CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Thursday 21 July 2011

Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(B) Di Dewan Sri Putra Asrama Rumah Wilayah Persekutuan

20.07.2011 - Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Wilayah Persekutuan Telah Menjemput Semua Pegawai Hal Ehwal Pelajar ke Majlis Ramah Mesra di Asrama Wilayah Persekutuan bersama Menteri Di Pejabat Perdana Menteri YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(B). Beliau juga hadir sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Turut menemani kehadiran beliau adalah TYT Prof Madya Dato' Dr Mohd Fakruddin iaitu Duta Besar Malaysia di Kaherah dan Pengarah Education Malaysia Kaherah Prof Madya Dr Suaidi bin Dato Shafei dan beberapa lagi pegawai-pegawai yang lain termasuk Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka serta 2 Pembantu Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka.



Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada pegawai Wilayah Persekutuan kerana telah menjemput kami.

Tuesday 19 July 2011

Pembukaan Ahli Baru Untuk Menyertai SIKUME-Mesir

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir telah memaklumkan kepada mahasiswa anak melaka secara amnya tentang kelas pertahankan diri telah dijalankan di bangunan Wisma Seri Melaka Mesir. Kelas ini telah dikendalikan oleh seorang mahasiswa yang telah diiktiraf oleh badan persatuan seni silat Kunci Melayu Melaka sebagai seorang jurulatih. iaitu Omar bin Mohd Mokhtar pelajar perubatan merupakan ahli jawatankuasa Ikatan Mahasiswa Anak Melaka( IMAM)



Kepada sesiapa yang mahu menyertai kelas SIKUME-mesir ini boleh terus mendaftarkan diri di Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir. kami sangat mengalu-alukan penyertaan daripada mahasiswa/siswi di sekitar kaherah.

"sambil menuntut ilmu pelajaran sambil mencari ilmu perlindungan"

"ummah bersatu islam padu"

"IKATAN"

Monday 18 July 2011

Aktiviti Silat yang dikendalikan salah seorang AJKT IMAM .

18/07/2011 , Isnin - Kelas Silat Pesaka telah dijalankan di bangunan Wisma Seri Melaka dan ianya telah dikendalikan oleh salah seorang AJKT IMAM iaitu adik Omar bin Mohd Mokthar. Mahasiswa ini mengambil jurusan perubatan di keherah.

Aktiviti ini sebenarnya sedikit sebanyak membantu memberikan keyakinan terhadap diri sendiri bagi menangani masalah yang tidak diingini berlaku terhadap diri kita mahupun pada orang lain yang berada di depan mata kita sendiri.

Selain itu, kelas ini tidak menganggu sesi ulangkaji pelajaran kerana kelasnya dibuat pada waktu petang selepas waktu asar. Pembantu Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Mesir En Ridwan bin Abu Samah telah memantau sepanjang aktiviti yang berlaku didalam kelas silat ini.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka amnya En Ridwan bin Abu Samah (bahagian aktiviti) mengalu-alukan kepada mahasiswa lain agar menyertai kelas silat ini kerana banyak memberikan faedah kepada mahasiswa.






Pejabat pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan tahniah kepada Persatuan IMAM kerana telah berjaya mengadakan kelas mempertahankan diri ini. diharap persatuan IMAM terus mencari ahli baru bagi menyertai kelas silat(riadah) untuk mengisi masa lapang.

terima kasih.

Sunday 17 July 2011

Sambutan Hari Keluarga Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia Di Kaherah.

15,16/07/2011 - Bertempat di Ain Sukhna telah dijalankan satu program iaitu Hari Keluarga Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia Di Kaherah. Semua perwakilan termasuk TYT Dato Prof Dr Fakruddin bersama istri dan anak2 turut terlibat di dalam program ini. Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Mesir hanya dari melaka sahaja yang menyertai program ini.

Pelbagai program yang disajikan kepada semua perwakilan termasuk program sukaneka kepada anak-anak perwakilan isteri perwakilan dan perwakilan sendiri.









Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kedutaan kerana menjemput 3 pegawai daripada melaka iaitu Ust. Muhd Anwar bin Idris, Ust Ibrahim bin Hussen dan En Ridwan bin Abu Samah didalam program berkenaan. 

Semoga IKATAN dan UKHWAH yang dijalinkan dengan pihak kedutaan besar malaysia di kaherah terus erat diantara pihak kerajaan negeri melaka. sekian terima kasih.

Wednesday 13 July 2011

Lawatan Kerja Ke Pejabat Dekan Fakulti Ulum Islamiah dan Pusat Bahasa Universiti Al- Azhar

12.07.2011, selasa- Satu gerombolan pegawai termasuk Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Mesir dari setiap negeri bersama Pegawai Education Malaysia Egpyt telah melakukan satu lawatan kerja rasmi di Univesiti Al-Azhar untuk bertemu dengan Prof Dr Zakaria An-Nuty yang merupakan Dekan Fakulti Ulum Islamiah di sana.

Turut hadir didalam lawatan rasmi di Univesiti Al-Azhar itu adalah Pengarah Education Malaysia Egypt iaitu Prof Madya Dr Suai'di bin Dato' Shafei. Pertemuan dengan Prof Dr Zakaria An-Nuty adalah bagi membincangkan permasalahan yang ada dikalangan para mahasiswa malaysia di sana. Selain itu, cadangan dan penambahbaikkan juga telah diusulkan oleh beberapa pegawai negeri termasuk Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Ust Muhd Anwar bin Idris.

Menemani Ust Muhd Anwar bin Idris adalah pembantu iaitu Ust Ibrahim bin Hussen. Selepas menemui Prof Dr Zakaria An-Nuty di Univesiti Al-Azhar, Pegawai EME dan Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan melakukan lawatan di Pusat Bahasa juga di dalam Al-Azhar.. Dalam pada itu, Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka juga telah memberi Plak Kerajaan Negeri Melaka kepada Prof Dr Zakaria An-Nuty untuk kenang kenangan.



Prof Dr Zakaria An - Nuty


Ust Muhd Anwar bin Idris




Lawatan Ke Pusat Bahasa di Univesiti Al-Azhar


Pemberian Plak Cenderamata kepada Prof Dr Zakaria An-Nuty Dekan Fakulti Ulum Islamiahyang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir. Ust Muhd Anwar bin Idris.


Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Education Malaysia Mesir kerana menjemput semua Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar seluruh Negeri. Kerjasama yang baik ini akan diteruskan bagi mempertikatkan kualiti tahap pembelajaran mahasiswa/siswi malaysia amnya.

PPWSMM.tq

Sunday 10 July 2011

Perjumpaan Kelab Keluarga Pegawai Mesir (HEP)

10.7.2011, ahad - Perjumpaan Kelab Kelurga Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Mesir telah berlansung di Rumah Pegawai Negeri Pahang dan dihadiri oleh semua pegawai-pegawai kerajaan negeri termasuk negeri-negeri yang pembantu pegawai. Tidak ketinggalan kehadiran Pengarah yang baru DMS Prof Madya Dr Khalil juga turut menceriakan suasana majlis.

Dimulakan dengan kata-kata alaun daripada pengerusi kelab iaitu Ust Fared (pegawai pahang) dan diteruskan dengan bacaan tahlil oleh Ust Yusof (pegawai kedah) .. Sesi pengenalan dengan ahli baru iaitu Prof Madya Dr Khalil dan Pembantu Pegawai Melaka En. Ridwan juga turut dijalankan selepas bacaan tahlil.

Turut memberi ucapan dalam majlis berkenaan adalah pegawai daripada kedah kerana beliau akan menamatkan tempoh bertugas pada pertengahan bulan ini(julai). Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ust. Yusof kerana selama ini banyak membantu sedikit sebanyak didalam menyelesaikan beberapa masalah yang dialami oleh mahasiswa di sini.





Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada pegawai daripada negeri Pahang kerana menyediakan makan malam untuk semua hadirin. 

Perhimpunan Haram tetap dijalankan semalam 9.7.2011

9.7.2011, Sabtu- Satu perhimpunan haram (BERSIH) tetap dijalankan oleh sekumpulan mahasiswa yang mengelarkan diri mereka SUARA untuk menuntut keadilan di dalam pilihanraya di malaysia. terdapat lebih kurang 300 mahasiswa dari pelbagai negeri telah berkumpul termasuk mahasiswa anak melaka. pihak kedutaan besar di kaherah telah mengeluarkan pekeliling bahawa mahasiswa yang terlibat di dalam perhimpunan ini boleh diambil tindakkan. 









diharapkan pihak kedutaan besar malaysia mendapat ambil tindakkan sewajarnya kepada mahasiswa ini diatas tindakkan mereka yang mencalarkan imej negara malaysia.

Pelajar melaka yang turut terlibat di dalam perhimpunan ini melebihi daripada 10 orang dan nama-nama mereka akan diserahkan kepada pihak kerajaan negeri melaka untuk tindakkan selanjutnya.

PPWSMM.

Wednesday 6 July 2011

Mesyuarat Kali -2 Pegawai HEP Negeri Bersama Education Malaysia Egypt

5.07.2011, Selasa - Wisma Seri Melaka Mesir telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Seketeriat Rumah Rumah Pegawai Kerajaan Negeri Di Mesir bagi kali kedua selepas kali pertama yang diadakan di penempatan Anak-Anak Malaysia Abassiah. Mesyuarat di pengerusi oleh Pengarah Education Malaysia Egypt(EME) Prof. Madya Dr Su'aidi bin Shafei. turut hadir didalam mesyuarat berkenaan adalah beberapa Pegawai Kedutaan dan Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar di setiap negeri.

Mesyuarat kali-2 ini banyak membincangkan beberapa masalah yang melibatkan pegajian pelajar-pelajar malaysia di mesir. banyak cadangan yang telah dikemukan oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri termasuklah dari negeri melaka sendiri.

Prof Madya Dr Suaidi meninjau pejabat pentadbiran Wisma Seri Melaka di temani oleh Pen. Pegawai Ust. Ibrahim bin Hussen.


Prof Madya Dr Suaidi merekodkan kedatangan beliau di Wisma Seri Melaka disaksikan oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir.


Mesyuarat berlansung di perpustakaan Wisma Seri Melaka.


Gambar kenangan bersama Pegawai HEP Negeri Kedah Ust Yusof.


Ust Ibrahim, Ust Yusof, Ust Anwar dan Ust Muhaimin.


Prof Madya Dr Suaidi menyerahkan buletin EME kepada Pegawai HEP negeri Selangor
Ust Faryzan.


Ust Anwar telah menyampaikan "Buku Laporan" pelajar melaka kepada Prof Madya Dr Suaidi


Ahli Mesyuarat Seketeriat Rumah Rumah Pegawai Negeri Di Mesir.



Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir Mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Education Malaysia Egpyt kerana memilih Wisma Seri Melaka sebagai tempat mesyuarat untuk kali -2. Semoga usaha murni kita semua untuk mempertingkatkan tahap keselamatan dan kebajikan pelajar dibalas oleh Allah S.W.T 

PPWSMM.tk.


Sunday 3 July 2011

Mengiringi Kepulangan Setiusaha Sulit Ketua Menteri Melaka Datuk Abdul Rahim Abu

2 JUN 2011- Semalam Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir mengiringi kepulangan Datuk Hj Abdul Rahim Hj Abu ke Malaysia di airport cairo. Setelah hampir kurang 10 hari berada di Kaherah untuk mendekati pelajar dan ingin mengetahui apa permasalahan yang berlaku di bangunan Wisma Seri Melaka.

Pegawai Hak Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir bersama barisan AJKT Ikatan Mahasiswa Anak Melaka(IMAM) mengambil gambar kenangan bersama Datuk Hj Abdul Rahim Hj Abu di lapangan terbang Cairo.


Ust Mohd Said , Datuk Hj Abdul Rahim dan Ust Anwar Idris.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri melaka kerana menghantar wakil kerajaan negeri untuk bersama sama mendekati pelajar amnya pelajar negeri melaka. 

terima kasih.

Bengkel Kursus Kemahiran Sensitiviti Bagi Kecermelangan Diri

1 Julai 2011, Kaherah - Seramai kira - kira 33 orang mahasiswa serta mahsiswi pengajian islam dan perubatan  Melaka, Mesir yang terdiri daripada 12 mahasiswa dan 21 mahasiswi telah menghadiri Bengkel Kursus Kemahiran Sensitiviti Bagi Kecemerlangan Diri. Kursus ini juga disambut baik oleh pihak Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar Negeri Sembilan dengan kehadiran 5 orang mahasiswa dan mahasiswi mereka.  Kursus ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Said. Dato Haji Abd Rahim Bin Haji Abu (Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM)  selaku pengendali serta penceramah bagi bengkel ini. Bengkel ini telah diadakan di ruangan Kafeteria Wisma Seri Melaka  jam 8.00pagi waktu Mesir. Kursus ini dimulakan dengan sedikit pengenalan program serta diikuti oleh aktiviti berkumpulan. Para pelajar telah dibahagi kepada 4 kumpulan kecil iaitu, 2 kumpulan dari pihak mahasiswi dan 2 kumpulan dari mahasiswa. Aktiviti ini telah memberi pelbagai pengajaran serta moral dalam diri semua pelajar yang terlibat. Antaranya ialah sikap saling membantu, kerjasama, simpati, yakin serta berfikiran terbuka. Kemudian kursus diteruskan lagi dengan sedikit ulasan kesimpulan oleh penceramah. Majlis penutup  dimulakan dengan ucapan sepatah dua kata oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka, Mesir, Ustaz Muhd Anwar Bin Idris. Upacara penyampaian sijil kepada para pelajar telah menutup tirai Kursus Kemahiran Sensitiviti yang telah berjaya diadakan hasil kerjasama Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM, Pegawai HEP Melaka, Mesir dan  Pembantu Pegawai HEP Melaka (bahagian aktiviti), Encik Ridwan Bin Abu Samah. Pelajar dibenarkan bersurai kira-kira jam 1200tengahari.