CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Sunday 20 November 2011

Amaran 1 Million March 18 November 2011

Tuan/Puan,

KBMK telah mengedarkan Pekeliling Canseri Bil. 10 Thn. 2011 mengenai
Garis Panduan Keselamatan Bil. 2 Tahun 2011 melalui emel kepada semua
HBS dan LRS KBMK/Agensi-Agensi Kerajaan Malaysia di Republik Arab
Mesir pada hari ini 17 November 2011.

2.  Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama tuan/puan untuk mengedarkan
garis panduan tersebut kepada semua rakyat Malaysia terutama Persatuan-
Persatuan Pelajar.

3.  Lanjutan daripada itu, berikut adalah maklumat terkini sebagai
perhatian tuan/puan sewajarnya:-

Beberapa kumpulan dan parti politik akan mengadakan protes secara
besar-besaran di seluruh Mesir pada 18.11.2011 (Jumaat). Antara
kumpulan yang akan terlibat adalah Salafi, Gamaah Islamiyah dan
beberapa pergerakan pemuda seperti 6 April Youth Movement.

JANGKAAN
1. Kawasan tumpuan utama di Kaherah adalah Dataran Tahrir dan beberapa
tempat di bandar utama lain seperti Iskandariah, Suez dan Mansurah.
2. Protes aman boleh bertukar menjadi ganas sekiranya berlaku
provokasi dan kegagalan pihak berkuasa mengawal keadaan.
3. Mungkin akan berlarutan sehingga 19.11.2011 (Sabtu).

NASIHAT
1. Sila maklumkan kepada para pelajar supaya menghindari kawasan-
kawasan yang diadakan protes.
2. Hadkan/tangguhkan sebarang aktiviti luar.
3. Jika melakukan perjalanan, pastikan laluan selamat iaitu tidak
memasuki kawasan protes diadakan.

Walaupun masih belum jelas sebesar mana protes ini akan diadakan, kita
haruslah sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada supaya tidak berada di
tempat yang salah pada waktu yang salah.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

0 comments: