CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka wisma seri melaka

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir

Sunday 20 November 2011

Menjelaskan Pembohongan BLOG MEDIA.MESIR milik ahli P.M.R.A.M

20.11.2011 , Ahad - Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir telah mendapati terdapat satu blogspot milik seorang mahasiswa di Mesir ini menipu dan sengaja mahu memburuk-burukkan keadaan yang berlaku di antara mahasiswa dan pegawai di sini. Menurut tulisan di dalam blogspot tersebut menyatakan bahawa pihak Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir telah mengabaikan persatuan Anak Melaka di Mesir adalah satu FITNAH yang sangat jahat.

Perbuatan ini adalah tidak wajar dilakukan oleh mahasiswa tersebut, ini kerana beliau merupakan pelajar pengajian islam@perubatan yang menuntut di salah sebuah universiti di Mesir. Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir sekali menjelaskan bahawa persatuan Anak Melaka yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka hanyalah persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka ( IMAM ) Mesir. Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menarik pengiktirafan terhadap persatuan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM )

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir baru-baru ini telah mengadakan program mega Hari Raya Korban dengan kerjasama persatuan I.M.A.M dan juga Kelab U.M.N.O Kaherah yang telah diadakan di Wisma Melaka(rumah melaka lama). Program ini juga telah dimanipulasikan oleh blogspot.mediamesir ini dengan menyatakan ini adalah program politik. Ini juga adalah satu dakyah untuk menyebarkan kebencian terhadap semua mahasiswa kepada Pegawai HEP Negeri Melaka. Pada permulaan sebelum program raya korban dijalankan, persatuan I.M.A.M juga telah mengadakan perjumpaan dengan persatuan Negeri Sabah bahawa mereka mahu melakukan program kerjasama yang melibatkan 3 organisasi. Tetapi dibatalkan pada saat akhir kerana beberapa sebab.

Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir juga menyatakan pendirian bahawa persatuan B.K.K.I.M.M tidak layak melakukan sebarang aktiviti di dalam bangunan Wisma Seri Melaka kerana persatuan ini masih bernaung di bawah persatuan P.M.R.A.M. Surat pekeliling dari TAPEM yang ditampal di papan kenyataan untuk dimaklumkan kepada semua penghuni Wisma Seri Melaka telah pun memasuki 1 tahun tetapi masih tidak diendahkan.

Perkara seperti ini tidak seharusnya dijadikan modal bagi "membantai" mana-mana Pegawai HEP setiap negeri yang ada di sini. Sekiranya pemilik blog MEDIAMESIR ini mahu senarai nama pelajar yang bermasalah dan korup, pihak kami sedia mengeluarkan dengan bukti sekali. Apa-apa pun pihak Pentadbiran Wisma Seri Melaka akan menjalankan tugas dengan biasa.

Adakah pelajar-pelajar di bawah ini anak jahat dan korup?

saksikan sepintas lalu.





Berhubung persatuan BKKIMM telah melakukan program di Rumah BKAN Kedah, pihak pentadbiran Wisma Seri Melaka tidak dapat melakukan apa-apa kerana persatuan ini tidak lagi diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka. Perkara ini telah lama dimaklumkan pada semua Mahsiswa Anak Melaka Mesir. tk.

p/s -Menuntut ilmu satu tuntutan terhadap semua umat islam di dalam dunia ini. Sekiranya Sudah Mempunyai sedikit ilmu janganlah kita menghukum orang lain dengan ilmu yang sedikit itu.

0 comments: