CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Wednesday 25 May 2011

NIKMAT PERPADUAN WAJAR DIPERTAHANKAN

assalamualaikum w.b.t

syukur alhamdulillah...

Malaysia dari segi dimensi politiknya memerlukan "politik permuafakatan" yang dapat menyatukan elit elit politik pelbagai kaum secara kukuh, mantap dan berkesan demi menjaga kepentingan negara dan rakyatnya.

Masyarakat kita adalah masyarakat yang "plural" atau majmuk. Dalam masyarakat seperti ini, wujud apa yang dipanggil "social diversities" atau pelbagai sosial yang merangkumi etnik , ras, agama. budaya. adat resam dan sosio-ekonomi yang berbeda. Oleh itu, usaha membina perpaduan dan integrasi nasional dalam masyarakat bersifat PLURALISME ini bukanlah satu usaha yang sangat mudah.

Begitu pun, kita harus rasa bersyukur kerana dari segi rekod, negara kita sudah membuktikan kepada dunia bahawa kita berjaya membina dan mewujudkan perpaduan, kehamonian serta kesejahteraan hidup bermasyarakatan. Kesan dari kewujudan perpaduan ini, maka keutuhan sosio-ekonomi serta kestabilan politik dapat dikecapi secara berterusan. Sebenarnya apa yang dicapai itu adalah hasil daripada pendekatan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan BARISAN NASIONAL yang bersifat demokratik, pramagatik, progresif dan adil terhadap semua kaum.

Keupayaan dan kejayaan negara mengurus dan mentadbir masyarakat yang majmuk ini telah menarik perhatian masyarakat dunia, terutama dikalangan negara sedang membangun untuk menjadikan negara malaysia sebagai model atau contoh ikutan. Malah, beberapa negara maju seperti Britain dan Amerika syarikat juga tertarik dan mengiktiraf kejayaan kita ini.

Di kebanyakkan negara yang komposisi penduduknya bersifat majmuk, termasuk di negara maju, ketegangan dan konflik kaum dan agama sering berlaku dan menghantui kehidupan masyarakat mereka. Di Amerika syarikat dan beberapa lagi negara eropah misalnya, pergeseran agama dan kaum menjadi semakin berkembang terutamanya selepas berlakunya peristiwa 11 SETEMPBER 2001

"Perang terhadap keganasan" yang di ketuai oleh AS, terutama semasa pentadbiran GEORGE W.BUSH telah menjadikan masyarakat islam dari pelbagai keturunan dan kaum sering menjadi sasaran "amukan" di negara negara eropah yang kononnya mengaku bersifat demokratik dan bertoleransi. Keadaan yang dicetuskan itu lebih kepada sifat prejudis masyarakat eropah dan ianya masih berlaku hingga kini., terutama ketika berlakunya peristiwa pengeboman atau keganasan yang dikaitkan dengan "terorris" islam. walaupun tuduhan itu tidak mempunyai sebarang bukti.

Dalam masyarakat majmuk, kebebasan dan hak untu hidup sepatutnya tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum. Perasaan prejudis terhadap kaum atau agama lain seperti yang beralku di beberapa negara tidak seharusnya berlaku di negara kita. segenap kaum sepatutnya berkongsi hidup sebagai warganegara  dengan penuh harmoni, saling bertoleransi ,bantu membantu dan bertangungjawab antara satu sama yang lain. Seluruh rakyat sepatutnya menjaga batas perhubungan dengan menjauhkan isu-isu yang bileh menyemarakkan api perkauman ini.

Kita seharusnya memahami bahasa selama ini sikap bersedia menerima kepelbagaian sebagai satu kekuatan dan keindahan dalam kehidupan masyarakat di negara ini telah menjadikan masyarakat lebih terbuka dan bertoleransi. kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara berjaya membentuk sikap orientasi rakyat ke arah kebaikan , kemajuan dan pembangunan. Kerajaan tidak pernah melaksanakan dasar "KERAS" atau paksaan dalam mewujudkan perpaduan di negara malaysia ini. Dasar kerajaan adalah tidak bersifat assimilatif dalammembina perpaduan kaum.

Kerajaan melihat assimilasi tidak realistik dan praktikal memandangkan demografi dan kompleksiti kaum di negara ini tidak sesuai untuk proses demikian berlaku. Penyerapan kebudayaan dan assimilasi dibiar menyerap dan berkembang dengan sendirinya tanpa sebarang paksaan. Apa yang jelas islah perpaduan yang terbina di negara ini adalah diasaskan melalui sikap toleransi an sikap tangungjawab serta dibina di atas semangat "kontrak sosial" yang telah pun diterima pakai oleh semua kaum di negara ini sejak merdeka lagi.

Satu perkara yang perlu difahami ialah perpaduan dan keselamatan mempunyai hubungan yang cukup erat dalam memelihara keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara. Isu-isu perkauman yang boleh bertukar kepada bentuk konflik yang tajam mampu membawa ancaman terhadap keselamatan negara. Jika konflik perkauman seperti itu berlaku dan keadaan konflik itu suka diurskan maka ia boleh menjadi "dilema keselamatan" 

Ancaman bukannya datang semata mata dari luar tetapi ancaman keselamatan juga boleh muncul di peringkat dalaman seperti konflik etnik. Justeru, kita tidak seharusnya membiarkan golongan atau puak pelampau yang bertopengkan agama dan perkauman memperngaruhi psikologi , emosi dan minda rakyat kerana kesannya cukup mendalam yang boleh membawa kepada anarkisme dan kehancuran negara.

Golongan ini, walaupun tidak dominan tetapi kesan sebaran dakyah mereka yang liar dan bermaksud jahat itu mampu menyemarakkan isu kommunal sebagaimana pengalaman kita dalam peristiwa 13 MEI 1969. Golongan cauvinisme ini gemar bermain dengan emosi dan persepsi dalam membangkitkan semangat perkauman yang melampau.

Di dalam dunia moden hari ini konflik etnik yang melibatkan pertikaian mengenai siu isu agama dan hak asasi manusia boleh mengundang campur tangan luar.Biasanya campurtangan luar itu datang dari pihak pihak yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri untuk melihat negara menjadi huru hara, lemah dan hancur. Untuk mengatsi persoalan ini maka kita hendaklah kembali kepada asas asas yang telah di bina selama ini. Di antaranya adalah :-


  1. Kita hendaklah harus mempertahakan dasar kerjasana dan permuafakatan politik seperti yang diamalkan Barisan Nasional. Kita harus paham bahawa Malaysia dari segi dimensi politiknya memerlukan "politik permuafakatan" yang dapat menyatukan elit elit politik dari pelbagai kaum untuk mengukuhkan mengukuhkan dasar dasar yang telah di buat. Justeru itu, gabungan parti politik yang tidak selari dengan perjuangan dan ideologinya sukar untuk diterjemahkan di dalam senario politik tanah air. Gabungan seperti ini mempunyai kecenderungan berkonflik sesama sendiri sehingga meninggalkan kesan tidak baik terhadap kestabilan politik negara.
  2. Semangat pelembagaan yang mengandungi "KONTRAK SOSIAL" yang telah dirangka dan diterima pakai oleh pelbagai kaum sejak merdeka lagi hendaklah terus dipertahankan dan di hormati oleh semua pihak.
  3. Menutup suara suara ekstrimis yang mampu menjejaskan perpaduan dan keselamatan negara melalui dasar keselamatan yang tegas seperti mengunakan tindakkan akta keselamatan dalam negeri ISA ke atas mana mana individu yang benar benar mengancam keselamatan negara.
  4. Tidak sepatutnya ada tolak ansur dan ruang kepada anasir anasir subversif yang pandai mempermainkan isu isu kebebasan bersuara dan hak hak asasi manusia yang tidak secocok dengan iklim demografi (kependudukan) dan budaya negara kita.
  5. Program pembangunan perlu seimbang dan dapat dinikmati oleh semua kaum secara adil dan saksama. Jika keadilan sosial ini dapat terus dilaksanakan, terutama di bawah pantadbiran kerajaan yang mendukung GAGASAN 1MALAYSIA, "rakyat di dahulukan pencapaian diuatamakan" maka kestabilan politik dan keamanan negara akan terus dapat di perlihara.
  6. Melaksanakan amalan demokrasi secara sihat dengan memberikan ruang yang secukupnya untuk rakyat melaksanakan hak hak mereka. Namun tuntutan demokrasi yang melampu sehingga mengetepikan soal soal sensetif yang boleh menimbulkan huru hara dan ancaman keselamatan harus dibendung dan dikawal tanpa kompromi. Suara suara liar dalam tuntutan kebebasan bersuara tidak seharusnya dibiarkan berkembang dan dilayan.


Jadilah kita seorang warganegara yang bertangungjawab untuk terus menjaga keharmonian bermasyarakatan di Malaysia. Negara Malaysia akan terus aman sekiranya kita menjaga batas-batas di dalam isu perkauman yang sedang melanda di negara kita. 

sekian terima kasih.
PPWSM. MESIR.

0 comments: