-beratkan ialah masalah ketuhanan dan meninggalkan unsur-unsur yang berbentuk keduniaan. Dalam masalah ketuhanan, ajaran Kristian hanyalah menyentuh tentang pendekatan diri kepada Tuhan dan kepercayaan tentang hari kemudian, tetapi tidak sekali-kali menyentuh tentang konsep kekuasaannya, konsep peribadatan dari aspek ;rububiyyah’ atau ‘uluhiyyah’, tidak pula membahaskan tentang sifat-sifat ketuhanan, perbuatannya dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Zat-Nya. Oleh itu, dari aspek tersebut terdapat kepincangan yang harus diselesaikan.
Dalam masalah peribadatan atau konsep amalannya pula, ajaran Kristian tidak menggariskan batas sempadan halal-haram sesuatu perkara, yang mana harus dibuat dan yang mana harus ditinggalkan dan bagaimana pula sesuatu perkara ataupun sesuatu benda itu dianggap halal atau haram? Dan di dalam ajaran Kristian juga tidak terdapat pun suatu kaedah yang menunjukkan bagaimana struktur ibadat itu terbina.
Keadaan seumpama ini tidak cukup untuk kesempurnaan hidup manusia. Bahkan manusia memerlukan bekalan yang lebih untuk perjalanan hidupnya di hari esok dan hari-hari seterusnya.
6. Tiadanya Contoh Masyarakat Kristian
Ajaran Kristian tidak mempunyai suatu model bagaimana dakwah yang disampaikan itu dapat membentuk suatu perubahan kepada manusia dan membimbing mereka ke arah masyarakat yang kolektif. Ajaran Kristian tidak pernah menggariskan bagaimana rupa bentuk masyarakat yang mahu diwujudkan dan ke arah mana mereka mahu membawa masyarakat tersebut. Tidak ada contoh masyarakat Kristian untuk dijadikan cermin perbandingan kepada umat manusia dan adakah konsep pengasingan diri atau konsep pertapaan mahu diwujudkan dan kemudian dijadikan suatu masyarakat untuk dihayati? Kalaulah itu yang mereka mahukan, nescaya jumudlah pemikiran manusia, punahlah nilai kemanusiaan dan hakikat kehidupan.
Tetapi Islam mempunyai model masyarakatnya tersendiri tanpa dicampur-adukkan dengan mana-mana unsur atau mana-mana agama, sebagaimana yang telah dibina oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah yang berjaya menyatu-padukan para penduduk Madinah yang sebelum ini tidak pernah bersatu dan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan iman, sekalipun mereka tidak diikat dengan ikatan tali perkahwinan ataupun keturunan.
7. Perbalahan Dalam Mazhab
Agama Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab yang saling bermusuhan di antara satu sama lain. Perkara ini berlaku di eropah apabila wujudnya pertelingkahan dan perbalahan di antara kumpulan-kumpulan penganut ajaran Kristian menyebabkan mereka berpecah dan menubuhkan kumpulan masing-masih. Mereka semua adalah orang-orang Kristian tetapi mengelarkan diri mereka dengan nama khas, seperti Katolik Roma, Protestan, Orthodoks, Anglican dan Methodist. Orang-orang Kristian dari sekte Katolik Roma mengakui Pope di Rom sebagai ketua agama mereka.
Sewaktu timbulnya mazhab Protestan di Eropah yang diasaskan oleh Martin Luther, pihak gereja Katolik telah bangkit menentang pengikut-pengikut mazhab tersebut dengan segala kekuatan yang ada. Sejarah penekanan manusia telah melihat beberapa peristiwa penyembelihan yang ngeri, di antaranya ialah ‘Penyembelihan Paris’ yang berlaku pada 24hb Ogos 1572 M di mana pihak Katolik telah menjemput para pengikut mazhab Protestan sebagai tetamu mereka di Paris untuk mencari penyelesaian supay dapat diselaraskan beberapa pertentangan dan percanggahan pendapat di antara kedua-dua mazhab. Akan tetapi pihak mazhab Katolik telah mengambil kesempatan ini dengan menyerang para pengikut mazhab Protestan dan membunuh mereka sewaktu mereka sedang tidur. Setelah berlakunya peristiwa terseubut, datanglah bertalu-talu ucapan tahniah kepada Raja Charles XI daripada Pope dan daripada raja-raja Katolik serta para pembesarnya. Tetapi yang anehnya, apabila puak Protestan memperoleh kekuatan, mereka pula bertindak liar dengan melakukan keganasan terhadap puak Katolik dan sebenarnya Protestan tidak kurang liarnya kalau dibandingkan dengan puak Katolik (Utusan Malaysia, 17 April 1997). Luther pernah menegaskan kepada para pengikutnya bahawa “Sesiapa di antara kamu yang boleh membunuh, mencekik leher dan menyembelih sama ada secara sulit atau terang, maka bunuhlah, cekiklah dan sembelihlah mereka para petani yang memberontak itu dengan sepuas-puas kamu.” (Dr Ahmad Syalabi, Al Masihiyyah).
Kesimpulan
Inilah hakikat ajaran Kristian yang ingin disampaikan oleh para misionaris kepada umat Islam. Apakah inikah agama, yang serba kekurangan baik dari segi intelektual mahupun dari segi etika dan moral, yang ingin ditukar-ganti dengan Al-Islam yang suci? Sekali-kali tidak! Kebenarannya terserlah, bahawa ajaran Kristian adalah ajaran yang rapuh yang mengajak penganutnya ke arah kemunduran dan keganasan. Hanyalah Islam agama Allah yang diperakui untuk anutan umat manusia seluruhnya, dan hanyalah Islam yang dapat menyelamatkan manusia dari lembah kehinaan. Firman Allah s.w.t.:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai AL-ISLAM itu menjadi agamamu.” (Surah Al-Maidah (5):3)

Ganjaran & Kelebihan Orang Yang Membaca Al-Quran





Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Al-Bukhari dalam shahihnya)

“Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah Utrujjah yang baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti raihanah yang baunya harum sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti hanzhalah yang tidak berbau sedang rasanya pahit.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.” (Riwayat Abu Dawud)

“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”(Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)


                                                                                                                     sumber : ustaz nor amin.