CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Wednesday 25 May 2011

BEBASKAN DIRI DARIPADA BELENGGU "WATAK TERTAWAN"

Bangsa jadi gersang tanpa nilao rohani akibat tiru acuan negatif.

Laungan merdeka menjadikan roh sambutan kemerdekaan yang dapat mengimbau kembali sejarah perjuangan kemerdekaan negara yang penuh onak dan duri. Laungan 1Malaysia pula dapat membangkitkan semangat perpaduan dikalangan rakyat pelbagai kaum yang meraikan sambutan kemerdekaan.

Perayaan kemerdekaan adalah sesuatu yang penting buat negara kerana melalui sambutan inilah kita dapat mengenangkan kembali sejarah perjuangan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan tanah air termasuk pasukan keselamatan negara. Daripada sambutan ini jugalah kita dapat mengenal akar umbi sebenar kewujudan negara negara bangsa yang berdaulat pada persada antarabangsa. Apa pun, kemerdekaan tidak sepatutnya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan kuasa asing semata mata. Penjajahan fizikal sudah lebih setengah abad berlalu tetapi persoalan yang membelenggu kita ialah penjajahan minda.

Penjajahan minda inilah yang jarang sekali disedari dan difahami kerana ia perkara yang sangat berkaitan dengan fahaman, ideologi, minda , sikap , jiwa dan emosi kita. Elemen utama penjajahan minda dan jiwa bangsa ialah sikap suka meniru tanpa pemikiran kritis. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Al Attas dalam tulisannya berjudul "watak tertawan" di begara membangun menyebut bahasa gejala suka meniru apa saja yang datang dari barat adalah tabiat atau perangai buruk yang boleh merosakkan jati diri sesuatu bangsa. Gejala buruk di diistilahkan veliau sebagai "watak tertawan" Bagi penulis watak adalah berpunca daripada "penjajahan minda"

Tulisan beliau terkandung di dalam buku Pasca Kolonialisme dalam pemikiran melayu. Katanya, selepas negara-negara Asia dan Afrika mencapai kemerdekaan telah wujud satu budaya suka meniru barat tanpa pemikiran yang kritis. Apa saja yang disogok barat semuanya baik indah dan betul belaka.

Ada dua gejala utama berkaitan watak tertawan ini. pertama , kesan terlalu lama meniru tanpa usul periksa dan penilaian kritis menyebabkan suburnya pengaruh budaya barat yang tidak menguntungkan malah merosakkan masyarakat. keduanya, ekoran masalah pertama tadi, maka timbullah gejala budaya barat yang di tiru itu menjadi kuasa imperialis dalam bentuk penjajahan minda dan jiwa anak bangsa kita. Syed Husein menjelaskan, masalah watak tertawan adalah masalah keperibadian yang terlalu mudah terikut ikut secara membuta tuli.

Ia akhirnya membawa kemusnahan dan kerosakkan tamadun dan warisan budaya bangsa itu sendiri. Proses ini berlaku secara rasional. Tidak di sedari akibat ketiadaan pemikiran yang kritis dan rasional. Tidak salah jika kita meniru budaya yang positif seperti menepati masa , berdisplin, bekerja keras, rajin membaca dan sebagainya. Masalah timbul apabila yang ditiru itu adalah pemikiran asing yang menghakis jati diri bangsa yang sepatutnya menjadikan unsur kekuatan utama membangun dan membina kehidupan kita. Watak tertawan mengambarkan kita bukannya bangsa yang suka berfikir menyebabkan kita gagal melahirkan idea bernas dan praktikal.

Kita menjadikan bangsa yang tidak berupaya atau tidak mempunyai kebolehan meramalkan terhadap masalah  yang akan terjadi akibat peniruan yang membabi buta itu. kesan suka meniru menyebabkan kita sering dibelenggu masalah yang tidak berkesudahan. Misalnya, dalam pendidikan, sekiranya kita terlalu bergantung sepenuhnya kepada bacaan atau sumber daru barat tanpa sikap analitik melalui kajian saintifik, maka kita mungkin akan melanjutkan atau mewarisi kesalahan barat.

Begitu juga dalam meniru model pembangunan barat yang akhirnya menyebabkan kita dihantui dengan pelbagai masalah lain kesan pelaksanaan model pembangunan yang tidak secocok dengan keadaan dan persekitaran negara. Kesilapan meniru model pembangunan yang tidak tepat itu menyebabkan kita terpaksa membelanjakan wang yang lebih untuk mengatasi masalah yang muncul akibat peniruan itu.

Demikian juga jika peniruan itu membabitkan budaya dan amalan hidup barat yang tidak memiliki roh agama dan budaya bangsa yang mulia. begitu juga dengan perjuang hak asasi manusia yang semakin keliru dengan erti kebebesan yang diperjuangkan mereka kesan sikap tertawan dengan kebebesana acuan barat. Mereka yang tersilap dan taksub dengan politik demokrasi liberal barat pula berpandangan bahasa kononnya demokrasi liberal acuan barapat dapat memberikan kebebasan dan keadilan sebenar kepada rakyat.

Hari ini perjuangan politik sedekian menyebabkan berlakunya kekalutan dalam politik dan sosial kita. Banyak yang diperjuangkan cuba merungkai apa yang termaktub dalam perlembagaan negara termasuk roh kontrak sosial yang ada di dalamnya. Kebebasan yang di perjuangkan itu melangkaui asas asas politik dan kenegaraan yang selama iini sudah diterima di negara ini.

Apakah liberalisme membawa manfaat ke arah memperkasakan patriotisme dan nasionalisme serta jati diri kita adakah sesuatu yang perlu diteliti oleh mereka yang taksub atau tertawan dengannya. 

Kesimpulannya, watak tertawan menjadi satu masalah besar yang membelenggu minda , mengekang kemajuan intelektual dan merosakkan jati diri sesuatu bangsa. tidak ada maknanya kita maju jika kita gagal membangun intelektualisme, pemikiran kritis serta memelihara nilai peradaban dan budaya bangsa.

Kita mungkin boleh berbangga dengan kehebatan pembangunan material tetapi bangsa akan gersang daripada nilai rohani kesan peniruan membabi buta terhadap apa yang datang dari dunia barat sehingga kita memandang ringan persoalan mengenai kemerdekaan minda dan jiwa .

0 comments: