CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Monday 22 October 2012

Sambutan Pelajar Perubatan Melaka

Assalamualaikum W.B.T

Selamat datang diucapkan kepada semua Pelajar Perubatan Melaka yang baru ke Bumi Qinanah bagi melanjutkan pelajaran anda diperingkat tinggi. Kesemua pelajar yang hadir mengikut saluran Kerajaan Negeri Melaka adalah seramai 9 Pelajar dengan merangkumi 4 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan.
7 Pelajar Melaka akan menyambut di Universiti Ain Sham manakala 2 pelajar lagi akan melanjutkan pelajaran di Universiti Iskandariah.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir telah melakukan Program Sambutan Pelajar Baru secara bersama dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Negeri Johor di Mesir bertempat di Rumah Johor Thamin.









Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Zawawy M Kahar ( Pengurus Operasi TAPEM ) yang telah menjadi pengiring kepada semua Pelajar Perubatan Melaka bagi sesi 2012 ke Kaherah.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mendoakan agar Pelajar Perubatan Melaka bagi sesi tahun ini akan menumpukan pelajaran di kuliah seterusnya membawa kejayaan pada masa akan datang. Insyaallah mudah mudahan.

Wassalam.

Monday 10 September 2012

Makluman Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Assalamualaikum W.B.T

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir yang diketuai oleh Pegawainya iaitu Ustaz Muhd Anwar bin Idris serta 2 pembantunya telah mengeluarkan keputusan bahawa tidak membenarkan mana-mana pelajar yang diuruskan oleh Yayasan Islam Kelantan untuk menghuni bangunan Wisma Seri Melaka.

Ini berikutan, Tidak ada sebarang maklumat penuh yang telah diberi oleh pihak Yayasan Islam Kelantan kepada pihak Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir sehingga hari ini.

Agensi Kerajaan Negeri Melaka TAPEM ( Tabung Pendidikan Anak Negeri Melaka ) telah memberikan senarai Mahasiswa Anak Melaka yang akan hadir sebelum hujung bulan ini dan kesemuanya adalah daripada pengajian perubatan.

Pelajar Pengajian Islam yang diuruskan oleh Yayasa Islam Kelantan perlu terus berurusan pihak/wakil Kerajaan Negeri Kelantan di Mesir.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir sedia memberi pertolongan sekiranya rombakan ke atas penghuni di dalam bangunan Wisma Seri Melaka telah dijalankan.

Harap maklum.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Tuesday 4 September 2012

Ambillah Ilmu Ini Walaupun Ianya Sedikit ...

Sekadar Mengongsikan Ilmu ~ ~ ~

Firman ALLAH:

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An Nur: ayat 2)

Tetapi mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum penzina? Saya rasa dengan melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir mustahil boleh berlaku. Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

1. Hakim mesti adil dan bertaqwa.

2. Mesti ada empat orang saksi lelaki yang adil. Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari, mengintai-mengintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu. Saksi-saksi fasiq tidak diterima kesaksiannya. Antara ciri-ciri fasiq itu ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yang melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat. Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak bolehlah menjadi saksi. Apalagi kalau dia seorang yang melanggar syariat.

Selain itu, kesaksian juga tidak diterima dari mereka yang berikut: Orang yang pemah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat. Orang yang murtad. Orang buta. Orang bisu.

1. Saksi-saksi mesti menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.

Dengan syarat-syarat tersebut, mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum .? Kalau saksinya ramai sekalipun, senangkah nak cari saksi yang warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat. Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi saja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang.

Kemudian senang ke nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung’ itu? Yang mana biasanya hal itu sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasiq, bukan saja tuduhannya itu ditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yang suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman hudud ke atasnya dengan hukuman rotan 80 kali. Siapa yang berani untuk mudahmudah menjadi saksi kepada kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya? Dan siapa yang berani untuk sengaja mencari-car-i salah orang lain untuk dibawa ke mahkamah? Firman ALLAH:

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik berbuat zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) dengan delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasiq. (An-Nur ayat 4)


Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Sunday 2 September 2012

Selamat Hari Lahir "Ayahda"

Assalamualaikum W.B.T

Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kelahiran dan Semoga Panjang Umur" kepada Pegawai Khas Menteri Besar Negeri Johor Hj Maulan bin Asmoni.

Sempena hari kelahiran semalam (1/9/2012) Ust Muhd Anwar bin Idris telah memberikan cenderahati kepada Hj Maulan bin Asmoni. Semoga hubungan Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dan Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Negeri Johor bertambah erat dan kuat. Insyaallah mudah mudahan.


Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Saturday 1 September 2012

Memenuhi Jemputan Rumah Terbuka Rumah

1/9/2012 Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir memenuhi jemputan Rumah Terbuka Negeri Sembilan dan Rumah Terbuka Anjuran Pegawai Pahang, Terengganu dan Selangor di Mesir.

Pegawai Melaka Ustaz Muhd Anwar bin Idris diiringi dengan pembantu telah memenuhi jemputan rumah terbuka yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Negeri Sembilan Mesir yang berlansung di Hayyu Sabie'.




Selepas menghadiri Rumah Terbuka Negeri Sembilan, Ustaz Muhd Anwar bin Idris telah mengiringi Duta Besar Malaysia Kaherah Dato Dr Fakhruddin bin Abdul Mokhti ke Rumah Terbuka Anjuran Pegawai Pahang, Terengganu dan Selangor di Dataran Hayyu Asyir.

Pejabat Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan ucapan terima kasih kerana telah menjemput ke Rumah Terbuka. Semoga Allah memberkati majlis berkenaan.

Thursday 30 August 2012

Malaysia Aman Malaysia Merdeka

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kami bersyukur kepadamu kerana engkau telah memberikan rahmat dan nikmat ke atas Tanah Air kami...

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir di ketuai oleh Pegawai HEP Melaka di Mesir Ustaz Muhd Anwar bin Idris mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk tahun yang ke-55 kepada semua Mahasiswa Malaysia di Mesir amnya anak-anak Negeri Melaka.

Kita hayatilah erti kemerdekaan sedalam-dalamnya. Bersyukur kita kerana dilahirkan selepas merdeka kerana kita sudah banyak menerima keistimewaan. Generasi terdahulu bersusah payah untuk memerdekakan tanah air kita daripada terus dijajah oleh british sejak sekian lama.

Sedekah Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang terdahulu semoga mereka semua diletakkan bersama kekasih ALLAH S.W.T.


Kita Sedekah Surah Yassin Juga Ya ~ ~ ~





"barangsiapa yang Allah S.W.T kehendaki maka diberikan kebaikan dan diberikan kefahaman agama. Namun kefahaman agama perlulah ditekuni iaitu dengan usaha untuk belajar dan orang yang tidak menjalankan apa yang dipelajari tanpa musabab maka telah mengkhianat ilmunya melainkan LUPA. Kerana lupa itu adalah merupakan salah satu penyakit yang manusia hadapi"

Maka apa yang kita pelajari selama ini kita gunakanlah bagi kita merubah minda kita untuk berhijrah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Pegawai HEP Melaka di Mesir sentiasa mendoakan adik-adik di sini berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran.

Jangan kita menjadi insan yang suka kepada kekacauan, provokasi, jumud dan menyebarkan fitnah terhadap mana-mana orang islam yang lain. Di dalam ajaran islam juga kita disanggah untuk melakukan perkara sedemikian kerana ianya boleh berlaku perpecahan umat islam itu sendiri. Lebih-lebih lagi kepada golongan khawarij yang keluar daripada perjuangan asal bagi menjatuhkan kepimpinan islam di dalam sebuah negara. Kerana mereka termasuk di dalam golongan munafiq.


Kita Hayatilah Isi Kandungan Ayat Surah Al-Munafiqun ini

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir sekali mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk kali ke 55 tahun. Semoga Malaysia terus maju di bawah kepimpinan Melayu Islam. Berdoalah kita semua agar Malaysia terus diberikan Rahmat dari Allah S.W.T. Insyaallah mudah mudahan.

"Siapa yang menjaga lisannya  maka dianugerahkan kepadanya Hikmah"
"Barangsiapa yang menjaga penglihatannya maka diberikan kepadanya hati yang Khusyuk"
"Barangsiapa menjaga pemakanannya maka diberikan kelazatan di dalam sholatnya"
"Siapa yang bersabar di dalam ujian Allah .S.W.T lalu menyempurnakan sabarnya, maka dia dikehendaki memilih pintu syurga yang mana dia sukai"

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir


Sambutan Majlis Aidilfitri 2012 Meriah

Sambutan Majlis Aidilfitri 2012 Anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Negeri Johor Mesir diraikan dengan sederhana dan meriah.

Alhamdulillah,

Walaupun kekurangan kakitangan di dalam menguruskan program ini, masih terdapat pelajar-pelajar yang sedia membantu dan menguruskan program anjuran pejabat pentadbiran bagi Negeri Melaka dan Negeri Johor. Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kami ucapkan serta didoakan apa yang dilakukan anda akan dibalas dengan rahmat Allah taala.

Program Sambutan Aidilfitri 2012 Anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Negeri Johor telah berlansung selama 2 hari iaitu pada 21/08/2012 dan 23/08/2012 bersamaan raya ke-3 dan raya ke-5. Ianya juga telah berlansung di dua tempat iaitu di Bangunan Wisma Seri Melaka dan Rumah Kebajikan Anak Negeri Johor Roba'ah.

Pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Pegawai Education Malaysia Egypt , Pegawai Hal Ehwal Pelajar Negeri serta pelajar telah menghadiri program bagi meraikan bersama.

Gambar sepintas lalu ~ ~












Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin yang menhadirikan diri semasa Program Sambutan Aidilfitri yang berlansung di dua negeri ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik anda semua.


Tidak lupa kepada Pengarah Program Bagi Rumah Negeri Melaka Dr Muhammad Zulkarnain bin Mohd Zamani serta Pengarah Program di Rumah Negeri Johor Ustaz Mohd Fadzli bin Sabar yang menjadi tulang belakang dua pejabat pentadbiran ini.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir sekali lagi mengucapkan terima kasih dan selamat menyambut hari raya tahun ini dengan lebih bermakna lagi. Insyaallah mudah mudahan.

Wednesday 15 August 2012

Majlis Sambutan Aidilfitri 2012/1433h



Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dengan Kerjasama Pejabat HEP Negeri Johor Mesir akan berlansung pada raya ke-3 di Wisma Seri Melaka dan penutup akan berlansung pada raya ke-5 di Rumah Kebajikan Pelajar Johor Roba'ah... Dijemput semua mahasiswa yang berada di Mesir menghadiri majlis dan program ini.

Tuesday 22 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan haram mengikut bulan-bulan Islam.Antara lain bulan-bulan haram ialah Zulkaedah,Zulhijjah dan Muharam.Lantas,dalam bulan-bulan ini umat Islam dilarang berperang kecuali mereka diugut.


Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)



Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.


Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain) 





Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:
  • Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah. 
  • Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah. 
  • Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah. 
  • Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah. 
  • Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. 
  • Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus). 

Beberapa lagi hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat. 
  • Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya. 
  • Puasa 1 hari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). 
  • Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya. 
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). 
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. 
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. 
  • Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. 
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. 
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. 
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga. 
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. 
  • Puasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya. 
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). 
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan). 
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga. 
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu: 

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.


Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan. 



Monday 30 April 2012

Panas dan Kering Sepanjang Tahun.


Berikut ini adalah sepuluh tempat di bumi yang memiliki udara panas dan kering, namun ada juga wialayah dingin dengan udara kering miskin uap air,  serta rata-rata curah hujan sangat kecil bahkan tidak pernah mendapat guyuran hujan selama ratusan tahun atau mungkin lebih dari ribuan tahun.
 *****
Aoulef, Aljazair
Aolef merupakan kota kecil ditengah-tengah Aljazair dan merupakan tempat terkering di negara yang sudah kering dengan curah hujan rata-rata 12,19 mm per tahun.

******
Pelican Point, Namibia
Pelican Point adalah dermaga kecil di Namibia yang merupakan negara gurun pasir di benua Afrika. Meski curah hujan hanya 8,13 mm per tahun, namun Pelican Point merupakan spot favorit bagi penggemar selancar karena ombaknya dinilai sempurna untuk kegiatan tersebut.

*****
Iquique, Chili
Inquique adalah kota pelabuhan terletak di sebelah barat Gurun Atacama, dengan curah hujan rata-rata hanya 5,08 mm/tahun dan hujan hanya turun dibulan Januari dan Februari.  

*****
Wadi Halfa, Sudan
Disebut sebagai pusat kematian di Sahara, Wadi Halfa adalah sebuah kota padang pasir yang sangat kering dengan curah hujan rata-rata hanya 2,54 mm/tahun. Udara subtropis yang sangat kering di wilayah tersebut memiliki pengaruh yang kuat pada daerah sekitarnya, menghasilkan gurun kering dan panas.

*****
Ica, Peru
Gurun Ica terletak berbatasan dengan Gurun Atacama dan hanya memiliki curah hujan rata-rata 2,29 mm per tahun. Menariknya, pada tahun 2007 ilmuwan menemukan fosil yang tidak seharusnya berada disitu : spesies penguin setinggi 4 kaki (± 1,2 meter). Udara kering di kawasan ini membuat para penderita asma cukup lega, mereka mengatakan gejala asma mereka menjadi jauh lebih baik dalam udara kering.

*****
Luxor, Mesir
Luxor adalah salah satu situs peradaban Mesir kuno. Kota ini sangat panas dengan curah hujan hanya 0,862 mm/tahun ditambah dengan khamsin yaitu badai angin panas yang membawa debu pasir berasal dari gurun disebelah baratnya.  Badai tersebut dapat berlangsung selama dua hari dengan kecepatan 150 kph, dan curahan air hujan akan segera menguap akibat udara yang panas.

*****
Aswan, Mesir
Meski terkenal dengan bendungannya, namun sebagian besar kota Aswan sangat panas dengan kelembaban udara sangat rendah. Beberapa bagian lain dari wilayah Mesir mendapat tiupan angin dari laut, namun Aswan tidak demikian, kota ini tetap panas dan kering sepanjang tahun dfan hanya menerima curahan hujan sekitar 0,861 mm/tahun. Aswan juga sering dilanda badai pasir dengan kecepatan 161 kph.

*****
Al-Kufrah, Libya
Disebut sebagai tempat paling kering di Afrika dengan curah hujan rata-rata 0,86 mm/tahun. Namun Al-Kufrah memiliki beberapa oasis yang berasal dari mata air bawah tanah, muncul secara alami. Hal terebut membuat kota ini terkenal dengan budidaya buah persik, kurma dan aprikot. Disekitar AL-Kufrah terdapat gurun dataran rendah yang dikelilingi dan ditutupi oleh bukit-bukit pasir hingga mencapai ketinggian 300 m.

*****
Arica, Chili
Arica adalah kota terkering nomor dua di planet ini dengan curah hujan 0,761 mm/tahun. Arica adalah kota pelabuhan, sehingga mendapat kelembaban dari laut serta dari tiupan awan. Meski demikian kelembaban tersebut hanya mengambang diudara dan tidak menyentuh permukaan tanah. Gurun Atacama menguapkan kelembaban dan meniupkan angin kering kepadang gurun, bahkan beberapa wilayah padang pasir tidak pernah menerima hujan lebih dari 500 tahun!

*****
Dry Valley, Antartika
Antartika selalu tertutup salju adalah gambaran umum dari kita, namun kenyataanya tidak demikian. Dry Valley merupakan tempat paling kering di dunia, lembah tesebut memiliki kelembaban sangat rendah dan hampir tidak ada lapisan es atau salju, lihat : daratan es yang tidak memiliki es . Lebih mencengangkan, curah hujan rata-rata di Dry Valley adalah 0 (nol) alias tidak pernah diguyur hujan.


sumber : klik sini!

Monday 23 April 2012

Bagaimana menjadi seorang pelajar?

Asas sebagai seorang pelajar.
  • Beri keutamaan dalam hidup (berjaya dalam pelajaran sepatutnya menjadi keutamaan tertinggi)
  • Belajar (tiada jalan lain atau ganti
  • Sentiasa menghadiri kuliah
  • Buat semua kerja rumah dan banyakkan membaca (terutama yang disuruh oleh pengajar)
  • Bina disiplin diri
  • Uruskan masa dengan sebaiknya

Disiplin diri 
Manusia adalah makhluk yang menpunyai tabiat. Oleh itu, bina suatu tabiat dengan memberi sebab bila melakukan perkara yang perlu kamu buat. Bukankah bodoh jika kelakuan kamu bertentangan dengan apa yang kamu fikir akan buat? bukankah menjadi lebih harmoni dan bahagia jika kamu mendapati diri kamu mahu menbuant apa yang kamu tahu kamu patut buat?

latihlah diri kamu supaya wujud mekanisma tindakbalas spontan dalam diri kamu (kamu mempunyai sebab untuk melakukan sesuatu, dan kamu lakukannya)

orang lain yang mudah mendisiplinkan diri mungkin telah berlatih banyak kali, menjadikannya tidak sukar, sebab? kerap berlatihlah yang diperlukan.

Pengurusan masa
sehari semalam hanya ada 24 jam. Pengurusan masa yang baik memerlukan :

  • Tidak membuat apa-apa ynag lebih dari termampu.
  • Menganggar masa yang perlu bagi menyiapkan sesuatu tugasan.
  • Membuat yang sebenarnya apa yang diperlukan.
hanya kamu yang boleh melalukan perkara ini.

  • Seminit sekarang adalah sama nilainya dengan seminit kemudian. Kamu tidak boleh mengundurkan masa.
  • jika kami tidak menepati jadual, kamu telah ketinggalan.

Muhasabah Diri
  • Fahami dan berlaku jujur dengan diri sendiri. Semua perkara lain akan bergantung dengan hal ini.
  • Jadilah atlit dan jurulatih serentak : Perhatikan apa yang sedang kamu buat, dan juga perhatikan diri sendiri.
  • Jadilah nakhoda kepada,dan tanggungjawab untuk diri sendiri.
  • Hadapilah segala masalah. Jangan mengelak dari masalah, ini akan mengundang bahaya besar
  • Bentuk imej diri yang positif
Memilih Program
Setiap pelajar mempunyai semua atau sebahagia sikap berikut :
  • Mahu belajar apa yang diajar
  • Mahu mendapat gred dan keputusan yang baik
  • tidak kisah dan peduli
Untuk cemerlang dalam program yang diikutu, adalah tugas kamu sebagai pelajar untuk melakukan perkara ini :
  • Belajar apa yang diajar
  • Kenali pengajar kamu
Beri perhatian kepada cara pengajaran dalam kuliah, apa yang dititikberatkan da ditekankan, dsb. Dapatkan maklumat tentang pengajar dari pelajar lain. Pengajar yang baik pula, mengajar secara yang tidak mendedahkan dirinya, agar pelajar tidak mudah mengenalinya, menyebabkan pelajar terpaksa belajar apa yang diajar.

Kerja Rumah
Ingatlah bahawa kerja-kerja rumah kamu dinilai dan diperiksa oleh manusia. Oleh itu :
  • tulias dengan baik, elok dan tersusun
  • Beri segala komen dan ulasan yang perlu untuk menjelaskan apa-apa yang kamu cuba dan sedang buat.
memudahkan kerja pemeriksa dan penilai akan memberi kamu kelebihan bila berlaku sebarang keraguan.

  • Jagan sesekali berfikir bahawa dengan dapat menberikan jawapan yang betul kepada kerja-kerja rumah bererti kamu sudah menguasai perkara dan topik tersebut. Apa yang kamu telah buat ialah menyelesaikan satu masalah tertentu sahaja; itu tidak bermakna kamu telah mahir dan mampu menyelesaikan semua masalah berkaitan (seperti masalah yang keluar dalam ujian dan peperiksaan).
Adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk melihat kerja rumah yang diberi dari sudut yang lebih luas.
  • Jika berpeluang, selalulah meneliti jawapan kamu dengan pengajar, walaupun kamu mendapat markah yang tinggi dalam tugasan yang diberkan. Pengajar mungkin menunjukkan cara-cara lain atau maklumat berguna yang kamu tidak pernah terfikir.
Peperiksaan
Persediaan awal
  1. Susun atur bahan-bahan kamu dalam kategoro mengikut kepentingannya(penting, sederhana penting, kurang penting), dan fokus ulangkaji kamu pada tajuk-tajuk yang penting. Ingat, pengajar hanya mempunyai masa yang tehad untuk menguji pengetahuan dan kebolehan kamu. Oleh itu, soalan-soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan tidaklah terlampau sukar, jika tidak ianya tidak boleh dijawap dala masa yang ditetapkan. Lima soalan yang perlu dijawab dalam masa tiga jam memerlukan masa lebih kurang 35 minit bagi setiap soalan.
  2. Belajarlah dalam cara yang paling sesuai dengan diri kamu.
  • Belajar dalam kumpulan atau bersendirian bergantung pada cara mana yang terbaik bagi kamu
  • buat kerja-kerja yang paling berat  dan penting pada masa ketika yang kamu boleh melakukan yang terbaik.
     3. Ringkaskan bahan-bahan atau topik-topik yang diajar menggunakan perkataan kamu sendiri. Ini   bukan sahaja memakasa kamu meneliti bahan-bahan yang diajar dengan lebih mendalam, tetapi juga memudahkan rujukan semasa mengulangkaji sebelum peperiksaan.
     4.Jangan ambil risiko: Hafal lebih banyak lagi perkara dari apa yang disuruh oelh pengajar. Bawa semua keperluan yang diperlukan walaupun tidak diperlukan.

7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.