CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Thursday 27 October 2011

Tahniah IMAM

25 Oktober 2011 - Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Ikatan Masiswa Anak Melaka Mesir (IMAM) yang baru telah diadakan di perpustakaan Wisma Seri Melaka dengan dihadiri oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir Ustaz Muhd Anwar bin Idris serta pembantunya selaku mengurus aktiviti pelajar iaitu En Ridwan Abu Samah.

Ustaz Muhd Anwar bin Idris telah memberi ucapan yang menjurus kepada nasihat dam tunjuk ajar kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka yang baru dilantik ini.Kesediaan pembantu pegawai En. Ridwan Abu Samah untuk membantu Persatuan ini juga jelas menunjukkan Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka sentiasa bersama-sama ahli IMAM untuk terus bergerak kehadapan di dalam menunaikan tangungjawab bagi menjaga kebajikan mahasiswa di sini amnya kepada penghuni Wisma Seri Melaka Mesir.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir juga mengucapkan tahniah kepada ahli yang baru dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi persatuan ini dan diharap terus memegang matlamat iaitu mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam pelajaran.




Kelab Keluarga Pegawai di Rumah Pegawai HEP Selangor Mesir

22 Oktober 2011- Perjumpaan Kelab Keluarga Pegawai HEP di Mesir telah diadakan di rumah Pegawai HEP Selangor di Hayyu Asyir selepas solat maghrib. Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir bersama-sama pembantu telah menghadiri perjumpaan ini.Perjumpaan Kelab Keluarga Pegawai HEP di Mesir ini kali terakhir dilakukan adalah di Rumah Pengarah Department Malaysian Studies (DMS) pada bulan 25 ogos tahun 2011.

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka, Ustaz Muhd Anwar bin Idris telah mencadangkan untuk mengadakan satu aktiviti luar bagi semua Pegawai HEP di Mesir. Salah satu aktiviti yang dicadangkan adalah untuk mengadakan lawatan di Perkampungan Firaun.

Dalam masa sama, Kelab Keluarga Pegawai HEP di Mesir juga meraikan hari ulangtahun kelahiran ahli-ahli kelab sebagai tanda ingatan. Seterusnya perjumpaan Kelab Keluarga Pegawai HEP di Mesir akan mengadakan perjumpaan untuk bulan november di Ain Sukhna.







Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir megucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menyediakan persiapan. Terima kasih.

Admin

Tuesday 18 October 2011

Meraikan Graduan Universiti Al-Azhar Mahasiswa Anak Melaka

15/10/2011, Sabtu- Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir Ustaz Muhd Anwar bin Idris telah mengadakan majlis santai bersama Mahasiswa Anak Melaka yang baru sahaja menamatkan sesi pembelajaran di Universiti Al-Azhar dengan meraikan mereka di Kafeteria Wisma Seri Melaka Mesir.

Ustaz Muhd Anwar bin Idris memberikan sedikit ucapan serta nasihat kepada semua mahasiswa berkenaan agar meneruskan usaha dakwah islamiah sekiranya mereka sudah balik ke Malaysia kelak. Selain itu, pihak Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir juga mendoakan agar mahasiswa ini akan berjaya di dalam kehidupan serta dapat memberikan sumbangan tenaga terhadap masyarakat setempat , negeri mahupun negara amnya.




Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih ke mahasiswa ini kerana banyak memberikan kerjasama yang baik kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang mereka kecapi ini. Bukan mudah untuk kita mencapai ke tahap ini. Semoga kejayaan ini adalah satu peransang untuk kamu semua pergi lebih jauh lagi bagi menyebarkan dakwah islamiah kepada masyarakat di Malaysia nanti.

Semoga Allah S.W.T memberkati apa sahaja yang kita lakukan di atas muka bumi serta sentiasa memberikan rahmat dan hidayahnya kepada kita semua. Tahniah kepada anda semua ya.




Penyampaian cenderamata dari Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir kepada mahasiswa sebagai tanda penghargaan kepada mereka.







admin.

Thursday 13 October 2011

Maklumat Penting Untuk Mahasiswa Anak Melaka Mesir !!!

Assalamualaikum.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir telah mengadakan satu pertemuan dan telah membincangkan bagi menyelaraskan program-program akan dilaksanakan pada bulan hadapan dan seterusnya. Selain perkara berkenaan, pihak pentadbiran juga telah bersetuju untuk tidak membenarkan mana-mana persatuan melakukan aktiviti di Wisma Seri Melaka Mesir diatas beberapa sebab kecuali persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir (I.M.A.M). 

Sedia maklum, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (B.K.K.I.M.M) yang bernaung di bawah NGO Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (P.M.R.A.M) tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti di dalam Wisma Seri Melaka kerana persatuan ini tidak lagi diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka. Penarikkan pengiktirafan Kerajaan Negeri Melaka terhadap B.K.K.I.M.M adalah kerana mereka bernaung di bawah P.M.R.A.M.

Pejabat Pentadbiran juga memberi amaran kepada mana-mana Mahasiswa Anak Negeri Melaka yang menampal atau mengantungkan "BANNER" di apartment akan diambil tindakkan. Perkara ini telah termaktub di dalam Peraturan Wisma Seri Melaka yang mengharamkan logo-logo PMRAM dan apa sahaja yang berkaitan dengan PMRAM. 


Pejabat Pentabiran Wisma Seri Melaka Mesir menasihati agar semua penghuni di sini menghormati dan mematuhi peraturan yang telah diberikan. Segala permasalahan boleh berbincang dengan pihak kami. Kami mendoakan Mahasiswa Anak Negeri Melaka berjaya di dalam pelajaran.

Terima kasih.

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir Mengucapkan Tahniah Kepada Mahasiswa Melaka

9.10.2011, Al-Azhar - Bertempat di ACC Al-Azhar Majlis Kovokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar kali ke 6 telah dijalankan dengan suasana yang penuh meriah. Dengan dihadiri oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah Dato Dr Mohd Fakhruddin bin Abdul Mokhti dan wakil daripada Universiti Al-Azhar.

Seramai 333 graduan telah mendapat sijil pengiktirafan oleh Education Malaysia Egypt termasuk Mahasiswa Anak Negeri Melaka seramai 9 orang. Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan tahniah kepada Mahasiswa Anak Melaka ini kerana berjaya menamatkan pelajaran di sini dan diharapkan mereka semua dapat memberi sumbangan kepada masyarakat tempatan di Malaysia kelak.

Di dalam majlis berkenaan. Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka Ustaz Muhd Anwar bin Idris telah dilantik untuk membawa Al-Quran semasa rombongan kemasukan Duta Besar Malasyia di Kaherah dan wakil-wakil dari Universiti Al-Azhar. Manakala Pembantu Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Ustaz Ibrahim bin Hussen pula ditugaskan untuk membaca doa penutup Majlis Konvokesyen. En Ridwan Abu Samah ditugaskan untuk mengepalai unit Dokumentasi dan Publisiti.

Graduan Al-Azhar Lelaki

Graduan Al-Azhar Perempuan





Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan tahniah di atas Penglibatan Mahasiswa Anak Negeri Melaka yang berjaya menamatkan pelajaran di bumi anbiya ini. kami mendoakan agar kamu semua berjaya di dalam mencorakkan kehidupan masing-masing apabila pulang ke Malaysia kelak. Kenangan bersama kamu semua adalah satu kenangan manis bagi pihak Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir.



Saturday 1 October 2011

Latihan Sukan Badminton Warga Wisma Seri Melaka Mesir

30/09/2011, Jumaat - Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir telah mengadakan Latihan Sukan Badminton bagi aktiviti terakhir pada bulan Setember ini. Latihan ini telah diketuai oleh En Ridwan Abu Samah Pem Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Negeri Melaka di Mesir. Turut hadir di dalam latihan ini adalah Pegawai Melaka iaitu Ust. Muhd Anwar bin Idris dan Pegawai Education Malaysia Egpyt Ustaz Zulkifli Din.

Aktiviti Latihan Sukan Badminton ini sebenarnya telah berjalan pada setiap minggu di Kelab Pemuda (NADI SHABAB) dengan kos sewaan dewannya L.E80 bagi setiap satu jam. Satu dewan berkenaan mempunyai dua kod badminton.

Latihan Sukan Badminton ini dilakukan adalah bagi menubuhkan pasukan Wisma Seri Melaka Mesir untuk mengadakan perlawanan dengan negeri-negeri lain yang ingin berlawan. Maltlamat kami adalah menjalinkan kerjasama yang baik diantara mahasiswa dari negeri yang berbeda-beda di sini. Mengenai antara satu dengan yang lain tidak mengira kos pengajian yang mereka ambil di sini.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir akan sedaya upaya mencari sumber peruntukkan khas bagi menjalankan aktiviti untuk warga Wisma Seri Melaka dan bukan sahaja tertumpu pada Aktiviti luar malah akan menyalurkan juga aktiviti-aktiviti penyampaian ilmu di dalam bangunan Wisma Seri Melaka. Insyaallah.

Terima Kasih diucapkan kepada pemain-pemain yang mengikuti sesi latihan yang dijalankan semalam. Semoga segala aktiviti kita akan berjalan seperti biasa pada masa akan datang.

admin.