CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Wednesday 13 July 2011

Lawatan Kerja Ke Pejabat Dekan Fakulti Ulum Islamiah dan Pusat Bahasa Universiti Al- Azhar

12.07.2011, selasa- Satu gerombolan pegawai termasuk Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Mesir dari setiap negeri bersama Pegawai Education Malaysia Egpyt telah melakukan satu lawatan kerja rasmi di Univesiti Al-Azhar untuk bertemu dengan Prof Dr Zakaria An-Nuty yang merupakan Dekan Fakulti Ulum Islamiah di sana.

Turut hadir didalam lawatan rasmi di Univesiti Al-Azhar itu adalah Pengarah Education Malaysia Egypt iaitu Prof Madya Dr Suai'di bin Dato' Shafei. Pertemuan dengan Prof Dr Zakaria An-Nuty adalah bagi membincangkan permasalahan yang ada dikalangan para mahasiswa malaysia di sana. Selain itu, cadangan dan penambahbaikkan juga telah diusulkan oleh beberapa pegawai negeri termasuk Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Ust Muhd Anwar bin Idris.

Menemani Ust Muhd Anwar bin Idris adalah pembantu iaitu Ust Ibrahim bin Hussen. Selepas menemui Prof Dr Zakaria An-Nuty di Univesiti Al-Azhar, Pegawai EME dan Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan melakukan lawatan di Pusat Bahasa juga di dalam Al-Azhar.. Dalam pada itu, Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka juga telah memberi Plak Kerajaan Negeri Melaka kepada Prof Dr Zakaria An-Nuty untuk kenang kenangan.



Prof Dr Zakaria An - Nuty


Ust Muhd Anwar bin Idris




Lawatan Ke Pusat Bahasa di Univesiti Al-Azhar


Pemberian Plak Cenderamata kepada Prof Dr Zakaria An-Nuty Dekan Fakulti Ulum Islamiahyang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir. Ust Muhd Anwar bin Idris.


Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Education Malaysia Mesir kerana menjemput semua Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar seluruh Negeri. Kerjasama yang baik ini akan diteruskan bagi mempertikatkan kualiti tahap pembelajaran mahasiswa/siswi malaysia amnya.

PPWSMM.tq

0 comments: