CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Thursday 10 November 2011

Program Mega Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir Dengan Kerjasama IMAM dan Kelab UMNO Kaherah

7.11.2011 ISNIN - Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir telah menganjurkan Program Mega Raya Korban dengan kerjasama Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir ( IMAM ) dan Kelab UMNO Kaherah bertempat di Wisma Melaka ( bangunan lama) pada raya kedua.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir diketuai oleh Ustaz Muhd Anwar bin Idris telah memuji semua jawatankuasa program yang telah banyak membantu dari awal sehingga ke akhir program ini dijalankan. Kesungguhan Anak-Anak Melaka tahun ini membuktikan bertapa eratnya hubungan yang telah dijalinkan sesama ahli di Wisma Seri Melaka Mesir.

Walaupun ada segelintir pelajar yang telah memulaukan program ini kerana ideologi persatuan yang berbeda, ini tidak mematahkan semangat Anak-Anak Melaka yang lain di dalam menjalankan program ini dengan begitu meriah sekali.

Program Raya Korban ini juga adalah julungkalinya, di mana Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir ( IMAM ) telah bekerjasama dengan Kelab UMNO Kaherah. Di harap ini adalah satu permulaan yang baik untuk terus melakukan kerjasama di antara mana-mana persatuan negeri di kaherah ini.

Sebanyak 2 ekor biri-biri 6 ekor kambing biasa dan seekor unta telah ditumbangkan oleh Anak Melaka di Kaherah ini.















Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Anak-Anak Melaka yang membantu secara lansung mahupun tidak lansung di dalam melaksanakan Program Mega Raya Korban tahun ini di Wisma Melaka. Tahniah.


0 comments: