CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Sunday 5 June 2011

Mesyuarat Bersama Ketua Ketua Apartment Wisma Seri Melaka


ASSALAMUALAIKUM

Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir Ustaz Muhd Anwar Bin Idris mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketua-ketua apartment di Bangunan Wisma Seri Melaka kerana menghadirkan mesyuarat kali pertama selepas krisis yang melanda di negara Mesir ini.
“Syukur kepada Allah taala kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul bagi membincangkan beberapa perkara untuk meningkatkan lagi kerjasama didalam kebajikan dan aktiviti pelajar di Bangunan Wisma Seri Melaka ini.”
“Pertama sekali saya ingin memaklumkan kepada ketua-ketua apartment Wisma Seri Melaka dengan adanya mesyuarat ini, kita dapat berkongsi idea bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan mahasiswa dan memberikan keselesaan kepada Mahasiswa Anak Melaka”
“Selain itu, saya mendoakan kepada semua mahasiswa negeri Melaka agar berjaya didalam peperiksaan yang sedang berlansung amnya kepada mahasiswa perubatan. Insyaallah”

PERBINCANGAN
·        Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir memberikan penerangan tentang masalah yang dihadapi oleh Wisma Seri Melaka iaitu tentang pintu utama bangunan Wisma Seri Melaka. Pintu utama ini mengalami kerosakkan sistem keselamatan dan sedang dibaikpulih oleh kontraktor yang bertangungjawab. Pada masa ini, pihak Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka cuba menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin. Untuk sementara waktu ini, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka telah berbincang dan akan memberikan kunci pintu utama kepada semua mahasiswa yang menghuni di bangunan Wisma Seri Melaka.
·        Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir juga membangkitkan tentang kebersihan di setiap apartment. Ketua di setiap apartment harus memainkan peranan yang penting bagi mengerakkan ahli-ahli rumah bagi menjaga kebersihan amnya di bahagian dapur rumah agar tidak kotor.
·        Pada masa ini, Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir tidak berpuas hati dengan tahap disiplin yang ditunjukkan oleh para mahasiswa anak negeri melaka. Ada segelintir mahasiswa yang tidak mengendahkan peraturan yang ditetapkan oleh Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka. Kekemasan diri juga memainkan peranan penting kepada mahasiswa kerana ianya mencerminkan sahsiah di dalam diri setiap mahasiswa. Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Di Melaka mengharapkan mahasiswa dapat membentuk sahsiah diri yang baik dan meningkatkan taraf disiplin yang tinggi untuk di bawa pulang setelah tamat pengajian kelak.
·        Selain itu, Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir menasihati kepada semua ketua apartment setiap rumah untuk menyampaikan pesanan kepada setiap ahli di rumah untuk menjaga ukhwah diantara semua anak melaka yang berada di mesir. Saling bantu membantu dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada pagawai dalam setiap apa yang berlaku.
·        Yang terakhir, Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka akan mengadakan beberapa program di dalam bangunan Wisma Seri Melaka dan program yang pertama adalah kebersihan dan kecerian setiap apartmen dan bilik. Matlamat program ini adalah untuk melihat sejauh mana kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli di setiap apartment.
·        Akhir kata, Pegawai Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melaka Di Mesir mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ketua- ketua apartment di dalam mesyuarat ini. Pegawai juga mendoakan agar mahasiswa berjaya di dalam peperiksaan yang sedang berlansung sehingga hujung bulan jun ini. Di harap pada tahun ini pelajar melaka kesemuanya lulus dengan mendapat keputusan yang cemerlang.





0 comments: