CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Thursday 23 June 2011

Makan Malam Antara Pegawai Melaka dan Negeri Sembilan

Assalamulaikum

Syukur alhamdulillah kerana sehingga hari ini kita dapat meneruskan kehidupan dan terus menjalankan amanah yang telah diberikan kepada kita.

22/06/2011 Rabu- Pegawai Negeri Melaka telah mengadakan makan malam khas bersama Pegawai Negeri Sembilan bertempat di "RESTORAN FARAHAN". Malam malam khas ini di buat adalah kerana pegawai negeri sembilan ini akan pulang ke malaysia bagi menamatkan tempoh kontraknya sebagai Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Mesir , Morocco dan Jordan. 


Ayah Zin( mohd zin abu) ,Ust Anwar Idris dan Ust Ibrahim


Sedikit cenderamata dari kerajaan Negeri Melaka yang berikan oleh Ustaz Anwar kepada Ayahda Moh Zin bin Abu di saksikan oleh isteri Pegawai Negeri Sembilan iaitu Hajjah Habsah.


Ustaz Anwar, Ayah Zin, Ibu Habsah, Ust Ibrahim dan En Ridwan.

 kenangan bersama Pegawai kerajaan Ngeri Sembilan ini akan terus diingati oleh kami ... Kami mendoakan agar Ayah dan Ibu selamat sampai ke Malaysia dengan selamat..

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ayah Zin kerana sudi meluangkan masa bersama Pegawai daripada Kerajaan Negeri Melaka.



Monday 20 June 2011

Meraikan Majlis Perpisahan 2 Pegawai Perwakilan Malaysia di Kaherah Mesir



ASSALAMUALAIKUM


Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah. tiada daya mendatangkan kebaikan dan tiada kekuatan menolak keburukkan melainkan dgn pertolongmu ya Allah. lindungilah pemimpin kami dari fitnah dan hasad denggi ya Allah.

Syukur alhamdulillah kerana sehingga hari ini kita terus diberikan peluang untuk menjalani kehidupan seperti sediakala.

Pada 19/06/2011 bersamaan hari ahad, semua pegawai perwakilan Kedutaan Malaysia di Kaherah telah mengadakan satu majlis perpisahan bertempat di Kedutaan Besar Malaysia Mohandesin Kaherah. Dua pegawai tersebut adalah Pengarah DMS Dato Dr Hassan Basri dan Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Sembilan Di Mesir.














Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka berdua kerana banyak memberikan kerjasama didalam menjaga kebajikan mahasiswa di sini. 

Semoga mereka berdua terus menaburkan bakti kepada masyarakat di malaysia. Segala yang berlaku di sini akan kami simpan untuk di kenang sepanjang menjalankan tugas - tugas di sini. insyaallah.

"anak malaysia berdikari orangnya,
ke tempat orang memberikan jasa,
tidak sekali kami melupakan anda,
dato hassan dan ayah zin tetap di hati kita"






Monday 13 June 2011

Bangunan Wisma Seri Melaka Mesir Tersergam Indah.

Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah. tiada daya mendatangkan kebaikan dan tiada kekuatan menolak keburukkan melainkan dgn pertolongmu ya Allah. lindungilah pemimpin kami dari fitnah dan hasad denggi ya Allah.

Syukur alhamdulillah kerana sehingga hari ini kita terus diberikan peluang untuk menjalani kehidupan seperti sediakala.

 Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir 


Ruang Tamu Menunggu


Kantin Wisma Seri Melaka





Bangunan Wisma Seri Melaka 


Pejabat Ketua Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir



Bilik Pusat Sumber Wisma Seri Melaka.

Bangunan Wisma Seri Melaka juga ada disediakan surau untuk kegunaan mahasiswa. Selain itu, di bahagian surau juga boleh dijadikan sebagai dewan untuk mengadakan majlis ilmu.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka amnya YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana memberikan penyediaan ruang kerja dan tempat tinggal dengan keadaan yang sangat selesa.

Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah yang sedang di hadapi oleh pegawai kerajaan negeri berhubung masalah pintu utama dan permasalahan permukaan dinding yang merekah akibat ada kebocoran paip yang berlaku.


Penyelia Bangunan Wisma Seri Melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir ingin memohon maaf kepada mahasiswa berhubung masalah yang berlaku. Kunci pintu utama bangunan Wisma Seri Melaka ada di serahkan kepada ketua apartment pada hari rabu (15/6/2011)

sekian terima kasih



Friday 10 June 2011

Program Seketeriat Rumah-Rumah Negeri Anjuran Bersama Eduacation Malaysia Egypt

~ Assalamualaikum ~

Syukur kepada Allah subhanallahu taala kerana masih memberikan kita semua bernafas untuk terus menjalani kehidupan seperti sediakala.

Semalam(9/6/2011) bertempat di dataran Hayyur Asyir, Program Majlis Seketeriat Rumah-Rumah Negeri buat kali pertama telah pun berlansung dengan di hadiri oleh semua pegawai serta penolong pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) setiap negeri bersama semua pegawai kedutaan Education Malaysia Egypt.

Bermula dengan sholat maghrib , sholat hajat , bacaan yassin , ucapan ringkas daripada pengarah baru Education Malaysia Egpyt Prof Madya Dr Hj Suaidi Bin Dato' Shafei dan juga sholat isyak.  
















Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengharapkan dengan adanya Majlis Seketeriat Rumah Rumah Negeri ini mendatang hasil dengan menyatukan mahasiswa dan dapat sali berinteraksi di antara Pegawai Hal Ehwal Pelajar dengan mahasiswa.

Majlis Seketeriat Rumah Rumah Negeri juga mengucapkan selamat menjalankan amal ibadah pada blan rejab ini tidak lupa mengucapkan selamat menjalani peperiksaan dan diharap mahasiswa pada tahun ini mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Sekian. Terima Kasih.

Wednesday 8 June 2011

Mesyuarat Pegawai HEP Negeri Bersama Education Malaysia Egypt

~ ~ ASSALAMUALAIKUM ~ ~

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah taala kerana terus memberikan rahmat kepada kita semua untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa sehingga ke hari ini.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak Education Malaysia Egypt kerana menjemput ketua Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar setiap negeri bagi membincangkan penubuhan Seketeriat Majlis Rumah-Rumah Negeri.


Ust. Fared, Ust Anwar dan Ayah Zin


Ust. Anwar mewakili pegawai melaka


Pengarah Education Malaysia Egypt mempengurusikan majlis




Penubuhan Majlis Seketeriat Rumah Rumah Negeri ini dicadangkan oleh Pengerusi Majlis iaitu Pegarah Educaton Malaysa Egypt Prof Madya Dr Haji Suaidi Bin Dato' Syafei. Selain merapatkan hubungan kekeluargaan di antara pegawai kerajaan negeri, penubuhan seketiriat ini juga mengharapkan hubungan di antara pegawai kerajaan dengan mahasiswa anak negeri lebih akrab berbanding sebelum ini.

Pelbagai lagi perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini bagi menaik taraf kebajikan mahasiswa malaysia. Semoga penubuhan seketeriat ini dapat memberikan faedah kepada semua mahasiswa dan juga kepada pegawai kerajaan setiap negeri yang bertugas di kaherah Mesir.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Mesyuarat Seketeriat Majlis Rumah Rumah Negeri  kerana memilih bangunan Wisma Seri melaka untuk menjadikan tempat ke 2 bagi menjalankan mesyuarat akan datang pada 6/7/2011. 

Sekian harap maklum.

terima kasih.

Sunday 5 June 2011

Mesyuarat Bersama Ketua Ketua Apartment Wisma Seri Melaka


ASSALAMUALAIKUM

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir Ustaz Muhd Anwar Bin Idris mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketua-ketua apartment di Bangunan Wisma Seri Melaka kerana menghadirkan mesyuarat kali pertama selepas krisis yang melanda di negara Mesir ini.
“Syukur kepada Allah taala kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul bagi membincangkan beberapa perkara untuk meningkatkan lagi kerjasama didalam kebajikan dan aktiviti pelajar di Bangunan Wisma Seri Melaka ini.”
“Pertama sekali saya ingin memaklumkan kepada ketua-ketua apartment Wisma Seri Melaka dengan adanya mesyuarat ini, kita dapat berkongsi idea bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan mahasiswa dan memberikan keselesaan kepada Mahasiswa Anak Melaka”
“Selain itu, saya mendoakan kepada semua mahasiswa negeri Melaka agar berjaya didalam peperiksaan yang sedang berlansung amnya kepada mahasiswa perubatan. Insyaallah”

PERBINCANGAN
·        Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir memberikan penerangan tentang masalah yang dihadapi oleh Wisma Seri Melaka iaitu tentang pintu utama bangunan Wisma Seri Melaka. Pintu utama ini mengalami kerosakkan sistem keselamatan dan sedang dibaikpulih oleh kontraktor yang bertangungjawab. Pada masa ini, pihak Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka cuba menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin. Untuk sementara waktu ini, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka telah berbincang dan akan memberikan kunci pintu utama kepada semua mahasiswa yang menghuni di bangunan Wisma Seri Melaka.
·        Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir juga membangkitkan tentang kebersihan di setiap apartment. Ketua di setiap apartment harus memainkan peranan yang penting bagi mengerakkan ahli-ahli rumah bagi menjaga kebersihan amnya di bahagian dapur rumah agar tidak kotor.
·        Pada masa ini, Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir tidak berpuas hati dengan tahap disiplin yang ditunjukkan oleh para mahasiswa anak negeri melaka. Ada segelintir mahasiswa yang tidak mengendahkan peraturan yang ditetapkan oleh Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka. Kekemasan diri juga memainkan peranan penting kepada mahasiswa kerana ianya mencerminkan sahsiah di dalam diri setiap mahasiswa. Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Melaka mengharapkan mahasiswa dapat membentuk sahsiah diri yang baik dan meningkatkan taraf disiplin yang tinggi untuk di bawa pulang setelah tamat pengajian kelak.
·        Selain itu, Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir menasihati kepada semua ketua apartment setiap rumah untuk menyampaikan pesanan kepada setiap ahli di rumah untuk menjaga ukhwah diantara semua anak melaka yang berada di mesir. Saling bantu membantu dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada pagawai dalam setiap apa yang berlaku.
·        Yang terakhir, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka akan mengadakan beberapa program di dalam bangunan Wisma Seri Melaka dan program yang pertama adalah kebersihan dan kecerian setiap apartmen dan bilik. Matlamat program ini adalah untuk melihat sejauh mana kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli di setiap apartment.
·        Akhir kata, Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ketua- ketua apartment di dalam mesyuarat ini. Pegawai juga mendoakan agar mahasiswa berjaya di dalam peperiksaan yang sedang berlansung sehingga hujung bulan jun ini. Di harap pada tahun ini pelajar melaka kesemuanya lulus dengan mendapat keputusan yang cemerlang.