CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Sunday 10 April 2011

KUNCI SYURGA, mencintai orang-orang miskin.

Alhamdulillahi robbil aalamain wassolatu wassalamu alaa asyrofil anbiya' wal mursalin wa alaa alihi wasohbihi ajmain..Segala puji bagi Allah swt kerana masih lagi memberikan kita nikmat umur yang panjang. Kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk beribadah sebanyak2nya untuk bekalan kita diakhirat kelak. Didunia inilah tempat kita untuk menyemai sebanyak2 Rohani kita kerana diakhirat kelak hanya Jasadi yang menjadi saksi. Kita akan ditanya kelak apa yang telah kita lakukan terhadap orang2 Miskin.. Apa kita nak jawab?

Dalam mencari jodoh, kebanyakan ibubapa ingin anaknya dijodohkan dengan orang2 yang berilmu + beragama + berpangkat + berharta + kaya. Namun tiada sedikit pun ibubapa yang ingin menjodohkan anaknya dengan kalangan orang yang paling banyak disebut didalam Al-Quran, iaitu Al-masakin.. kerana mentaliti menganggap kemiskinan pembawa kecelakaan dan kehinaan, dan kekayaan membawa kepada kebahagiaan..


Teringat salah sebuah doa yang pernah di panjatkan Rasulallah SAW,

"Ya Allah, hidupkan aku sebagai orang miskin, matikan aku sebagai orang miskin, dan bangkitkan aku pada hari kiamat bersama kelompok miskin"


Apabila kita menyemak baik-baik doa Nabi SAW di atas, tentu kita akan tertanya-tanya dalam hati, apa keistimewaan orang miskin sampai-sampai beliau memohon kepada Allah swt. agar dihidupkan sebagai orang miskin, mati sebagai orang miskin, dan kelak dibangkitkan di alam kubur bersama-sama dengan golongan orang miskin? Padahal, kita tahu sendiri bahawa kebanyakan di antara kita adalah orang-orang yang selalu berdoa agar dijadikan Allah SWT sebagai orang kaya. Malah ada yang mendoakan supaya jodohnya adalah seorang yang kaya dan berpangkat.

Ternyata, doa Rasulallah saw yang demikian itu bukanlah tanpa alasan. Di antara alasan-alasannya adalah kerana sebahagian penghuni syurga tak lain merupakan orang-orang miskin. Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid Ra. bahawasanya Rasulallah saw telah bersabda:

"Ketika aku berdiri di hadapan pintu syurga(yakni ketika terjadi Isra Mikraj), ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga meihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni neraka, di mana mereka di arahkan terus menuju ke neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu neraka, ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita." (HR. Bukhari, Muslim, dan Ahmad)

Dalam riwayat yang lain, dari Abu Hurairah Ra. Bahawasanya Rasulallah saw juga pernah bersabda:

"Neraka berdebat dengan syurga. Neraka berkata, 'Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur(sombong).' syurga pun berkata, 'Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin.' Maka, Allah swt berfirman kepada neraka, 'Kamu adalah siksaan Ku. Aku akan menyiksa siapa saja yang Aku kehendaki melalui kamu..' Allah juga berfirman kepada syurga, 'Kamu adalah rahmat Ku. Aku akan berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang Aku kehendaki Kedua-dua dari kamu akan Aku isi hinggi penuh."

"Segala sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga ialah mencintai orang-orang miskin" (HR ad-Daruquthni dan Ibnu Hibban)

Dari beberapa riwayat di atas, kita telah ketahui bahawa di antara keistimewaan orang-orang miskin adalah termasuk golongan orang yang sebagian besar akan masuk syurga. Sedangkan dalam riwayat terakhir menunjukkan bahawa apabila kita ingin masuk ke syurga, maka kita harus mencintai orang-orang miskin. Sebab, mencintai orang miskin merupakan Kunci Syurga.

Hadis yang disebutkan terakhir itu, apabila ditelaah dari ilmu Ma'ani al-hadith, mungkin dapat dimasukkan dalam kategori matan hadits yang berbentuk jami' al-kalim, yakni sebuah sabda Nabi saw. yang ungkapan-ungkapannya singkat, namun padat maknanya. "Bu'itstu bijawaami'il kalimi (saya dibangkitkan [oleh Allah] dengan ungkapan-ungkapan yang singkat namun padat makna). " (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai, Ahmad dan lain

Apabila kita merenungkan sabda Rasulallah Saw, "Segala sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga ialah mencintai orang-orang miskin," di dalamnya terkandung makna yang sangat luas. Pertama, kita tidak mungkin akan dapat masuk syurga bila kita masih benci kepada orang-orang miskin. Kedua, apabila kita menginginkan syurga, maka jalan yang harus ditempuh tak lain adalah menyayangi dan mencintai orang-orang miskin. Ketiga, mencintai orang-orang miskin bererti kita harus mencukupi keperluannya, baik makan, minum, pakaian, dan sebagainya. Keempat, dalam memberi sesuatu kepada orang-orang miskinharus dilandasi cinta yang sedalam-dalamnya dan penuh rasa ikhlas kerana Allah swt. Kelima, janganlah sedih bila menjadi orang miskin kerana Rasulallah saw sangat memuliakannya dengan cara menjadikan dirinya sebagai kunci syurga bagi orang lain. Bahkan,keenam, dari hadis itu pula tercermin sebuah kandungan makna bahawa meskipun kita hanya memilik wang yang sedikit, namun tetaplah kita belanjakan untuk orang-orang miskin, sebagai bukti cinta kita yang bersungguh-sungguh kepada mereka, dan kita dapat merasai betapa pedihnya hidup dalam ketiadaan itu.


Rasulallah saw sengaja membangkitkan harga diri para fuqara dan masakin, kerana mereka ini adalah kelompok yang paling sering direndahkan dan dicaci maki. Rasulallah saw, mengangkat harga diri mereka dengan cara beliau gemar memilih hidup di tengah hamba sahaya dan orang miskin. Kerana itu, wajarlah bila Rasulallah saw digelari dengan Abul Masakin (bapa orang-orang miskin). Bila sahabatnya ingin menemuinya, "Carilah aku di sekitar orang-orang yang lemah di antara kamu, carilah aku ditengah kelompok kecil di antara kamu"

Pernah suatu hari, sahabat Rasulallah saw menemui beliau sedang membaiki sandal seorang anak yatim. Pada kesempatan yang lain, beliau terlihat menjahit baju seorang janda tua yang miskin, dan pernah pula beliau makan dalam piring yang sama denga hamba sahaya. Kalau masuk masjid, beliau memilih kelompok orang miskin, duduk bersama, memberi kegembiraan hidup, memotivasi, sehingga kadang2 Rasulallah saw tertawa bersama mereka. Rasulallah saw sangat menghargai mereka dan memujinya di tempat umum.

Kerana begitu mulianya orang-orang miskin ini dalam pandangan Rasulallah saw, sampai-sampai beliau pernah bersabda,

"orang-orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang mendirikan solat sepanjang malam, dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti." (HR Bukhari, Muslim)

Pernah pada suatu hari, Rasulallah saw berkunjung ke sebuah masjid. Pertama kali yang beliau tanyakan ialah penjaga masjid yang sering beliau lihat disana. Sahabat2nya berkata, "perempuan penjaga masjid itu sudah meninggal tiga hari yang lalu." Rasulallah saw tampak kecewa, "Mengapa aku kalian tidak beritahu?" tanya beliau. Para sahabatnya memang sengaja tidak memberitahu kerana orang mati tersebut mereka anggap 'orang kecil' atau orang biasa saja, sehingga Nabi tidak perlu dikhabari. Ternyata kecil buat mereka, tidak bagi Beliau, Rasulallah saw. Lalu Rasulallah saw berkata"Tunjukkan padaku kuburnya". Setelah para sahabat memberi tahukannya, segeralah beliau menuju kesana, dan di dekat kuburnya beliau Solat. Subhanallah!


Betapa mulianya contoh yang diajarkan Nabi saw. Bagi Rasulallah saw, si miskin lebih mulia daripada 'duli yang maha mulia' raja-raja. Perhatikanlah sepanjang hidupnya, Rasulallah tidak pernah mengunjungi makam raja-raja, tetapi sebaliknya, di atas makan penjaga masjid itu, beliau berdoa untuknya. Dengan cara inilah Rasulallah Saw mengangkat darjat orang miskin, orang lemah dan orang tertindas. Subhanallah!

Ayuh semak balik didalam diri kita, adakah kita inginkan pendamping kita kelak adalah orang yang kaya?

0 comments: